Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Macam chipsmore (:

1 people smiling (:
Salam semua!

Alhamdulillah, i'm back into writing. Rindu sangat kat blog ni tapi tak tahu nak tulis apa. Sangatlah bz kebelakangan ini. Cuti pun bz, masuk study balik pun bz. Kadang2 sempat usha2 je belog orang lain tanpa mengupdate belog sendiri. Aishh~

Meh nak listkan apa yang bz sgt tu  kan. Hmm, cuti kat rumah tak duk diam, pergi sana sini, pindah rumah, pindahkan barang2, jadi surirumah, hmm...etc. Eh kalau nak story sampai esok pun belum tentu habis, sebab dah tak ingat dah, lupa ><'

Masuk sem baru ni dengan azam baru, nak dapatkan DL yg setelah kian lama lari, sebab saya tak kejar. Hahaha. (Ayat belit sungguh) DL tu Dean List ye kengkawan. Azam ni dicetuskan oleh ehem2 saya ye. Terima kasih ya echik ehem2. Haha.

Banyak pulak ya nak tulis, maklumlah dah lama tak menulis. Tambah pulak ari ni otak pun fening2, kelas dari 8 a.m straight to 1 p.m. Saturated dah rase. ><' Rase nak lompat2 bagi semua tu turun, dan bagi otak ruang untuk bernafas. Haha *pardon me for being tak betul skit hari ni.

But most importantly, today I learn a very important thing, which is, be who u are, not as what others think. Jadi diri sendiri, fikir diri sendiri, bukan hidup dengan fikiran or tanggapan orang lain. Hope u guys understand what I am trying to say. (: Takde orang yang perfect, tapi kite kenalah selalu baiki diri kita, lihatlah kelemahan diri kita dahulu, bukan lihat orang lain. Kalau semua orang fikir yang sama, tentu aman kan dunia (:


Monday, August 22, 2011

Besar atas jalan (:

3 people smiling (:
Salam ramadhan.

Besar atas jalan. Ya, itulah yang patut aku ungkapkan bagi diri aku dan adik2. Sejak kecil, kami selalu sangat berjalan (naik kereta), sampai la besar ni. Ayah dan ibu jenis yang suka berjalan, juga travel. (Itu perkara yang sama d:) Buktinya, kalau terasa nak makan sesuatu, ke Ipoh pun sanggup, Gerik, malah ke mana2 pun. Tapi bergantung kepada keadaan juga.

Paling ketara ialah pabila stress atau sakit. Berjalan adalah pengubat utama bagi ibu dan ayah, dan juga aku. Hehe. Tak kisah la ke mall ke ( ni ibu suka), ke beach ke (ni feveret ayah), ke taman2 ke, dan etc (sambung sendiri). Aku pula suka tempat2 yang tenang, tapi adakalanya bila stress aku suka bersendirian merayap di mall. Tapi kini tidak lagi kerana ada encik ehem2 (; Bila balik berjalan, terus boleh tukar mood ceria, walaupun hanya berjalan tanpa beli apa2. Serius korang boleh cuba! (;

Aku sendiri, versi berjalan @ berhijrah, dah belajar hampir 10 tempat sejak sekolah rendah hinggalah universiti. Dari Gerik, Sg Siput, Jeli dan Kota Bharu Kelantan, Cameron Highlands, Kerian, Gopeng, Kuantan, Nilai, Gombak dan macam2 lagi (rasa macam ada yang tertinggal?) Banyak kan? Tapi itu yang best. Kenal banyak orang, banyak ragam, dan berbagai lagi. Semuanya mengajar erti hidup dan sungguh bermakna.

Akhir sekali, (sebenarnya tataw apa motif tulis entry ni), aku sangat bersyukur, sebab bila berhijrah di rumah baru ni, ibu dah mula boleh makan nasi. Biarpun tidak banyak seperti dulu, at least dah boleh makan. Aku bahagia lihat ibu ceria. Ayah pula seorang yang sangat penyayang. Ke mana ibu mahu pergi, ke langit biru jua ayah sanggup bawak (ayat! hehe). Tapi benar, itu ayah, bagi ayah, senyuman dari isterinya itu mampu buat dia bahagia, biarpun dia penat sekalipun melayannya. Kadang2 mengalir air mata terharuku melihat ibu dan ayah. Oh tidak, bergenang lagi!

Sampai di sini dahulu.
Salam.

Bantu diri lihat diri (:

4 people smiling (:
Salam ramadhan buat semua.

Bulan mulia makin melabuhkan tirainya. Namun sedikit pun aku belum mengambil kebaikannya. Aduh, miskinnya diri. Teroka diri, jangan lepas lagi.

(gambar diambil dari sini)

Sunday, August 14, 2011

Ini entry emosi.

4 people smiling (:
اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

Jangan pernah fikir aku takut sama kamu. Bukan aku tidak tahu kamu mahu menghancurkan keluarga aku. Jangan jadi pengecut wahai manusia. Baling batu kemudian sembunyi tangan. Jadilah anak jantan yang berani menghadap di hadapan. Biarkan aku biadap begini. Biarpun usiamu tua, layak digelar makcik padaku, namun usia tuamu itu sia2 sahaja kerana tak mampu menggunakan akal fikiran sewajarnya.

Teruskan usahamu memusnahkan kami. Tidak sekali kami gentar, kerna kami tahu Dia bersama kami, dan Maha Mengetahui. Di bulan mulia ini, kuharap Tuhan membuka pintu taubat buatmu. Tinggalkanlah hasad dengki yang kelak akan memakan diri.

Sudah lebih seminggu bondaku menangis saat mahu menelan nasi. Seolah2 ada yang menghalangnya. Bondaku ternyata tiada penyakit klinikal yang dihadapinya. Tega sungguh kamu ya. Rumahku pula kamu asapkan. Permainan apakah ini. Dahulu pernah kamu menyerangku, namun gagal. Lalu kali ini bondaku pula yang kamu sasarkan.

Tak mengapa. Nahas kamu kalau aku jumpa. Tuhanku ada sentiasa bersama. Kamu perlu ingat itu.

(manusia mmg tidak pernah puas)

Tuesday, August 02, 2011

Senyum, tak perlu kata apa2. (:

1 people smiling (:
Bismillah, juga salam Ramadhan buat semua.



Sunday, July 31, 2011

Tiada tajuk.

4 people smiling (:

Give me the rhyme, so that i can sing.

Tuesday, July 12, 2011

I'm a big girl (:

0 people smiling (:
Bismillah.


Ternyata hari itu hari yang penat. Berpeluh dingin tubuhku. Biarpun pendingin hawa dipasang, kegusaran hati tidak juga sirna. Puas sudah aku menghafal skrip. Ulang dan ulang lagi dalam hati. Aduh, nervous sungguh. Yelah, aku kan pemalu >< *sila percaya. Bagaimana harus ku mula bicara. Sungguh, aku rapat dengan ayah, namun untuk kuceritakan hal peribadiku pada ayah, itu ternyata susah.


Seharian keluar bersama family, aku mencari peluang untuk menyendiri dengan ayah. Petang menjelang, terlepas lagi. Akhirnya malam bertandang. Kami singgah di R&R, hanya aku dan ayah yang mahu turun. Nah, di sini tibanya peluang.


Sirna pula skrip yang acapkali kuhafal tadi. Lain pula yang meniti di bibir. "Ayah, 'kawan' akak kirim salam". Seperti biasa, jawab ayahku, "waalaikumsalam, siapa kawan akk tu?". Gulp, air liur pekat kutelan. "Khairul Anwar", jawabku tenang. Sambil dalam hati ku berzikir, "Ya Rahiim, ya rahiiim".


Ayah tersenyum. Kami bercerita dan bercerita. And there's a couple word that make me feel like crying, and one of them, "Ayah sedar anak ayah dah dewasa". Aku terpana. Dah besar rupanya aku. Oh tidak, tubir mata bergenang seketika. Tanpa disedari, 30 minit berlalu, sambil kami hanya bercerita tentang beliau, kehidupan, nasihat dan harapan, di meja makan yang tanpa makanan, hanya dua gelas air hangat.


Tentang ibu, sudah kukenalkan beliau pada ibu, awal2 lagi. Terima kasih ayah dan ibu, kerana memahami. Kumohon restu daripada kalian.

Tulus, anakandamu.

Tuesday, June 07, 2011

Aku cuma wanita biasa.

8 people smiling (:
Berkat namaMu ku mula bicara..

Terkadang, hati terasa gundah
lantas pena bergerak mengalunkan bicara
hati pula ligat berkata-kata
aku cuma wanita biasa
punya suka, duka dan tawa
tawa ku untuk semua
dukaku kusimpan saja
aku senang begitu
usah ditanya mengapa
cubalah untuk mengerti rasa

Pernah kujatuh ku bangun semula
berkat kudrat pinjaman Dia
namun aku juga manusia
kadang2 mudah alpa

Sukar kurungkaikan
sukar dimengertikan
apabila tawa dan indah menjelma
kugerun memikirkan semula
apakah ini ujian sebenarnya
namun kuharap pada Dia
Maha mendengar, mengatur segala
agar bahagia kekal dalam rahmatNya.

KepadaMu Tuhan kuharap segala.

Monday, May 16, 2011

Things that make me fear to be in love.

7 people smiling (:
Assalamualaikum semua. Apa khabar ya?

Dah lama tak menulis. Terkejut tengok tajuk di atas? Yes, I really mean it. I do want to write about it. Thanks to Sister Nurulbadiah Lai, inspiring me to write something that really express what u feel. I love you too sis. :)

I'd been in love, before. But I don't want to make the feeling happen again, unless, I am seriously getting married. Why? There are so many things happen that makes me fear of this gender, "male", or simply says, "guys". I know there are guys that are good out there, and I am not offending you guys. What I am talking here is about some guys that had make me feel the fear, fear of love.

1. Insist.

I hate this kind of guy that keep forcing people to do this and that. In a relationship, you should be tolerate, and understand each other. We are human. Not a machine that can be set up. We are human. We have our own need, interest, opinion and so on. Do understand us, and we'll understand you. There is a saying that says, "To make people listen to you, you have to listen first".

2. Take advantage.

This is also irritating. I know you are a guy, with  feeling. Take advantage here that I want to say is that you want to have something that you did not own yet. E.g: "pegang2". It's wrong! and always be wrong! I am not a girl with tudung labuh that have many ideas to talk about "agama". I know that I am not that "alim". Even stokin pun I tak pakai. But, please, because of the lack of iman that I have, that is why I am afraid to do those things. I am sorry. But I am afraid. And I hate this kind of guy.

3. Self-esteem.

As we know, all of us have their own pro and cons. All of us have our own good and bad thing in our life. Such as, beatiful but fool, ugly but brilliant, tall but fat, friendly but stingy. Example okay. Just for example. And what I want to express here is, please, when you want people to look at you, please....don't say like this; "Yela, I tak cantik, tak kaya, hodoh...sapela nak kat I. I patut mati je". Contoh okay? You know what. With this kind of attitude, you are abusing one's phsychology. Okay, I admit that I am not good at phsychology, but please. It is irritating. We do all have hearts. And can we force our heart to like someone that actually we don't?? And if we ever force, will the relationship be honest?

Suprise? Yes, I am too stress right now. I am sorry. This is the only place that I can shout out what deep inside my heart. I didn't mean to hurt anybody. I didn't meant to address anyone. But this is how I feel. It hurts.

Yes, it does hurt.

Tuesday, May 10, 2011

Sejenak Berfikir.

6 people smiling (:
Assalamualaikum.

Hari ni kelas bermula. Permulaan yang tidak begitu ceria. Kenapa? Entah, tiada jawapan. Namun, sebelum kelas petang bermula, aku duduk di The Gate (cafe kecil tepi library). Macam biasa, minum white coffee dulu (my best remedy di kala tiada rasa).

Meja penuh. Almaklumlah tempat terhad je. Jadi aku berkongsi meja dengan seorang sister ni. Minta izin, lalu aku duduk. Duduk sambil minum, melihat kehijauan membuatkan aku sedikit bertenaga. Tiba2 sister di hadapanku menyapa. Oh, pelajar master rupanya.

Aku terkesima. (Hee. Kagum). LLM. Master in Law. Hebat. Sedangkan aku pula masih merangkak, undergraduate. Tak mengapa. Aku juga mahu menjadi sepertinya. InsyaAllah. Tiba2 rasa itu menjelma. Aku bukan pandai, tapi aku perlu berusaha. :)

Tidak tahu mengapa kebelakangan ini aku selalu monolog sendirian. Mungkin tiada teman bicara. Biarkan aku begini. Aku bahagia.


Monday, May 09, 2011

"Selamat Hari Tua" :)

8 people smiling (:
Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua? Dah lama tak menulis. Sangat sibuk kebelakangan ini. :) Tengok tajuk? Ya, Selamat hari tua kepada saya. Heee. 6 Mei yg lalu, genap saya 23 tahun. Alhamdulillah, syukur. Terima kasih ya pada ibu ayah, rakan2 yang wish birthday. Terharu sangat.

Tak sangka saya dah besar (heee. rasa macam baru umur belasan tahun ^_^). Apa pun, saya harap saya dapat jadi anak yg selalu membahagiakan ibu ayah saya. Oh ya, sempena hari ibu ni juga, saya nak ucapkan, "Saya sayang ibu, bukan pada hari ibu je, tapi tiap2 hari" (harap ibu baca entry ni..^_^)

Takde apa nak tulis, sebab idea menulis masih belum kunjung tiba. Jom layan gambar2. :)


(Kek birthday girl :)

(Suka! Terima kasih ibu :)

(ini daripada ayah. Tq dad! *nampaknya kena rajin blajar lepas ni. :)

(Ini baru dapat malam tadi. Agak2 apa dia ye? :)

(Jeng3...thanx Fina.. :)

(Ini dipos daripada Ery Guzaimas. He's an archer. Benda ni hand-made taw :)

*saya dah balik IIUM, amik short sem :)

Monday, April 11, 2011

Home Sweet Home! ^_^

10 people smiling (:
Assalamualaikum semua! (Dengan nada excited. Hehe)

Almaklumlah dah ada di rumah kan. Tak perlu fikir tentang buku2 yang tebal nya tak ingat. Hehe. Jangan marah ye buku. Oh ya, balik2 je rumah, hari Sabtu malam terus kena pergi Quality Dinner, kat Ipoh. Best la jugak. dah lama tak join dinner2 tempat kerja ayah ni. Hehe. Lagi pulak semalam, seat kitorang sebelah dengan meja.....err, eh, tak boleh2. Salah ni. Kena tindakan tatatertib nanti. Hehe. (Guraw je. ^_^)

Apa lagi ya nak cerita. Tak ada apa sangat. Oh ya, bila duk rumah, walaupun hp sunyi je tak ada orang nak msg, tapi tetap riuh dengan adik yang dua orang tu. Hehe. Ni adik yang kecik tu tengah demam, tu yang diam sikit. Kesian dia, tengok kartun pun tak nak. Kak ngah pulak pergi tuisyen. Tinggal berdua dengan adik je. Hehe. (Kakak mithali ye ;p). Berbeza pulak dengan duk kat uni. Orang ramai, bertali arus, tapi tetap rasa sunyi. Dahla hp sunyi.

Nak bawak adik and satu family duduk kat uni lah, aci tak? Hehe. ^_^
Jom layan gambar2 dinner sikit.



Sunday, April 03, 2011

Rindu kat budak ni! ^_^

7 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Hmm. Esok saya nak exam, masih lagi boleh tulis blog ye. Ish3. Sila jangan tiru aksi ini ya. Haha. Sebenarnya, tadi dah tak larat nak tengok perkataan dalam buku2 tu, jadi cuba mengalihkan perhatian kepada perkataan2 dalam blog pula. (Alasan kan! :) Apa lagi, blogwalking kejap, buka gambar2 dalam folder, dan jumpa gambar ni:


Ni adik saya yang bongsu, which is yang nombor 3. Dia ni manja sangat dengan saya. Kalau dalam kereta pun mesti nak duduk atas riba saya. Makan nak saya suap. Tapi saya tak kesah. Sebab sayang punya pasal. Hehe. Tido pun nak saya tepuk and dodoikan. Hai, rindunya akak dekat adik. Tiap2 hari msg dia, rindu punya pasal. Biarpun dia nakal, tapi dia ni la penghibur lara kami sekeluarga. Kitorang siap boleh main kejar2 lagi dalam rumah dengan adik. Haha. (Termasuklah yang besar ni :p)

Oh ya, adik ni suka sangat makan maggie taw, especially maggie ayam. Tapi sekarang ni kitorang dah kurangkan bagi dia maggie, n bagi dia makan benda lain bila dia mintak maggie. Sebab perencah maggie tak elok untuk kesihatan kan. Nak tengok adegan adik bila makan maggie? Mari kita lihat... :)



Rindunya kat adik! ^_^


Tuesday, March 29, 2011

Sedikit Coretan.

2 people smiling (:
Diam, bukan hilang.
Kelu, bukan bisu.
Tawa, bukan riang.
Senyum, itu palsu.
Kata, bukan rasa.
Cinta, 
Apa ertinya?

(Gambar tiada kaitan)

Monday, March 21, 2011

Awan Nano..

6 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Dah lama ya tak update blog ni? Bersawang sudah. Sebenarnya tak ada apa pun nak tulis, kerana segalanya tersimpul berselirat dalam hati, tak mampu diluahkan. Sambil layan hati yang tak keruan, dengar lagu Awan Nano dendangan Hafiz, buat hati makin sayu..biar situasi tak sama, tapi kusut di hati tetap sama..

Nak download lagu tu kat page ni sangatlah menguji kesabaran. Jadi, aku link kan saja lah ye. ^_^
Hafiz-Awan Nano.

Sunday, March 13, 2011

Show Me Your BFF Contest- by Because she is NurulBadiah ^_^

10 people smiling (:

Dear NurulBadiah Lai,

It's a pleasure to show u my BFFs. Here they are, Tengku Nurul Syuhada, and Aisyah Madehah. (Skema kan ayat saya ^_^). Actually we've been best friends since two years and half, ago. Banyak benda yang kitorang buat sama2, bila fikir balik rasa nak gelak sorang2 pun ade. Heee. Sangat sayang mereka ni. Sebenarnya ramai lagi ahli dalam group BFF kitorang, tapi gambar yang include all together takde. So guys, jangan jeles taw, we are still BFF, forever, InshaAllah. I met them when I was in college. There are great friends, sisters and brothers, and they are awesome. To be honest, I love them! :)




Yang terhangat dan kena tag ^_^:



Intan Izani First Contest- Gambar Kegemaran Saya (:

2 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Jom join contest Izan Izani (:

Gambar kegemaran saya? Banyak..Bila saya godek2 laptop, terserempak dengan gambar ni. Tiba2 hati rasa lain macam, mata rasa nak nangis. Bukan sedih, cuma satu perasaan yang terlalu sukar ditafsir, kerana gambar ni merupakan antara kenangan terindah saya.


Ini gambar konvokesyen kami, yang berlangsung pada tahun lepas. Konvokesyen KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah). Bila tengok gambar ni, segala kenangan pahit dan manis ketika belajar di KIPSAS seakan-akan beulang kembali, segar di minda. Antara banyak2 tempat belajar, jujur aku akui, KIPSAS adalah tempat yang paling banyak menyedarkan aku, memberi ilmu dan mengajarku..terlalu banyak kenagan di situ, biarpun hanya dua tahun setengah pengajian kami berlalu.

Di situ aku ditemukan dengan kawan2 yang belum pernah aku temui sebelum ini, iaitu teman sejati, Ain, Syusyu, Aliff, Aisyah, Ema.. Di situ juga aku kenal kawan dan lawan. Di situ juga aku bertemu dengan pensyarah2 yang bagaikan ibu dan ayah kepadaku. Bagaikan dunia baru yang menyedarkan aku betapa pentingnya ilmu. Bagaikan peluang baru yang melahirkan semula siapa diri ku.

Sayu benar hati ini bila mengimbas kenangan lalu. Aku jadi rindu.

Wednesday, March 09, 2011

Yes, I am fragile.

7 people smiling (:
Bismillah..

Sejak balik dari kem, terus demam. Semalam demam dah nak baik, tapi hari ini lain pula ceritanya. Hmm. Pagi tadi bangun awal pagi untuk siapkan soalan tutorial contract yang sepatutnya boleh disiapkan malam tadi. Tapi, dek kepala yang berdenyut kuat, aku tidak mampu teruskan, dan terus melabuhkan tirai mimpi.

8.40 pagi aku dah mula gerak dari mahallah, menelusuri Female Sports Complex ke AIKOL, berjalan kaki. Ketika tu alhamdulillah terasa okay lagi. Detik jam pukul 10 pagi, kepala seakan berdenyut lebuh kuat lagi. Ada sejam lagi untuk kelas seterusnya. Aku lepak di library dulu, bercadang unuk tidur, dan rehat, memandangkan pendingin hawa di situ lebih mendinginkan. Tidurku terganggu dek kerana kuatnya suara foreigner di sebelahku bersembang. Bukan dingin, malah menaikkan lagi temperature. Aku lantas bergerak pergi, mengatur langkah semula ke AIKOL, dengan harapan ingin ke kelas.

Tekan butang lif. Level 3. Dah sampai. Kelibat Miss Aliza masih belum ada. Pandanganku seakan gelap tiba-tiba, namun alhamdulillah neuron di mindaku masih berfungsi. Lantas aku teringat, "Jika hendak pitam, tahan mata jangan sampai pejam. Jika tidak anda akan collapse." Aku cuba bertahan, berhenti sebentar di tepi koridor. Ada yang melihat aku ketika itu dan bertanya sama ada aku okey atau tidak. Atas pujukan dan nasihat rakan-rakan, aku ke klinik IIUM, dan tidak ke kelas.

Sedikit hampa. Kerana aku tidak mahu ketinggalan. Tapi kesihatan tu lebih bermakna, kan. Di klinik, aku dapat MC. Dokor kata aku migrain. Terserempak dengan kawan, sembang sikit, lantas aku terus pulang, tanpa mengambil ubat. Aku terlupa di situ. Mengeluh juga tak berguna. Dah separuh jalan ke mahallah. Aku gagahkan diri melangkah ke mahallah.

Sampai mahallah, berniat untuk tidur, namun mata seakan begitu degil. Tiba-tiba aku rasa macam nak muntah. Nah, aku muntah air. Susu low fat yang aku minum pagi tadi semua keluar. Suhu badan tiba-tiba naik mendadak, sampai aku selubung banyak lapis pun masih menggigil. Ya Allah, hatiku merintih.

Dah petang sikit, telefonku berbunyi. Ibu rupanya. Berborak dengan ibu, kemudian beralih kepada ayah. Mungkin ayah penat bekerja di pejabat hari ni, menyebabkan suara ayah terkasar sedikit. Tiba-tiba air mataku mengalir. Ayah terkedu mendengar tangisanku. Yes, I am fragile. Aku pun tak tahu bagaimana aku boleh menangis. Huhu.

Lalu ayah memujukku, juga ibu. Bersalah pula aku kerana ternangis. Hehe. Ibu pesan pada aku supaya makan di kafe, dan makan ubat. Usai meletakkan telefon, dengan serabai dan tak bedaknya, aku lantas ke kafe, order bihun tomyam dan teh o panas.


(muka baru lepas muntah + nangis + demam + tak bedak = serabai :)



Thursday, March 03, 2011

A moment like this.. ^_^

5 people smiling (:
Bismillah..

It is a fine good day. Yeah, “a moment like this”, I’d never thought that I would meet her, again. Though, I damn miss her so much. She’s Ezzah Liyana, my best friend forever, when I was in Form 4 and 5. She’s the best friend that I have, but after finishing our SPM, we both living in our own way, and I admit that I was running away from everyone, including u my dear. I was so afraid that people will find me bad, because I was bad at that time. And now I regret. And I admit, it was my entire fault.  


The ‘new’ story begins. I was having my breakfast with my click at the AIKOL’s café. Suddenly, I felt that I have to move. It’s just like an instinct, but I didn’t really know what the instinct was about. I walked down the road, and suddenly, in front of the library, my eyes were stuck to a figure. “Ezzah” I whispered.  And I really sure that she did and felt the same.


My eyes broke into tears. Yes, I miss her, damn much. I felt like dreaming. But no, this is real. Thanks to Him, bring her back to me. We went to the Econ’s café, talked and talked. So many things to share with, and I’m happy. To Ezzah Liyana, I Love U.


(here she is, Ezzah Liyana)

Friday, February 25, 2011

Saje menulis..

8 people smiling (:
Assalamualaikum..

Hmm. Hari malas sedunia. Hee. Belek2 blog. Tiba2, teringat kisah semalam. Hmm. Marah, tapi kelakar juga bila fikir2 balik. Tapi lebih kepada geram. Tapi, bila bangun pagi ni, alhamdulillah, marah itu sudah sirna. Aku mudah kasihankan orang, juga percayakan orang. Bak kata Ain, "taca yang naif". Haha.

Betul la Ain, bila kita terlalu percayakan orang, susah juga ya. Hmm. Biarlah. Dah berlalu pun. Kepada kamu, kite maafkan awak, tapi tolong, jangan buat lagi. Saya tak suka bila saya marah, sebab sangat buruk. Kamu tentu terkejut tengok kite marah semalam, sebab saya jarang marah, kalau saya marah, kamu pasti terkejut, dan sememangnya kamu terkejut.

Jika kite marah, kite diam, dan akan bungkam seribu bahasa. Sebab? Kalau kite bersuara, tentu terkeluar perkara2 yang kurang senang kamu dengar. Apa yang lebih penting, kite tak suka ditipu. Yang bisa buat kita marah sangat2. Kite okay je, kalau kamu terus terang dengan kite tentang perkara yang sebenarnya. Tapi bila kamu mengelak dan tidak berbicara sejujurnya, seolah2 kamu mempergunakan kita. Maafkan kite, kite tak suka begitu.


Oh ya, kalian tentu ingat ini masalah bercinta ya. Hehe. Tentunya bukan, kerana ini masalah antara sahabat baik. Tentunya perempuan dan perempuan. 


p/s: Kite maafkan kamu, tapi jangan buat kite macam ni lagi okay. Itupun jika kamu baca blog ini. (:


(Muka aku ketika stress. Oh ya, sila abaikan parut2 jerawat di situ ya. Hee. :)




 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal