Showing posts with label Quote. Show all posts
Showing posts with label Quote. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Quote..

0 people smiling (:
Assalamualaikum...

Sebuah syair Arab ada mengatakan, "Allah s.w.t murka jika engkau tidak memohon kepadanya, sebaliknya manusia murka jika engkau sering meminta daripadanya.."

:)

Sunday, July 25, 2010

Nasihat buat diri sendiri, dan semua.. =)

9 people smiling (:
"Kemarahan yang tidak terkawal umpama api yang membakar ketenangan diri. Manakala kemaafan adalah 'syurga' yang memberi keharmonian dan penguasaan unutk menghadapi kerenah kehidupan.."

Saturday, July 17, 2010

Takabbur..

8 people smiling (:
"Dosa yang menyebabkan engkau menangis adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur.." 

(Ibn Ataillah)

Sumber: Majalah Solusi.

Friday, January 15, 2010

Kata Dr H.M Tuah

1 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

alhamdulillah, aku baru sahaja usai membaca novel H.M Tuah ni, yg berjudul "Aku di Hatimu.."
sememangnya aku seorang penggemar novel..
apatah lagi karya Dr HM Tuah ni..

di hujung novel, aku sempat membaca panduan yg diberikan oleh dr..mengenai panduan mengenali diri kita,mahupun orang lain..



tapi sempat juga beliau memberi peringatan, yg betul itu kebetulan semata-mata, mungkin ada salah jugak..Jika ia baik rangsang terus; jika salah itu kebetulanlah juga..

Seelok2nya ambil pen dan gabungkan huruf-huruf berkenaan, membentuk satu nama (anda/ orang lain) dan buatlah definisi sendiri...

A- Anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

B- Anda selalu berwaspada bila bertemu teman baru.
 

C- Anda ada kelebihan, jgn malu mempamerkannya.

D- Anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E- Anda sentiasa seorang yg excited.

F- Semua orang menyayangi anda.

G- Anda ada cara yg tersendiri utk menilai manusia.

H- Anda bukan seorang judgemental, tiada otak keadilan.

I- Anda mudah tersenyum dan boleh membuat orang lain tersenyum.
 

J- Anda seorang yg cemburu.

K- Anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L- Anda sangat mudah percaya dengan cinta dan mudah tenggelam dengannya.

M- Kejayaan mudah datang kepada anda.

N- Anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O- Anda seorang yg berfikiran terbuka.

P- Anda seorang yg mudah berkawan dan memahami.

Q- Anda seorang yg hipokrit, pentingkan diri.

R- Anda seorang yg gemar bersosial.

S- Anda sangat broad-minded.

T- Anda ada sikap canggih, amat canggih.

U- Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dgn orang lain.

V- Fizikal anda baik sekali.

W- Anda suka menyendiri.

X- Anda tak akan benarakan orang lain beritahu apa yg patut anda buat.

Y- Anda selalu penyebab kepada banyak masalah.

Z- Anda selalu bergaduh dgn seseorang.



*Cuba gabungkan makna-makna huruf ini mengikut ejaan nama. Misalnya, kalau TUAH, jadinya...


T- Anda ada sikap canggih, amat canggih.

U- Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dgn orang lain.

A- Anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

H- Anda bukan seorang judgemental, tiada otak keadilan.


 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal