Sejak balik dari kem, terus demam. Semalam demam dah nak baik, tapi hari ini lain pula ceritanya. Hmm. Pagi tadi bangun awal pagi untuk siapkan soalan tutorial contract yang sepatutnya boleh disiapkan malam tadi. Tapi, dek kepala yang berdenyut kuat, aku tidak mampu teruskan, dan terus melabuhkan tirai mimpi.
8.40 pagi aku dah mula gerak dari mahallah, menelusuri Female Sports Complex ke AIKOL, berjalan kaki. Ketika tu alhamdulillah terasa okay lagi. Detik jam pukul 10 pagi, kepala seakan berdenyut lebuh kuat lagi. Ada sejam lagi untuk kelas seterusnya. Aku lepak di library dulu, bercadang unuk tidur, dan rehat, memandangkan pendingin hawa di situ lebih mendinginkan. Tidurku terganggu dek kerana kuatnya suara foreigner di sebelahku bersembang. Bukan dingin, malah menaikkan lagi temperature. Aku lantas bergerak pergi, mengatur langkah semula ke AIKOL, dengan harapan ingin ke kelas.
Tekan butang lif. Level 3. Dah sampai. Kelibat Miss Aliza masih belum ada. Pandanganku seakan gelap tiba-tiba, namun alhamdulillah neuron di mindaku masih berfungsi. Lantas aku teringat, "Jika hendak pitam, tahan mata jangan sampai pejam. Jika tidak anda akan collapse." Aku cuba bertahan, berhenti sebentar di tepi koridor. Ada yang melihat aku ketika itu dan bertanya sama ada aku okey atau tidak. Atas pujukan dan nasihat rakan-rakan, aku ke klinik IIUM, dan tidak ke kelas.
Sedikit hampa. Kerana aku tidak mahu ketinggalan. Tapi kesihatan tu lebih bermakna, kan. Di klinik, aku dapat MC. Dokor kata aku migrain. Terserempak dengan kawan, sembang sikit, lantas aku terus pulang, tanpa mengambil ubat. Aku terlupa di situ. Mengeluh juga tak berguna. Dah separuh jalan ke mahallah. Aku gagahkan diri melangkah ke mahallah.
Sampai mahallah, berniat untuk tidur, namun mata seakan begitu degil. Tiba-tiba aku rasa macam nak muntah. Nah, aku muntah air. Susu low fat yang aku minum pagi tadi semua keluar. Suhu badan tiba-tiba naik mendadak, sampai aku selubung banyak lapis pun masih menggigil. Ya Allah, hatiku merintih.
Dah petang sikit, telefonku berbunyi. Ibu rupanya. Berborak dengan ibu, kemudian beralih kepada ayah. Mungkin ayah penat bekerja di pejabat hari ni, menyebabkan suara ayah terkasar sedikit. Tiba-tiba air mataku mengalir. Ayah terkedu mendengar tangisanku. Yes, I am fragile. Aku pun tak tahu bagaimana aku boleh menangis. Huhu.
Lalu ayah memujukku, juga ibu. Bersalah pula aku kerana ternangis. Hehe. Ibu pesan pada aku supaya makan di kafe, dan makan ubat. Usai meletakkan telefon, dengan serabai dan tak bedaknya, aku lantas ke kafe, order bihun tomyam dan teh o panas.
![]() |
| (muka baru lepas muntah + nangis + demam + tak bedak = serabai :) |

7 people smiling (: on "Yes, I am fragile."
salam ukhti Nurdia Natasya.
ala ciannnya..dah makan
mee hoon tom yam tu
mesti segar bugar kan..?
duduk mahallah mana?
sabar kamu..dugaan tu..
kuatkan semangat...
muka serabai pun cun
zulkbo :
waalaikumsalam akhi..
alhamdulillah, pas makan rase bertenaga ckit..
sy duduk di mahallah halimatus saadiah..
^_^
shams:
terima kasih awk..
insyaAllah..
^_^
::FAIZ FARISH::
haha..kamu jangan bergurau sieyh..
^_^
Post a Comment