Tuesday, June 29, 2010

Pengajaran dari sebuah penampar..


Semoga kisah ini boleh kita jadikan pengajaran & sebagai renungan bersama...

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari, beliau bertemu dengan seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam, apakah pak imam boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak imam: Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan kamu..

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak imam: Saya akan mencuba mengikut kemampuan saya, insyaAllah..

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan..

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari unsur api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

....dengan spontan, pak imam menampar pipi si pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak imam: Saya tidak marah.. Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan awak tadi..

Pemuda: Saya amat tidak faham..??

Pak imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih..!!

Pak imam: Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya..!

Pak imam: Tunjukkan pada saya kewujudan sakit tiu atau macam mana rupanya?

Pemuda: Tak boleh pak imam..!!

Pak imam: Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak..Kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak imam: Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu yang saya akan menampar awak?

Pemuda: Tidak..!!

Pak imam: Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan daripada saya hari ini?

Pemuda: Tidak..!!

Pak imam: Itulah yang dinamakan TAKDIR!!

Pak imam: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda: Kulit dan daging..

Pak imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu??

Pemuda: Kulit dan daging..!!??

Pak imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit dan pedih..!!??

Pak imam: Itulah..! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka juga dibuat dari api, jika Tuhan berkehendak, maka Neraka- akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan..walaupun sama unsurnya..!!

Pemuda: Allahuakbar!!


9 people smiling (: on "Pengajaran dari sebuah penampar.."

Fathi Adha on June 29, 2010 at 1:53 AM said...

jika berlagak dlm meminta, pastinya jawapan yg diterima juga adalah dlm bentuk yg dipinta...

:) nice entry ni..

~cik tiram~ on June 29, 2010 at 7:18 AM said...

nice n3..like dis..:)

shameel Iskandar on June 29, 2010 at 8:40 AM said...

Sesetengah org tercari-cari bukti kewujudan Tuhan, padahal bukti itu ada pada jasadnya. Dari hujung rambut hingga hujung kakinya.Dari denyut nadi dan degup jantungnya.

Tapi, sayang ramai yg tak mampu mengenali diri sendiri, padahal pada diri snediri tersimpan frasa-frasa maknawi tentang kewujudan Tuhan.

Puan Nurussalwa on June 29, 2010 at 4:17 PM said...

salam,
pena dgr cite ni dlu..
penampar penuh makne tu..

Anonymous said...

Fathi Adhal:

tepat sekali.. =)
apa yg kita dpt adalah disebabkan apa yg kita berikan..
=)

Anonymous said...

cik tiram:

semoga kita mengambil pengajaran..
=)

Anonymous said...

shameel iskandar:

setuju sgt dgn akhi..
terima kasih
=)

Anonymous said...

manna salwa:

ngeee
sy pun amik dlm artikel badar
ape2 pn, smoga kita mngambil pengajaran..
=)

Anonymous said...

Subhanallah!dengan izin Allah pak imam tu dpt jawab sebijak tu.semoga Allah bg hidayah pada pemuda tu.Hidayah milik Allah.I ada seorg kawan inggeris fahamn ateis yg taksub giler dgn sains.x percaya adanya Tuhan.semua semulajadi.I pernah cakap kat dia "can u feel the wind"..dia ckp boleh.then I tanya balik"can u see it"..mmg la tak kan.so I cakap kat dia macam tu la Allah.takbleh nampak tapi boleh nampak dari kejadian2 alam.tapi, mungkin Allah xmau bg hidayah kat dia lg.huhu..sedih I.tp I sentiasa doa dia akan dapat hidayah satu ms nanti sebb dia bestfren I yg sgt2 baik..tolong doakan beliau...

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal