Jika sebelum ini aku meminati insan ini dari sudut penulisannya, namun apabila bersemuka dengan beliau, aku jatuh hati dengan keluhuran peribadinya..sungguh, aku mengaguminya, dan bercita-cita untuk menjadi seperti beliau..
-mengenaldiri-
..................................................................................
"Ijazah Taqwa di Universiti Ramadhan"
Boleh dan mampukah kita grade dari universiti Ramadhan ni dengan taqwa? Bolehkah kita memenangi pertempuran yang hebat dalam diri kita ni, yakni pertempuran diri kita yang di dalam itu dengan nafsu?
Tapi sebelum itu, apakah itu taqwa? Taqwa المطلوب عند الله ? Takwa yang dituntut oleh Allah?
Saidina Umar pernah bertanya kepada sahabat.."apakah itu taqwa?" Lalu sahabat menjawab, "Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?" Saidina Umar menjawab, "Ya, aku jalan dengan berhati-hati.." Maka begitulah juga dengan taqwa..Adakah jalan yang kita lalui ini diredhoi Allah ataupun tidak? Adakah segala perbuatan yang kita lakukan ini baik pada pandangan Allah atau tidak? (Apa yang baik itu ialah apa yang Allah kata baik, dan yang buruk itu ialah apa yang Allah kata buruk)
Mampukah kita menjadi proaktif? Membuat keputusan sendiri, keputusan yang pada pandangan Allah, ianya baik? (tersentuh hati aku ketika ustazah bertanyakan soalan ini..)
Dan apakah "jalan yang berhati2" tersebut? yakni jalan untuk mencapai "taqwa"??
1) معاهدة
Perjanjian..ingat janji kita..janji apa? janji dengan kekasih kita..Allah s.w.t..Terlalu banyak janji kita pada Dia..masyaAllah..pernahkah kita terfikir adakah kita telah menunaikan janji2 kita?? إياك نعبد وإياك نستعين lalu kita janji lagi..إن صلاتي ونسكي ومحياياتي لله رب العالمين kita janji lagi... لا اله الا الله sedarkah kita bahawa perkataan "ilaha" itu bukan sekadar membawa maksud "sembahan"? 'Lam' tersebut ialah "lam nafiyyul jins", yakni yang menafikan segala jenis, segala sumber pergantungan, segala sumber kecintaan..maksudnya di sini ialah, "tiada sumber pergantungan melainkan Allah.." "tiada sumber kecintaan melainkan Allah" "tiada sumber perundangan melainkan Allah"..subhanallah..tapi hakikatnya, dalam kehidupan seharian kita..apa yang kita lakukan?sms kepada si dia lebih cepat dari 'sms' Allah..perkara lain didahulukan..di mana janji kita pada Allah? di mana? tidakkah kita terfikir Allah juga akan cemburu dengan tindakan kiata itu? Maka sebab itulah kita ditapis, ditapis dan ditapis..ilmu susah nak lekat, rezeki kurang..dan bermacam2 lagi jenis tapisanNya..astagfirullah.. (menangis aku tatkala ini)
2) مراقبة
Iaitu perasaan di mana kita sentiasa diawasi oleh Allah..CCTV Allah ada di mana-mana. Bukan CCTV yang orang buat sekarang ni, bahkan terlalu dasyat daripada itu..sebab, ketika dihisab nanti, ingatlah, Allah akan tunjukkan balik, semuanya pada kita..astaghfirullah..
3) Muhasabah
Jom kita check balik diri kita..supaya hari esok lebih baik dari hari ini, dan supaya hari ini lebih baik dari semalam.. "Dan setiap jiwa itu hendaklah memerhatikan apa yang disediakan pada hari esok" Maka oleh sebab itu, marilah kita melakukan segala amalan itu dengan ikhlas, kerana semuanya dikira nanti..
4) معاقبة
Kita kena hukum diri kita kalau kita lakukan apa yang allah tak redho..hukuman di sini, bermaksud, hukuman yang positif (مباح), supaya nafsu kita terbeban, disakiti, lalu ia akan menjadi lentur dan tunduk, dan akhirnya gerun untuk melakukan perkara yang sama..sebagai contoh, A tertinggal solat Zohor, sementara makanan kegemaran A ialah nasi ayam..lalu A merasa sungguh bersalah, jadi beliau menghukum dirinya untuk tidak makan nasi ayam pada hari itu..
Pada zaman generasi salaf dahulupun, pernah suatu ketika, Saidina Umar, beliau tertinggal solat maghrib berjemaah (bukan tertinggal solat maghrib, tetapi tertinggal maghrib berjemaah), beliau berasa amat berdosa dan rugi, maka beliau menghukum dirinya, dengan memerdekan dua orang hamba..
5) Mujahadah
"Sesiapa yang berjihad pada jalan Kami, Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami" Subhanallah, apakah yang lebih baik dari ini? dilihatkan kepada kita jalan2Nya? Indahnya, sayangnya Allah pada kita..terlalu indah..Jika kita sedar, indahnya program2 yang Allah telah susun kepada kita.. sebagai contoh, program tahunan -Ramadhan, program sekali seumur hidup- menunaikan haji, program mingguan- solat jumaat, program setiap saat- zikir dan fikir, serta ingat kepadaNya..subhanallah..
Sekian.. :)

(Ustazah Fatimah Syarha bersama suami, Dr. Farhan Hadi)
19 people smiling (: on "Bicara Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin.."
aku suka lagu blog kau....
faiz Farish:
terima kasih..
lgu maher zain-for the rest of my life
:)
salam Ukhti Nurdia Natasha..
semoga sihat untuk menjalani
ibadah di bulan penuh pengampunan
ini..dari riak muka beliau dan suami nampak yang mereka adalah tergolong golongan orang yang berilmu..semoga anda mendapat menafaat dengan percampuran dengan mereka..
zulkbo:
waalaikumsalam..
insyaAllah..
:)
mampukah? :(
insyaALLAH kamu bole jadi macam beliau. amin.
macy:
;(
myra arshad:
amiin...semoga kita leh jd seperti beliau..
:)
hee.terbaik untuk ramadhan.
akufobia:
semoga kite mengambil pengajaran
:)
amin... hope leh improve diri..:)
fisha:
amiin..insyaAllah sama2 kite berusaha..
:)
tertarik dgn point no.4.. tak penah dgr lak.. tapi boleh diterima cuma lau fisha, cam tak mampuje.. ;(
memang dok muhasabah diri sekarang nie..
fisha:
sy pun baru taw n dgr dari ustazah fatimah..
semoga kite terus mencuba dan berusaha..
:)
no19:
sama2 la kite..
:)
Salam.
saya juga suka penulisan beliau:)
anam anarmee:
penulisan die sangat terkesan kan..
:)
sgt3 suke nukilan ustzh Fatimah Syarha dan dr. Farhan Hadi.
Beruntung nyer dapat berdamping dgn golongan berilmu.
Post a Comment