Monday, January 25, 2010

Hati ini..

Assalamualaikum..

Pagi tadi aku ada kelas bahasa Arab bersama Ustaz Safwan..
sebelum memulakan kelas, beliau ada bagi sedikit tazkirah..
agak panjang lebar jugak tazkirah beliau..
ada satu perkara yg masih melekat di mindaku ketika ini iaitu, tentang hati..

Ustaz cakap, hati tu dalam bahasa Arab dipanggil "Qalbun"..
Perkataan "Qalbun", yakni "Qallaba- Yuqallibu" adalah bermaksud berbolak balik..

Jadi, di sini bermakna hati manusia tu sentiasa berbolak-balik..sentiasa berubah-ubah..
Kadang-kadang iman seseorang itu tinggi, dan kadang2 sebaliknya..
begitulah kita manusia...

Patutla, kadang2 aku rase macam rajin je, tapi kadang2 aku rase malas yang teramat sangat..
Kadang2 mood aku happy je sepanjang hari, tapi kadang2 rase nak mara je semua orang..
Rupe2 nye hati kite ni name die pun dah sedia dinamakan "berbolak-balik'..

Sebab tula kita kene sentiasa ingat pada Pencipta, agar hati kita yg selalu berbolak-balik tu kembali ke landasan yg lurus semula.."zikir"-bermakna sebut..sebutlah akan Dia selalu, agar kita selalu ingat padaNya..



Bila kita sentiasa ingat Dia, kita tahu ke mana kita nak tuju, dan sedang tuju..
matlamat kita..









1 people smiling (: on "Hati ini.."

Aus MeLankoLik on January 25, 2010 at 12:04 PM said...

aku juga sering berasa begitu..
pagi2 terasa rajin utk study dan bertekad meneruskan hingga mlm..
smpi je petang mule rase malas..
ahaha..

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal