Besar atas jalan. Ya, itulah yang patut aku ungkapkan bagi diri aku dan adik2. Sejak kecil, kami selalu sangat berjalan (naik kereta), sampai la besar ni. Ayah dan ibu jenis yang suka berjalan, juga travel. (Itu perkara yang sama d:) Buktinya, kalau terasa nak makan sesuatu, ke Ipoh pun sanggup, Gerik, malah ke mana2 pun. Tapi bergantung kepada keadaan juga.
Paling ketara ialah pabila stress atau sakit. Berjalan adalah pengubat utama bagi ibu dan ayah, dan juga aku. Hehe. Tak kisah la ke mall ke ( ni ibu suka), ke beach ke (ni feveret ayah), ke taman2 ke, dan etc (sambung sendiri). Aku pula suka tempat2 yang tenang, tapi adakalanya bila stress aku suka bersendirian merayap di mall. Tapi kini tidak lagi kerana ada encik ehem2 (; Bila balik berjalan, terus boleh tukar mood ceria, walaupun hanya berjalan tanpa beli apa2. Serius korang boleh cuba! (;
Aku sendiri, versi berjalan @ berhijrah, dah belajar hampir 10 tempat sejak sekolah rendah hinggalah universiti. Dari Gerik, Sg Siput, Jeli dan Kota Bharu Kelantan, Cameron Highlands, Kerian, Gopeng, Kuantan, Nilai, Gombak dan macam2 lagi (rasa macam ada yang tertinggal?) Banyak kan? Tapi itu yang best. Kenal banyak orang, banyak ragam, dan berbagai lagi. Semuanya mengajar erti hidup dan sungguh bermakna.
Akhir sekali, (sebenarnya tataw apa motif tulis entry ni), aku sangat bersyukur, sebab bila berhijrah di rumah baru ni, ibu dah mula boleh makan nasi. Biarpun tidak banyak seperti dulu, at least dah boleh makan. Aku bahagia lihat ibu ceria. Ayah pula seorang yang sangat penyayang. Ke mana ibu mahu pergi, ke langit biru jua ayah sanggup bawak (ayat! hehe). Tapi benar, itu ayah, bagi ayah, senyuman dari isterinya itu mampu buat dia bahagia, biarpun dia penat sekalipun melayannya. Kadang2 mengalir air mata terharuku melihat ibu dan ayah. Oh tidak, bergenang lagi!
Sampai di sini dahulu.
Salam.
3 people smiling (: on "Besar atas jalan (:"
kehidupan..
::FAIZ FARISH::
thanx (:
SuperHamzah:
lumrah (:
Post a Comment