Lama tak menulis. Rindu kat keyboard laptop ni. Ahaha. Mengada. Rindu kat blog padahal. Kan3. Hehe. Duduk di rumah biasala, kena jadi tukang kebun, maid dan Ms. Gadget etc. Saya kan kakak! :) Tengok tajuk? Yes, i'm going to tell you about my acne story. (Nada seperti nak story-telling kay :)
Alkisah pada suatu ketika dahulu (cewah ayat), ada seorang budak bernama Nurdia Natasha. Masa tu, dalam tingkatan 3, kulit muka dia okay lagi. Masuk form 5, dia dah mula cuba2 pakai krim. Haa, lepas tu dah mula dah naik jerawat (Incik J) sikit2. Kemudian, beliau pun masuk matrik. Masa ini lah, jerawatnya semakin ramah, dan terlalu ramah. (Sehinggakan di matrik saya di-clash kan sebab saya tak cantik).
Banyak sangat Incik J membuatkan saya sampai takde keyakinan diri nak cakap ngan orang, pergi depan buat presentation, malu sangat. Masa kat matrik saya masih lagi pakai krim, masuk keluar kelas, air-cond and panas matahari, makin teruk muka jadi.
Tak percaya?
Searching.....
Okay, baru sekarang saya perasaan saya tak banyak tangkap gambar masa zaman kegemilangan Incik J. Huhu. Puas cari dalam laptop. Satu pun takde. Itu menunjukkan betapa kurangnya keyakinan saya ketika itu. Tapi, gambar ketika awal2 di kolej, kesan2 Incik J masih ada, walaupun sudah semakin berkurang.
Namun kini, alhamdulillah, ianya (Incik J) semakin berkurangan. Walaupun parut2 masih kelihatan, namun kehadiran Incik J terkawal, alhamdulillah.
Apakah yang saya lakukan? InsyaAllah, kalau siapa2 nak cuba, bolehlah cuba teknik2 saya yang tak seberapa ni. ^_^
1) Jaga pemakanan.
Sekarang, saya kurangkan makanan berminyak, makanan ringan. Pendek kata, makanlah dengan cara yang betul, dan banyakkan minum air kosong, sebab ia membantu untuk pengeluaran toksin2 dalam tubuh kita. Saya minum air ikut kiraan macam ni. Bagi sehari, untuk setiap 20 kg berat badan = 1 liter air. Macam saya, 48 kg, saya akan pastikan minum 2 liter air lebih setiap hari.
2) Hand Sanitizer.
Ini penting (bagi saya). Disebabkan saya tidak boleh memegang kulit muka saya secara terus dengan tangan (melainkan masa cuci muka dan berwudhu'), saya gunakan hand sanitizer. Ianya adalah untuk membunuh kuman2 yang tidak kelihatan pada tangan kita. Bila guna ni, saya boleh sentuh muka saya! ^_^
(this is my favourite. Lifebuoy! :)
3) Sabun susu kambing.
Ini juga kegemaran saya. Kalau dulu, puas cari pencuci muka yang sesuai, tapi kini alhamdulillah dengan sabun susu kambing ni, kulit muka saya kurang berminyak dan jarang dikunjungi Incik J. Fyi, sabun susu kambing ni tak sampai pun RM5 harganya. Ianya dijual terus dari kilang orang kampung di kawasan saya. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba, bolehlah tinggalkan komen di entri ni ya.
(Sabun susu kambing dari kampung)
4) Cotton buds.
Ini juga penting ya kawan2. Dulu2, saya suka picit jerawat guna jari dan kuku. Lepas tu, Incik J pun suka sangat naik dan naik atas muka. Tapi sekarang, bila nak picit Incik J, saya gunakan cotton bud, senang dan praktikal. :)
4) Krim Gamat/ Minyak Gamat/ Ubat Jerawat Garnier atau seumpamanya.
Selepas anda picit jerawat tu, jangan biarkan begitu sahaja, dan jangan cuci muka dengan sabun pencuci muka. Ini penting, kerana, bila anda cuci dengan pencuci muka, luka bekas jerawat tu akan bertambah luka, sekaligus akan menambah jerawat baru. Jadi, selepas picit jerawat, anda boleh pilih dan sapukan mana2 yang di atas, mengikut kesesuaian kulit muka. Bagi saya, saya gunakan krim gamat Ana Edar. Murah dan best! RM5 je. Kalau nak cuba, boleh tinggalkan komen ya. :) (Promote je keja. Hehe)
(Krim Gamat, keluaran Ana Edar, syarikat Ustazah Siti Bahiyah)
4) Gunakan bedak compak/ Compact Powder.
Bagi yang memiliki kulit muka berminyak seperti saya, kalau boleh jangan gunakan krim, sebaliknya gunakan compact powder. Dan saya gunakan Maybelline punya. Best. :)
(^_^)
Begitulah ceritanya. Ini yang sedang saya praktikkan. Selamat Berkongsi ya. ^_^
Disclaimer: Saya tak jamin jika apa2 berlaku pada kulit wajah anda. Ini cuma satu perkongsian. :)
Sekian.

11 people smiling (: on "My Acne Story (:"
tak suka prodak dr susu kambing...
Dear, I nk try la sabun susu kambing tu..cane nk order?
nak try jgk la krim gamat tu.hehe..nt bgtaw ye cara2 nk order..
boleh jadi duta produk org kampung nie..heeheh
zara:
sis,
tolong anta contact no kat my e-mel:
diyataca@gmail.com
^_^
Syamil Johan:
pun boleh..
hehe
:)
::FAIZ FARISH::
dulu sy pun tak suka
but bila dah cuba,
alhamdulillah okay pulak
:)
zaman kegemilangan incik j yg tumbuh kt muka akak bermula pd umur 25, skng umur akak esk masuk 31 thn, encik j masih peramah.....huhu..sebelum tu ok jer, kalu tumbuh pn sebiji dua jer.....
oh incik j keperamahanmu itu sgt tidak diundang..huhu
sis hayati:
takpe kak,
kdg2 jerawat itu pemanis muka
*eh sala, bukan jerawat, tp En. J
^_^
nak all of teh above....:D
tulus sweet:
awk mmg sweet :)
Post a Comment