Wednesday, December 08, 2010

Nadia vs Tasha?

Bismillah..


Minggu ini sungguh sibuk. Kepenatan yang teramat. Pagi tadi bangun pukul 4 pagi kena Qiam, Taaruf Week. Heee. Patutla rajin bangun pagi kan. Hehe. Oh, bukan ini yang mahu diceritakan.


Kembali pada cerita asal. Kisah ini berlaku pada hari kedua aku di sini. (baru sekarang berkesempatan nak cerita).  Ceritanya begini. Sejak masuk di IIUM, aku menggelarkan diri aku "Nadia". Kebiasaannya, sebelum2 ini, aku dikenali sebagai "Tasha". Hanya ada beberapa insan sahaja yang memanggilku Nadia. Pelopornya ialah si dia. :) Jadi, konon2, masuk IIUM tak nak orang kenal la kan, tu yang tukar nama.

Satu pagi yang hening, ketika hendak menuju ke tapak program, sahabat baruku, iaitu Shafiqah memberitahu bahawa dia harus menunggu kawan barunya yang bernama Ain. Kawan baru dia tu tinggal di Level 3, sedangkan kami Level 1. Maka kami pun dengan sabar, menunggu di kawasan tangga, dengan posisi aku membelakangkan tangga.

Tap. Tap. Tap. Bunyi orang turun tangga. Kedengaran Shafiqah menyapa Ain yang baru turun dari tangga. "Ain, this is my new friend, Nadia". Shafiqah memperkenalkan aku kepada Ain. Lalu aku pun berpaling ke belakang. Baru sahaja aku ingin bersuara. "Tashaaaaaaaaaaaaaaaaa!" Ain menjerit memecahkan kesunyian tangga. Haha.

Kami sama2 ketawa. Shafiqah pula terpinga2. "Tasha? Nadia?" Aku tersenyum mengada. "Ermm..Shafiqah, actually, Ain is my old friend from college, and most of my friend call me Tasha". Hee. Kantoi. Baru je nak tukar identiti.

Ain spoil je. Lalalala..
Sekian.
:)

(aku bersama Shafiqah. Ain, next time kite letak gambar awk lak ea. Hee)

14 people smiling (: on "Nadia vs Tasha?"

dya adriza on December 9, 2010 at 12:28 AM said...

oh! bukan sebelum ni kat usim ke? bila tukar ke iium nih?

Anonymous said...

dya adriza:

aah...b4 ni kite kat usim..
mase cuti study week usim, alhamdulillah dpt offer iium..
masuk iium 30 nov aritu..
:)

::FAIZ:: on December 9, 2010 at 12:49 AM said...

so maknanya dunia ni kecik je la kan? hehehehe

mommychaa on December 9, 2010 at 1:31 AM said...

wat a co-incidence!!!!!!! me myself nama tasha, my lil sis nama nadia!! hahahahahahahaha. lawak-lwak

Anonymous said...

::FAIZ FARISH::

oh, sgt benar kata anda
heeee
baru je nak tukar nama
heee.kantoi.sob3

Anonymous said...

Natasha Farina Arifin:

oh yeke sis?????
hehe.ketulan ek..lucu tu..
btw, suke tgk gmbr akk wit husbnd..
nice..
:)

Unknown on December 9, 2010 at 3:59 AM said...

hahaha tak sangka kamu dengan fathi adha. senior kolej tu.

ekekeke

Anonymous said...

Ery Farieha:

oh yeke...
heeee...laaaaa...
kiy ke?
:)

Liquid on December 10, 2010 at 6:48 AM said...

hee keciknye dunia kan. incek liquid pon, kije jaoh2, last2 jmpe kawan yg dh lame trpisah sume hee

Anonymous said...

Welcome to the Garden of Knowledge and Virtue (and kancil and viva (?))

Anonymous said...

Liquid:

taw takpe..
heee...
kecik je dunia..

Anonymous said...

En. Hisyam:

terima kasih..
^_^

yunique0307 on December 19, 2010 at 1:34 AM said...

taca! jaga ain baik2 kay?? die tu selenge skit... opps!! dun tell what i juz told u.. klw tk mati yan kne smbelih smpi airport nnt... lalala~

♥ Cik Puan Pinky ♥ on December 24, 2010 at 1:40 AM said...

tasha lagi comel dr nadia. :D

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal