Sunday, March 13, 2011

Intan Izani First Contest- Gambar Kegemaran Saya (:

Assalamualaikum semua..

Jom join contest Izan Izani (:

Gambar kegemaran saya? Banyak..Bila saya godek2 laptop, terserempak dengan gambar ni. Tiba2 hati rasa lain macam, mata rasa nak nangis. Bukan sedih, cuma satu perasaan yang terlalu sukar ditafsir, kerana gambar ni merupakan antara kenangan terindah saya.


Ini gambar konvokesyen kami, yang berlangsung pada tahun lepas. Konvokesyen KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah). Bila tengok gambar ni, segala kenangan pahit dan manis ketika belajar di KIPSAS seakan-akan beulang kembali, segar di minda. Antara banyak2 tempat belajar, jujur aku akui, KIPSAS adalah tempat yang paling banyak menyedarkan aku, memberi ilmu dan mengajarku..terlalu banyak kenagan di situ, biarpun hanya dua tahun setengah pengajian kami berlalu.

Di situ aku ditemukan dengan kawan2 yang belum pernah aku temui sebelum ini, iaitu teman sejati, Ain, Syusyu, Aliff, Aisyah, Ema.. Di situ juga aku kenal kawan dan lawan. Di situ juga aku bertemu dengan pensyarah2 yang bagaikan ibu dan ayah kepadaku. Bagaikan dunia baru yang menyedarkan aku betapa pentingnya ilmu. Bagaikan peluang baru yang melahirkan semula siapa diri ku.

Sayu benar hati ini bila mengimbas kenangan lalu. Aku jadi rindu.

2 people smiling (: on "Intan Izani First Contest- Gambar Kegemaran Saya (:"

intan izani on March 13, 2011 at 12:37 AM said...

thanx join! gud luck ye!

Anonymous said...

intan izani :

u're welcome akak..
thanx..
^_^

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal