Assalamualaikum semua..
Ceria2 selalu..
Harini aku nak citer tentang ayah aku..
Pada tahun 2003, ketika aku berada di asrama, aku dikejutkan dengan kehadiran pakwe dan makwe ku (pak sedara n mak sedara aku k)..
Diorang cakap nak bawak aku ke Ipoh specialist, ayah aku sakit, kata mereka..
Aku ingatkan ayah sakit biasa2 je..
Sesampainya aku di hospital, aku mendapati ayah kesayanganku terbaring lesu atas katil hospital dengan balutan di kepala..ibu mendapatkan aku sambil menangis...aku jadi bingung ketika itu...
Rupa2 nya doktor mengesahkan bahawa terdapat ketumbuhan di kepala ayah..aku terduduk..blank tetibe..
Terdapat dua ketumbuhan, 1 telah pecah, yg ke2 menanti utk pecah..mujur yg pertama tu kecik.. Dr Fazli Cheah meminta izin ibuku untuk melakukan pembedahan terhadap ayahku keesokan harinya juga..
Kata Dr, hanya beberapa peratus je jnis pembedahan seperti ini yg berjaya..pasrah kepada Tuhan, ibuku membenarkan pembedahan dijalankan sambil berdoa kepadaNya...
Lebih kurang 9 jam ayahku ditempatkan dalam operation theatre, kami menanti dengan sabar, sambil tidak putus2 berdoa dan berharap kepada Allah, agar ayah selamat..
Penantian berakhir, syukur Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjaya...ibu dan aku menangis kesyukuran melihat ayah keluar dari opration theatre dengan selamat.. wajah ayah lesu dan masih tidak sedarkan diri..
Menurut Dr, kebiasaanya, bagi pembedahan seperti ini, pesakit akan terjaga dari koma paling kurang pun seminggu selepas pembedahan...Maha Kuasa Allah, jam 8 pagi keesokan harinya, ibu mendapat panggilan daripada Dr, mengatakan bahawa ayahku telahpun sedar dari koma..syukur..
Kami bergegas ke Ipoh Specialist..menu pertama ayah tiba...ayahku cuba untuk menyuapkan sudu ke dalam mulutnya, namun gagal...sudu itu terdorong ke tepi sebelah kiri, tidak mengenai sasaran (mulut)..kami berasa hairan dan pelik...ayahku berasa sedih kerana tidak dapat menguruskan dirinya dengan sendiri...
Dr menerangkan kepada kami bahawa pembedahan kepala (sebelah kiri) ayah telah menjejaskan dan mengganggu sistem saraf ayah sebelah kanan badan...
Secara teorinya, hemisfera kanan kepala mengawal bahagian kiri tubuh, manakala hemisfera kiri mengawal bahagian kanan tubuh...Pembedahan kepala sebelah kiri ayah telah mempengaruhi seluruh tubuh ayah sebelah kanan...Sebab tula, tgn kanan ayah yg memegang sudu itu terbabas ke sebelah kiri, dan tidak mengenai sasaran..
Dr mengatakan bahawa ianya mengambil masa untuk pulih...bergantung kepada immunisasi dan kesungguhan pesakit itu sendiri..Alhamdulillah, semangat ayah cukup kuat...ayah dah boleh pergi kerja 3 bulan kemudian, dan ayah juga sudah boleh memandu...kini syukur Alhamdulillah, ayah telah pun sembuh sepenuhnya..
..........................................................................................
Kesimpulannya....
Apa punca ketumbuhan tersebut??
Menurut Dr Fazli Cheah, ketumbuhan tersebut adalah disebabkan hentakan yang kuat dan tumpul, yang mungkin berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu...
Ya. Memang benar pun..menurut bondaku, ayah pernah dihentak dgn topi safety oleh rakannya mase mula2 masuk keje dulu...rakan ayah tu cuma berniat untuk bergurau, die termelatah lalu topi tu pun diketuk ke kepala ayah aku...(ade jugak spesis macamni kan..huhu)..ayah aku mengadu sakit, tapi x lah syak ape2 mase tu kan..
Until one day year 2003, (speaking la plak..ngeh3)...
Ayah aku ade tournament badminton aritu...
Dah final round, tetibe ayahku berasa pening..
Ayah aku duduk jap..
Kawan ayah aku ingat ayah aku main2, die berseloroh, then die simbah air mineral kat muka ayah aku..(*ade benda aku nak citer pasal ni..tp dalam entri yg berikutnya k)
Tetibe, dengan sekelip mata ayah aku rebah, pengsan, tidak sedarkan diri..malah ayah jadi paralyse kejap..
Ambulance TNB pun dtg dan terus bawak ayah g Ipoh Specialist...
...........................................................................................
Berbalik kepada persoalan punca...
Tadi aku dah terangkan bagaimana ketumbuhan di kepala tu terjadi, maka kini aku akan terangkan pula bagaimana ketumbuhan itu pecah..
Menurut doktor, ketumbuhan tersebut pecah disebabkan tekanan darah yang tinggi atau dalam bahasa omputehnye dipanggil high blood pressure...
Persoalannye, bagaimana tekanan darah tinggi terjadi??
Ianya berlaku disebabkan banyak faktor, dan faktor yang tertinggi menyumbang kepada gejala ini ialah stress..ya, tension dan serabut otak dan etc...hehe..tahukah kamu bahawa tekanan darah tinggi adalah pembunuh senyapp yang sangatlah merbahaya??(macam ayat siti sifir la plak..hehe)
Ya, tepat sekali..sejak berpindah ke sini, ayah aku terlalu banyak dibebani dengan kerja..hingga tiada masa untuk berehat...tidak lagi seperti dulu, boleh pergi melancong sana sini dan sebagainya...
Maka oleh yang demikian cik adik cik kakak sekalian, untuk mengelakkan diri kita dari stress, seterusnya penyakit2 yang merbahaya, ceria2 kanlah diri anda..
Bagaimana nak ceria??bacelah blog aku pada entri yg sebelum ni..zasss...

2 people smiling (: on "Tanggal 2003 yg lalu..."
syafakallah utk ayah kamu..byk2 berdoa n solat hajat k..moga ayah kamu cpt sembuh...aamin..=)
syukran kak fatin..
ameen..
Post a Comment