Apa khabar? Harap2 semua sihat ya. Orang dapat MC leh pulak update blog ya. Ish3. "Don't do this at home". Hehe. Hari ni saya MC jadi boleh la tulis entry baru. :)
Gift of Allah. What am I going to write? Alkisahnya begini. Dulu, kalau orang tanya maksud nama saya, mesti saya rasa rendah diri. Kenapa? Sebab orang selalu kata nama saya tiada maksud. Nurdia Natasha. Bila orang tanya maksud nama, saya kelu tiba2. Tak tahu nak cakap apa. Cari dalam kamus, tanya ustazah, semua tak jumpa.
Tapi...alhamdulillah, kini tidak lagi! (Macam iklan pulak bunyinya ye. Hehe)
Kita mulakan dengan 'Nurdia'. Ini juga ada maksudnya. Ejaan dalam bahasa arab yang sebetulnya adalah begini : 'نورضياء' yang bermaksud, 'Nur' iaitu 'cahaya', 'ضياء' juga bermaksud cahaya. Ceritanya begini. Semester pendek kali ni, saya ambil subjek Arabic Skill, Writing, Listening and Speaking. Jadi pada suatu hari, masa mula2 kelas Writing..Ustaz ni (dari Sudan), dia sebut nama semua orang dalam kelas, satu demi satu. Tiba giliran nama saya disebut, dia sebut lambat2..Nur....Dhiyaa'..Natasha..kemudian, saya yang duduk di hadapan ni betulkan la balik sebutannya, "Nurdia" (konon2 nak perbetulkan ;p). Kemudian, Ustaz tu pun jelaskan yang 'Dia' takde maksud..tapi 'Dhiyaa'' ada maksud, sama maksud dengan 'Nur', iaitu 'cahaya'.
Berkenaan dengan 'Natasha' pulak...Pada suatu hari, sedang saya mengobek2 (betul ke sebut camni?)/ godek2 BESTA saya, saya pun terjumpalah maksud Natasha dalam kandungan kad memori Learning Arabic. Dalam kad memori tu ada Direktori Nama-nama Islam. Jadi, terjumpalah nama 'Natasha', yang bermaksud, 'gift of Allah'.. :) Alhamdulillah, jumpa juga maksudnya.
Semoga empunya diri berjaya merealisasikan nama yang telah diberi...amiiiin.. :)
(Tengok yang bernombor 7 :)
9 people smiling (: on "Gift of Allah :)"
kena tuka ejaan la pasni.
besta eh best la, ada learning arabic. bape kupang ek besta. mcm nk beli je. tapi xde pitih lar awk oi.
btw, siapa yek nama ustaz sudan tu?
sedap nama. maksud pun sedap je. sejuk je hati denga :)
salam ...
moga sihat hendaknya..
ermm..tersenyum saya
sendiri tadi bila membaca
entri ini..alhamdulillah
dah ketemu maksudnya ye..?
Apis Mellifera:
hehe..tak perlu tukar nama..tukar subutan je..hehe..
besta yg ada arab selalu dalam lapan ratus.. :)
tape2...awk kumpul pitih dulu ye...
btw, ustaz tu nama Doktor Abdullah Bin Kheir..
thanx for the comment.. :)
zaradagreat:
terima kasih sis...
insyaAllah...ameeeee...
*leh la letak nama anak nanti..hik3... ;p
zulkbo:
salam akhi..
dah lame ye akhi tak dtg blog sy...bz ye?
hehe..
alhamdulillah...sudah ketemu nampaknya..
:)
'gift of Allah'..
Alhamdulillah..
Dalam maksudnya :)
missgee:
^_^
Post a Comment