Ianya tentang budu..Ianya juga tentang kenapa budu dan belacan tidak lagi dibenarkan bermastautin di rumah saya? (tidak kisahlah budu yang diimport masuk atau dieksport ke luar rumah, tapi pendek kata, ia (budu) tidak wujud di Teratak Putri Dee Ayee Tasya)..
Ceritanya begini..pada tahun 1998 yang lalu, kami sekeluarga harus berpindah ke Kelantan (dari Sungai Siput, Perak)..kerana ayah terpaksa bekerja di Stesen Janaletrik Pergau ketika itu, maka kami semuanya dibawa sekali..ketika itu aku darjah 5..
Dek kerana terlalu gembira dan excited menyambut kedatangan kami ke bumi Kelantan, auntie dan uncle ku (yang ketika itu menetap di Kota Bharu) telah memperkenalkan kami kepada sesuatu makanan yang ternyata menyelerakan..ianya adalah 'budu' ..ngee..(sebenarnye aku pun dah tak ingat rase die).
Nak dijadikan cerita..ibu ku amat meminati budu 'makanan kegemaran yang baru dikenalinya' ketika itu..setiap hari, tidak sah baginya jika tidak mengambil budu..hatta budu dan nasi putih panas semata2, ternyata bagi ibu sungguh menyelerakan..
Beberapa bulan berlalu, ibuku mengadu mengalami gatal2 hidung yang teramat sangat, dan adakalanya ianya sangat memedih dan menyakitkan..kadang2, beliau tidak mampu untuk tidur dek kegatalan dan kesakitan tersebut..Lalu, ayahku pun membawa ibu ke KBMC (Kota Bharu Medical Centre) untuk melihat apakah yang sedang terjadi pada hidung ibuku..
Amat mengejutkan, apabila doktor memberitahu bahawa ibuku mengalami Sinus (peringkat teruk)..(mase tu aku pun masih tak mengerti apakah jenis penyakit itu)..tapi, apa yang masih segar di ingatanku, doktor memberitahu bahawa jika cara hospital untuk merawatnya, ialah melalui pembedahan..huhu..
Kami semua terkejut..nak bedah hidung kot..huhu..tak boleh jadi ni..ayah ada tanye doktor tu, apakah yang menyebabkan ibu sakit sampai macamni? (doktor tu perasan yang kami org luar = bukan org kelantan) doktor tu kata, puan pernah cuba budu tak? err...ibuku menjawab ya..lalu terjawablah segala persoalan..huhu..
Lalu doktor yang baik hati pun mencadangkan supaya ibu dirawat secara tradisional (menggunakan herba dan bahan semulajadi)..alhamdulillah, setelah jenuh berulang alik ke Kedah untuk berubat, sinus ibu makin lama makin hilang, dan tiada masalah lagi..
Secara kesimpulannya, berikutan dengan kejadian itu, ayah telah memutuskan bahawa "tiada budu dan belacan dibenarkan berada di rumah"..dan ianya adalah muktamad..(ayah cakap, sebab ayah sayang ibu dan tak nak ibu sakit mcm tu lagi dah..ngeee..so sweet~)..
*aku juga sedang berfikir, si dia sangat meminati budu..bagaimana ye?sedangkan budu adalah strictly forbidden di rumahku..huhu..pening2..
Sekian.. =)

10 people smiling (: on "Ini kisah budu... =)"
budu... best tu.. hehe
fathi adha:
huhu..
salam ukhti..
macam ni tak de peluang nak makan
ikan bakar cicah budu ke rumah you
nanti la...he he
salam..
yeke x sangka seserious tue ek...
x per will take notes...huhu
tak suka budu =)
wah,
budu??
my feveret...hmmm
zulkbo:
erk..makan kat kdai la akhi..
makan sama2 ngn buah hati saya skali yg sgt meminati budu tu..
sy tgk je la..
hehe
sweeet:
huhu..
tp klu na mkn boleh, tp jgn sampai addicted..
ngeee
Princess Kawaii:
=)
aku_tiewa:
ngee
tp jgn addicted sgt taw..
=)
Post a Comment