Ternyata hari itu hari yang penat. Berpeluh dingin tubuhku. Biarpun pendingin hawa dipasang, kegusaran hati tidak juga sirna. Puas sudah aku menghafal skrip. Ulang dan ulang lagi dalam hati. Aduh, nervous sungguh. Yelah, aku kan pemalu >< *sila percaya. Bagaimana harus ku mula bicara. Sungguh, aku rapat dengan ayah, namun untuk kuceritakan hal peribadiku pada ayah, itu ternyata susah.
Seharian keluar bersama family, aku mencari peluang untuk menyendiri dengan ayah. Petang menjelang, terlepas lagi. Akhirnya malam bertandang. Kami singgah di R&R, hanya aku dan ayah yang mahu turun. Nah, di sini tibanya peluang.
Sirna pula skrip yang acapkali kuhafal tadi. Lain pula yang meniti di bibir. "Ayah, 'kawan' akak kirim salam". Seperti biasa, jawab ayahku, "waalaikumsalam, siapa kawan akk tu?". Gulp, air liur pekat kutelan. "Khairul Anwar", jawabku tenang. Sambil dalam hati ku berzikir, "Ya Rahiim, ya rahiiim".
Ayah tersenyum. Kami bercerita dan bercerita. And there's a couple word that make me feel like crying, and one of them, "Ayah sedar anak ayah dah dewasa". Aku terpana. Dah besar rupanya aku. Oh tidak, tubir mata bergenang seketika. Tanpa disedari, 30 minit berlalu, sambil kami hanya bercerita tentang beliau, kehidupan, nasihat dan harapan, di meja makan yang tanpa makanan, hanya dua gelas air hangat.
Tentang ibu, sudah kukenalkan beliau pada ibu, awal2 lagi. Terima kasih ayah dan ibu, kerana memahami. Kumohon restu daripada kalian.
Tulus, anakandamu.
0 people smiling (: on "I'm a big girl (:"
Post a Comment