Showing posts with label ngade2. Show all posts
Showing posts with label ngade2. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Macam chipsmore (:

1 people smiling (:
Salam semua!

Alhamdulillah, i'm back into writing. Rindu sangat kat blog ni tapi tak tahu nak tulis apa. Sangatlah bz kebelakangan ini. Cuti pun bz, masuk study balik pun bz. Kadang2 sempat usha2 je belog orang lain tanpa mengupdate belog sendiri. Aishh~

Meh nak listkan apa yang bz sgt tu  kan. Hmm, cuti kat rumah tak duk diam, pergi sana sini, pindah rumah, pindahkan barang2, jadi surirumah, hmm...etc. Eh kalau nak story sampai esok pun belum tentu habis, sebab dah tak ingat dah, lupa ><'

Masuk sem baru ni dengan azam baru, nak dapatkan DL yg setelah kian lama lari, sebab saya tak kejar. Hahaha. (Ayat belit sungguh) DL tu Dean List ye kengkawan. Azam ni dicetuskan oleh ehem2 saya ye. Terima kasih ya echik ehem2. Haha.

Banyak pulak ya nak tulis, maklumlah dah lama tak menulis. Tambah pulak ari ni otak pun fening2, kelas dari 8 a.m straight to 1 p.m. Saturated dah rase. ><' Rase nak lompat2 bagi semua tu turun, dan bagi otak ruang untuk bernafas. Haha *pardon me for being tak betul skit hari ni.

But most importantly, today I learn a very important thing, which is, be who u are, not as what others think. Jadi diri sendiri, fikir diri sendiri, bukan hidup dengan fikiran or tanggapan orang lain. Hope u guys understand what I am trying to say. (: Takde orang yang perfect, tapi kite kenalah selalu baiki diri kita, lihatlah kelemahan diri kita dahulu, bukan lihat orang lain. Kalau semua orang fikir yang sama, tentu aman kan dunia (:


Wednesday, August 03, 2011

Rombakan Bajet 2011

5 people smiling (:
Salam Ramadhan semua (:


Tajuk gempak kan? Ahaha. Bajet 2011 dirombak? Sebenarnya itu bajet family aku, dan part "gaji" aku telah pun dirombak. Redho je. (: Justeru, langkah2 efektif bagi menangani masalah keborosanku haruslah dimulakan. (Ayat buku habis, hehe)


Setelah rombakan bajet, aku dengan gigihnya mencari sumber2 rujukan untuk solve the problems. (Gigihkah? Sila jangan percaya) Pada suatu hari, aku yang sememangnya menggemari rancangan Oprah Winfrey Show, telah menemui beberapa tips yang boleh digunakan daripada show beliau. (Boleh ke? Harus cuba dulu. Hehe >_<)


Shift the way you think, by Oprah Winfrey.
Need v Desire.

Yang bestnyer, dalam segmen kali ni, Oprah bawakan dua family dalam rancangan dia. Satu, family yang diiktiraf paling jimat dalam tempat tu, dan kedua, family yamg hampir bankrupt disebabkan masalah ekonomi. Uniknya, Oprah telah bawa family 1 ni duduk di rumah family 2 ni, dan ajar diorang macam mana nak manage kewangan diorang. And within few months, atas nasihat keluarga 1 ni, family 2 ni sudah tak mengalami masalah kewangan lagi. Awesome kan!

Agak2, kat Malaysia ni ada tak semangat tolong-menolong sampai camtu sekali? Mari sama2 kita fikir (:

Jom kita tengok, antara tips yang aku masih ingat;

1. Sediakan bakul kecik dan letak semua resit2 dalam bakul tu. Tak kesahla resit beli tv ke, beli gula2 ke, semua kena letak dalam tu okay?

*tapi aku ni bila beli barang, kadang2 harga barang pun tataw brape. Pakai bagi duit dan bayar je. Resit apatah lagi? Huhu. Sob3.

2. Make a journal, daily journal. Right side tulis necessary things, left side tulis unnecessary.

*bukan journal cinta kay, journal kewangan. Haha. Ingat tu. Jap2, aku ni kalau tulis journal suka lak, tapi kalo figures ni, >_< lambat sikit, adus..

3. Always use google for free or cheap stuff.

*sumpah tak reti nak cari macam mane. Selalu search for cheap stuff macam tak cheap je? >_<

4. Bawak bekal makanan.

*kat Uia macam mana ek? hmmm, makan pagi boleh kot, beli roti dan nutella breakfast kat bilik. Oh tidak, nutella sudah lari bajet! d: tapi sedap camner? >_<

5. Pinjam buku kat library instead of buying.

*yang ni selalu buat for novels dan buku2 lain. Tapi kalo buku2 law, most of them kena beli, unuk kegunaan masa akan datang. Needs kan? (;

6. Download movee instead of cinema.

*hehe. Yang ini tak leh la. Kalo cter yang tak best leh la download. Tapi kalo best nak g cinema gak. Sob3. >_< 

7. Dah tak ingat. Itu je yang mampu ingat. Kalo korang ada more brilliant ideas, do share okay! (; winks.

Till then, salam.

Tuesday, July 12, 2011

My dream home (:

15 people smiling (:
Salam semua (:


Pagi-pagi bila dah habis kerja (rumah), haruslah membelek buku2 interior design ataupun landskap. Yang selalu baca adalah Anjung Seri, Impiana, mahupun Laman (: Oh ya, ayah peminat setia majalah Laman. Al kisahnya, anaknya ini dulunya mahu jadi arkitek yang berjaya. Ahaks. Sayang sekali itu bukan takdirnya. Hehe.


Jadi bagi meneruskan impian, decorate rumah  sendiri pun jadilah. (: Jadi rekaan yang paling saya suka bagi interior design ialah modern contemporary. Dan saya bukanlah penggemar rekaan bunga-bungaan yang banyak a.k.a British style. Oh tidak! Ada sebab mengapa saya adore sangat dengan contemporary design ni. Ianya praktikal, kemas, dan paling penting, senang dikemaskan. 


Saya ni orangnya tak suka orang lain ubah barang yang dia letak. Sebab? Saya mudah lupa. Once orang lain ubah, nanti saya akan lupa akan kewujudan barangan tersebut. Dan bila mahu mencari semula, saya perlukan usaha yang gigih untuk menemukannya. Lol. Dan saya leh hangin bila orang ubah barang saya. Heee.


Oleh yang demikian, saya tak kesah bilik saya tak berhias bunga2 an, asalkan sedap dipandang, kemas, tak serabut, dan tidak kotor. Sebab? Saya sangat alah pada habuk. Hehe.


Bagi landscape pula, saya lebih gemarkan moden tropika yang simple. Teringin nak ada rumah yang ada taman kecik. Mesti best kan leh kejar2 keliling rumah, dan relax. Kecik pun takpe, janji hati suka. Cewah.


Jadi kesimpulannya, cik Nurdia Natasha haruslah belajar rajin2 agar berjaya mencapai impian tersebut. Yeah, harus gigih!


*mengarut di pagi hari. Nama lagi dream kan. Ahaks. Kesian. Sekian.


(sangat cosy kan? suke3 :)

(simple yet practical)

(tidur kat ruang tamu jela camni. sangat lapang dan tak serabut! hehe :)


(Kecik tapi teratur. Thumbs up! :)

(most importantly, toilet. *pernah asthma cuci toilet punya pasal. hehe. Leh tidur dalam bilik air camni :)

(makan petang atas pangkin tu, awesome! :)

Lalalalala. d:
(Gambar: ihsan pakcik Google d:)

Monday, May 09, 2011

"Selamat Hari Tua" :)

8 people smiling (:
Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua? Dah lama tak menulis. Sangat sibuk kebelakangan ini. :) Tengok tajuk? Ya, Selamat hari tua kepada saya. Heee. 6 Mei yg lalu, genap saya 23 tahun. Alhamdulillah, syukur. Terima kasih ya pada ibu ayah, rakan2 yang wish birthday. Terharu sangat.

Tak sangka saya dah besar (heee. rasa macam baru umur belasan tahun ^_^). Apa pun, saya harap saya dapat jadi anak yg selalu membahagiakan ibu ayah saya. Oh ya, sempena hari ibu ni juga, saya nak ucapkan, "Saya sayang ibu, bukan pada hari ibu je, tapi tiap2 hari" (harap ibu baca entry ni..^_^)

Takde apa nak tulis, sebab idea menulis masih belum kunjung tiba. Jom layan gambar2. :)


(Kek birthday girl :)

(Suka! Terima kasih ibu :)

(ini daripada ayah. Tq dad! *nampaknya kena rajin blajar lepas ni. :)

(Ini baru dapat malam tadi. Agak2 apa dia ye? :)

(Jeng3...thanx Fina.. :)

(Ini dipos daripada Ery Guzaimas. He's an archer. Benda ni hand-made taw :)

*saya dah balik IIUM, amik short sem :)

Tuesday, April 19, 2011

My Acne Story (:

11 people smiling (:
Assalamualaikum semua.

Lama tak menulis. Rindu kat keyboard laptop ni. Ahaha. Mengada. Rindu kat blog padahal. Kan3. Hehe. Duduk di rumah biasala, kena jadi tukang kebun, maid dan Ms. Gadget etc. Saya kan kakak! :) Tengok tajuk? Yes, i'm going to tell you about my acne story. (Nada seperti nak story-telling kay :)

Alkisah pada suatu ketika dahulu (cewah ayat), ada seorang budak bernama Nurdia Natasha. Masa tu, dalam tingkatan 3, kulit muka dia okay lagi. Masuk form 5, dia dah mula cuba2 pakai krim. Haa, lepas tu dah mula dah naik jerawat (Incik J) sikit2. Kemudian, beliau pun masuk matrik. Masa ini lah, jerawatnya semakin ramah, dan terlalu ramah. (Sehinggakan di matrik saya di-clash kan sebab saya tak cantik).

Banyak sangat Incik J membuatkan saya sampai takde keyakinan diri nak cakap ngan orang, pergi depan buat presentation, malu sangat. Masa kat matrik saya masih lagi pakai krim, masuk keluar kelas, air-cond and panas matahari, makin teruk muka jadi.
Tak percaya?

Searching.....


Okay, baru sekarang saya perasaan saya tak banyak tangkap gambar masa zaman kegemilangan Incik J. Huhu. Puas cari dalam laptop. Satu pun takde. Itu menunjukkan betapa kurangnya keyakinan saya ketika itu. Tapi, gambar ketika awal2 di kolej, kesan2 Incik J masih ada, walaupun sudah semakin berkurang.


Bermacam2 produk telah dicuba. Dari semahal2 nya, tak perlu lah nak disebut semua. Namun semua hampa. Kadang ada yang hilang kejap, namun Incik J tetap muncul semula. Kulit muka saya juga sangat sensitif. Tak boleh disentuh dengan tangan, walaupun dengan tangan sendiri, apatah lagi tangan orang lain kan. Kalau sentuh, esok je dah tumbuh jerawat baru. Huu. Kalo orang pegang muka, saya leh 'hangin' tibe2. Hee.

Namun kini, alhamdulillah, ianya (Incik J) semakin berkurangan. Walaupun parut2 masih kelihatan, namun kehadiran Incik J terkawal, alhamdulillah.

Apakah yang saya lakukan? InsyaAllah, kalau siapa2 nak cuba, bolehlah cuba teknik2 saya yang tak seberapa ni. ^_^

1) Jaga pemakanan.

Sekarang, saya kurangkan makanan berminyak, makanan ringan. Pendek kata, makanlah dengan cara yang betul, dan banyakkan minum air kosong, sebab ia membantu untuk pengeluaran toksin2 dalam tubuh kita. Saya minum air ikut kiraan macam ni. Bagi sehari, untuk setiap 20 kg berat badan = 1 liter air. Macam saya, 48 kg, saya akan pastikan minum 2 liter air lebih setiap hari.

2) Hand Sanitizer.

Ini penting (bagi saya). Disebabkan saya tidak boleh memegang kulit muka saya secara terus dengan tangan (melainkan masa cuci muka dan berwudhu'), saya gunakan hand sanitizer. Ianya adalah untuk membunuh kuman2 yang tidak kelihatan pada tangan kita. Bila guna ni, saya boleh sentuh muka saya! ^_^

(this is my favourite. Lifebuoy! :)

3) Sabun susu kambing.

Ini juga kegemaran saya. Kalau dulu, puas cari pencuci muka yang sesuai, tapi kini alhamdulillah dengan sabun susu kambing ni, kulit muka saya kurang berminyak dan jarang dikunjungi Incik J. Fyi, sabun susu kambing ni tak sampai pun RM5 harganya. Ianya dijual terus dari kilang orang kampung di kawasan saya. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba, bolehlah tinggalkan komen di entri ni ya.

(Sabun susu kambing dari kampung)

4) Cotton buds.

Ini juga penting ya kawan2. Dulu2, saya suka picit jerawat guna jari dan kuku. Lepas tu, Incik J pun suka sangat naik dan naik atas muka. Tapi sekarang, bila nak picit Incik J, saya gunakan cotton bud, senang dan praktikal. :)


4) Krim Gamat/ Minyak Gamat/ Ubat Jerawat Garnier atau seumpamanya.

Selepas anda picit jerawat tu, jangan biarkan begitu sahaja, dan jangan cuci muka dengan sabun pencuci muka. Ini penting, kerana, bila anda cuci dengan pencuci muka, luka bekas jerawat tu akan bertambah luka, sekaligus akan menambah jerawat baru. Jadi, selepas picit jerawat, anda boleh pilih dan sapukan mana2 yang di atas, mengikut kesesuaian kulit muka. Bagi saya, saya gunakan krim gamat Ana Edar. Murah dan best! RM5 je. Kalau nak cuba, boleh tinggalkan komen ya. :) (Promote je keja. Hehe)

(Krim Gamat, keluaran Ana Edar, syarikat Ustazah Siti Bahiyah)

4) Gunakan bedak compak/ Compact Powder.

Bagi yang memiliki kulit muka berminyak seperti saya, kalau boleh jangan gunakan krim, sebaliknya gunakan compact powder. Dan saya gunakan Maybelline punya. Best. :)

(^_^)


Begitulah ceritanya. Ini yang sedang saya praktikkan. Selamat Berkongsi ya. ^_^
Disclaimer: Saya tak jamin jika apa2 berlaku pada kulit wajah anda. Ini cuma satu perkongsian. :)

Sekian.


Monday, April 11, 2011

Home Sweet Home! ^_^

10 people smiling (:
Assalamualaikum semua! (Dengan nada excited. Hehe)

Almaklumlah dah ada di rumah kan. Tak perlu fikir tentang buku2 yang tebal nya tak ingat. Hehe. Jangan marah ye buku. Oh ya, balik2 je rumah, hari Sabtu malam terus kena pergi Quality Dinner, kat Ipoh. Best la jugak. dah lama tak join dinner2 tempat kerja ayah ni. Hehe. Lagi pulak semalam, seat kitorang sebelah dengan meja.....err, eh, tak boleh2. Salah ni. Kena tindakan tatatertib nanti. Hehe. (Guraw je. ^_^)

Apa lagi ya nak cerita. Tak ada apa sangat. Oh ya, bila duk rumah, walaupun hp sunyi je tak ada orang nak msg, tapi tetap riuh dengan adik yang dua orang tu. Hehe. Ni adik yang kecik tu tengah demam, tu yang diam sikit. Kesian dia, tengok kartun pun tak nak. Kak ngah pulak pergi tuisyen. Tinggal berdua dengan adik je. Hehe. (Kakak mithali ye ;p). Berbeza pulak dengan duk kat uni. Orang ramai, bertali arus, tapi tetap rasa sunyi. Dahla hp sunyi.

Nak bawak adik and satu family duduk kat uni lah, aci tak? Hehe. ^_^
Jom layan gambar2 dinner sikit.



Thursday, February 17, 2011

This is real, this is me..

6 people smiling (:
Bismillah..

It's a fine great day, alhamdulillah. No more thinking of anything nonsense, I'm living a normal life, as a reasonable man would do (applying principle in law of torts-lalala). ^_^. This evening, when I was heading back to my mahallah, which is mahallah Halimah, having this remedy (look at the picture below), remind me about him. Therefore I'd take dark choc rather than the common one that we usually bought (before).

(the remedy ^_^)

Alhamdulillah, mid-sem test are finally over. ^_^ I try to make myself be ‘me’, without you within ‘me’. And I hope that I succeed. Okay, enough talking about him. Let’s turn to happy-mode. Well, this Saturday night, I’m going to make a ‘crazy’ thing again; which InsyaAllah I would participate the singing competition for Mahallah Asma', again. ^_^ and yes, no more Kris Dayanti’s song. I’d prefer Kimia by Melda this time, or maybe ‘Putus’. Which one that you think better? Heee. Well, few days before made myself horrible, yet terrible. Why?


(Please don't bother looking at this =p )


Hmm. Nearly every hour I’ll text my sister and my mom. And..don’t be surprised that my standard 2 sister has a hand phone too. ^_^ What a modernization today. Hee. I really miss my family.


(my adik ^_^)

(this beautiful lady, is my kak ngah. Sila jgn kembang k, angah! Lalalala)

Saturday, January 08, 2011

Kelas study circle =)

2 people smiling (:
Assalamualaikum..


Pagi tadi melilau-lilau cari kelas study circle. Tulah akibatnye bila semalam baru check venue kelas di mana ^_^. Naik tingkat tiga, sekali kelas kat level 1 je. Hee. Kat HSc. Bukak je pintu, memang sedang "circle" = duduk dalam bulatan ^_^.


Kite bagi salam, amik tempat, dan duduk. Oh ya, satu lagi; wat muka senyum (muka cover sebab masuk lambat =p). Ada satu aktiviti menarik tadi, selain pendapat2 yang kami kongsi bersama; Kakak faci mintak kami ambil satu kertas kosong, tulis nama anda (nama sendiri) besar2, dan pass kan kepada rakan di sebelah kiri. Dan tulis apa pandangan anda terhadap beliau (kertas yang ada nama kawan kita tu). Last2 nanti, anda akan dapat semula kertas yang bertulis nama anda tadi (sebab duduk dalam bulatan).


Kite pun dapatlah kertas kite (kite = bahasa saya dengan kawan2 =). Menarik. Nak ketawa pun ada. Hee. Sebab ada perkataan "kakak". Kite rase mase tu belum taaruf lagi, then taw lak kite "kakak". (Tp mmg dah tua pun =p).


Nak tengok apa diorang tulis?


(lucu je kan =p)

Thursday, December 30, 2010

Hee...Banner?? ^_^

20 people smiling (:
Assalamualaikum semua..


Hari ni kelas habis pada jam 6.20 petang. Bila bukak je laptop, terus addicted nak bukak blog. Godek2, hee. Terbacalah satu blog ni; mengenai Cara buat header menggunakan Photoscape. Apa lagi, saya yang tak pandai IT ni pun mencubalah. Heee. Jeng3. Tengok kat atas tu..Walau tak seberapa, tapi at least mencuba sendiri. Kan3.


^_^

Wednesday, October 20, 2010

Testing... :)

1 people smiling (:
Assalamualaikum semua...


Suka.. :) 
(Test blockqoute jadi ke tak..ngee)

Sunday, July 18, 2010

This is a carrot story... =)

6 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Ini cerita tentang lobak merah..anda suka lobak merah? saya sangat sukakannya..i do love it..

Ceritanya begini..ketika sebelum masuk USIM, aku menghabiskan banyak masa di rumah..banyak magazine dan buku2 yang selama ini terbiar di rumah ku khatamkan..ngee..dan suatu hari, terjumpalah artikel mengenai lobak merah sesuai dijadikan snek..

Maka sejak itu, lobak merah sering menjadi snekku, menggantikan segala jenis keropok kerepek..sangat rangup dan sedap dimakan begitu sahaja (terutama baby carrot = carrot yang kecik2 tu) ..kalo kat supermarket, harge die satu paket dlm tiga ringgit lebih gitu.. sangat manis..

Kemudian, seminggu sebelum ke USIM, aku ke Ong Optometrist di Taiping..ngee...nak buat spec baru la hajatnye..hehe..check la power mata..alhamdulillah, sangat mengejutkan..dulunya powerku kanan 250, manakala kiri 200..namun selepas sebulan aku mengamalkan carrot setiap hari..mata kanan ku kini 150, dan kiri 100...alhamdulillah..

Pendek kata, sesiapa yang mahu membaiki matanya (betul ke ayat ni, hentam jela, ngeee) amalkan lobak merah selalu dalam jadual pemakanan anda..it works! InsyaAllah.. =)

*minggu lepas baru je wat presentation tentang carrot..sir suruh bentangkan apa yang kite suke..jadi aku pun memperkenalkan carrot kepada classmates ku..ngee..siap bawak carrot lagi dalam kelas..hehe..*hantu carrot*

Sekian...

Tuesday, January 05, 2010

Selamat Ulang Tahun..

0 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Hari ni alhamdulillah aku bangun pagi seperti biasa..
tapi ade sesuatu yg aku nak kongsi dgn antum semua..
hari ni, 6 Januari 2010, tanggal hari lahir adik bilikku,
Ain Najwa..

Khas utk adik akak, "Selamat Ulang Tahun"..
smoga hari2 mu dilimpahi rahmat dariNya dan sentiasa di bawah lindunganNya..

pagi nan indah, dan tidak sibuk..
sememangnya x stress menghadapi pg yg sebegini damai..
namun, ada sesuatu yg masih belum diselesaikan..
aku x pasti apakah tindakan aku ini benar Ya Allah..
bantulah hambamu yg lemah ini..
sesungguhnya Engkau yg Maha Mengetahui setiap segala sesuatu..
aku beredar dahulu..
sehingga ketemu lain kali..




this is the first one..

0 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

ni post pertama dalam blog aku..saje je mengisi kelapangan sambil2 bermuhasabah diri..sebenarnye aku xlah pandai bab2 komputer ni, tapi disebabkan keinginan untuk berkongsi cerita n maklumat dgn kengkawan, aku pun gagahkan diri wat blog ni.. =)

Siang tadi, aku g bilik member, tetibe, aku pun tenampakla sebuah buku novel ni, novel thriller, klu x silap, tajuk dy "Ranggau"..pelik kan bunyik dy..ranggau ni cerita tentang kejahatan di alam satu lagi..yg digunakan untuk buat jahat kat owg len, especially kat owg yg dy benci..huhu..agak scary la eden mendengornye..mm..sebenarnye, bukan itu yg menarik perhatian aku kat novel ni, tapi ada sesuatu yg lebih menarik yg aku nk kongsi dgn korang sume..sebuah sajak yg ditulis oleh Ramlee Awang Murshid dlm novel ni..sajak dy sgtlah menyentuh hati aku tatkala aku membacanya...


Biarpun kita menjadi tuan, kita tetap berTuhan..

Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan..

Apalah kita menjadi tuan, sedangkan kita tetap hamba..

Apalah guna mengangkat kepala, sedangkan sujud tempatnya..

Lihatlah ke dalam diri, peperangan ada di sana..

Tempat kita di mana? Kalau bukan di situ..

Gelap dan sempit, dan fitnahnya teramat dasyat..

Perjalanan yang jauh terasa perit..

berliku-liku dengan wajah yang legam..

Siapakah yang mampu menolong?? Kalau bukan kamu yang merasa kerdil..

lalu memencilkan jiwa dalam pandanganNya..

lalu tunduk sujud mewalangkan diri..

lalu pulang ke pangkuanNya..kerdillah diri apabila kita pulang ke sana..

bergelumang tanah di atasnya subur bunga2..

wahai Allah, terimalah kepulanganku..hambaMu...



Sama2lah kita renung2kan sajak ni..

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal