Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

A friend of mine told me this..

5 people smiling (:
Ada orang yang rumahnya besar, katil yang empuk, tetapi belum tentu tidur malamnya lena. Berbeza pula orang yang rumahnya kecil, tilamnya papan, tetapi tidurnya sangat lena. Semua orang menyangka, punya rumah besar, makanan mewah sudah tentu bahagia. BELUM TENTU. Kerna kadangkala syukur itu lebih tinggi darjatnya. Kadangkala kita selalu sakit, dan kita selalu berkata pabila sakit, "Ya Allah, sihatkalah aku." Tapi bila sudah sihat, kita sering lupa untuk mengucapkan syukur dan lupa dengan perkataan itu. Malah kita sering mengharap pada yang baru. Dan sebenarnya, tidak salah untuk berharap pada yang tiada, tetapi jangan sesekali lupa pada yang ada.

Kerana itulah kebahagiaan sejati. (:

Saturday, February 12, 2011

Nurdia, u have to have this! 7 must-have habits ^_^

4 people smiling (:
7 must-have habits!


1. Be proactive.
2. Begin with the end in mind.
3. Put first things first.
4. Always think win-win.
5. First try to understand, only then try to understood.
6. Synergise.
7. Take time to renew yourself.


(taken from: CLEO magazine)

Friday, September 03, 2010

Sama-samalah kita hayati..

9 people smiling (:
"Mengalir air mataku tatkala ini..andai ini sebab perpisahan kami..aku redho..aku tidak mahu membunuh hatimu pada Dia..sebab, aku sayang kamu..walau perit, aku redho..atas nama Dia..aku redho andai ini keputusan yang harus kulalui.."
 -mengenaldiri-

.....................................................................

PRA PERKAHWINAN
Sebelum satu demi satu langkah diatur untuk memperkatakan tentang mengertikan Islam di dalam sebuah perkahwinan dan rumahtangga, adalah amat perlu untuk setiap anak muda, meneliti bezanya di antara cinta dan CINTA.

i. Cinta vs. CINTA
Saya tidak bermaksud untuk memperkatakan tentang CINTA sebagai CINTA ILAHI kerana hal mengenainya telah pun diperkatakan di dalam ruangnya yang khusus. Namun saya tumpukan perhatian kepada menyedarkan setiap anak muda yang sedang atau merancang untuk berpasangan agar meneliti, apakah perasaan mahu berpasangan itu terbit dari cinta kecil atau cinta sebenar.

Cinta kecil itu, adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat, dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan, cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia dari cinta keliru ini, kerana sekurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya, sedangkan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali… juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan di antara satu sama lain.
CINTA sebenar itu harus terbit dari emosi dan naluri fitrah manusia… namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. Cinta yang ada ‘sense of begin with the end in mind‘.

ii. Memilih Masa Yang Sesuai
“Jangan mengambil langkah untuk berpasangan, jika sudah pasti dalam setahun dua jangka masa terdekat ini tiada kemungkinan untuk anda berkahwin!”, itu amaran saya kepada peserta.
Wajah peserta mula kelat.
Saya telah jelaskan secara panjang lebar tentang soal kesan fitrah daripada perhubungan jangka panjang di dalam dan di luar perkahwinan di dalam artikel MENGURUSKAN FIKIRAN TENTANG PERKAHWINAN. Hubungan seorang lelaki dan perempuan lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kita kepada hubungan itu. Perasaan jemu itu mungkin muncul di tahun ketiga perhubungan, mungkin juga di tahun keempat, malah kelima pun bisa.
Jika perasaan ini muncul di dalam sebuah perhubungan yang telah diikat atas nama sebuah perkahwinan, maka suami dan isteri akan belajar melayarkan bahtera rumahtangganya buat seketika, dengan kesedaran terhadap tanggungjawab… tatkala perasaan cinta itu pudar seketika. Ia adalah kesan biasa daripada sebuah perhubungan… dan selepas ujian ini berjaya dilepasi oleh seorang suami dan isteri, maka Insya Allah cinta yang mekar kembali itu akan menjadi cinta yang kekal kukuh hingga ke akhir usia.
Tetapi jika proses itu berlaku lantaran cinta panjang lebar dari zaman cinta monyet hingga monyet menjadi gorila, maka tidak mustahil untuk kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini! Banyak alasan yang boleh diguna pakai…
“Saya mahu mendekatkan diri kepada Allah”
“Saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini”
“Saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi”
Hakikatnya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab sebenarnya ialah “saya sudah jemu dengan awak!”. Itu sahaja!
Maka jika ibu bapa sudah memberi amaran bahawa perkahwinan adalah persoalan yang tiada ruang perbincangan hingga tergenggam ijazah di dalam tangan, maka hindarkanlah dari perbuatan menyeksa diri dengan mencari cinta di alam matrikulasi, atau tahun pra klinikal bagi pelajar perubatan kerana anda mencari risiko yang amat membebankan.
“Ustaz… habislah saya macam ini… saya sudah bertunang. Kami merancang untuk berkahwin mungkin dalam empat atau lima tahun lagi!”, seorang peserta berjumpa dengan saya dengan wajah panik selepas ceramah berakhir.
“Sabar… apa yang ustaz sebutkan tadi, bukannya ketetapan nas. Tetapi ia adalah pengamatan kepada pengalaman dan pembacaan. Pengalaman pelbagai pihak yang memberitahu semua itu. Jika anta sudah ada idea mengenai cabaran ini, maka buatlah persediaan sebaik-baiknya. Bersederhana dalam berhubung, jangan bergayut telefon sampai lepas kahwin dah tak tahu nak sembang apa… dan bijakkan diri dalam mengekalkan kesungguhan masing-masing menuju perkahwinan. Dan jangan pandang belakang!”, saya tersenyum.

“Ada hantu ke ustaz?”, tanya beliau.
“Kalau hantu Alhamdulillah. Tapi masalahnya anta mungkin akan nampak bidadari… bidadari lain untuk menambah options!”, saya bergurau.
“Faham, faham!”, katanya sambil mengurut dada. Lega barangkali.

iii. Kesan Perhubungan
Di peringkat pra perkahwinan ini juga, kita harus beringat terhadap kesan tindak tanduk untuk jangka masa yang panjang. Ketika mahu ber’couple’, keluar tengok wayang bersama, merosakkan anak dara dan teruna orang lain… fikirkan dengan sense of begin with the end in mind.
Hidup sementara wahai sahabat…
Namun kesan amalan kekal selamanya.
Sama ada ia menjadi kebaikan yang memberikan kesejahteraan yang berkekalan pada kehidupan di alam Sana, atau dosa yang menempa bencana dan seksa di neraka Allah yang Murka. Fikirkan dosa dan pahala. Fikirkan Syurga dan Neraka. Bahawa setiap sentuhan tanganmu ke atas kulit pasangan yang kamu ghairahkan itu… ada api yang akan merentungkannya. Rentung yang tidak mati, tetapi rentung yang mengekalkan derita dan seksa.

Sebelum kamu sentuh seorang perempuan yang kamu angkat sebagai bidadari hidupmu itu tanpa ikatan sah yang menghalalkannya, fikirkan kembali sakitnya ibu perempuan itu mengeluarkannya dari perut bersabung nyawa. Sanggup merisikokan mati, demi melahirkan seorang anak perempuan yang suci bagai kain putih, dan hari ini kamu yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya itu, mahu mencemarkan perempuan itu?!
Tergamak kamu?
Teruskan… jika kalian cukup macho untuk membuktikan diri kalian memang tidak pernah peduli pada perasaan ibu bapa yang membawa kalian datang ke kehidupan ini. Pada kesakitan dan derita mereka, pada usaha mereka memilih pakaian, makan, ubat, rumah dan pelajaran yang terbaik selama ini… kerana nafsu kalian adalah satu-satunya yang terpenting di tika dan saat ini.
Ya, jika buayafriend dan gelifriend itu sudah berjaya membuktikan bahawa mereka saling tidak takut kepada Allah, terimalah neraka dunia sebelum Neraka Akhirat.
Allah akan menghukum mereka yang tidak endah kepada dosa di era pra perkahwinan, dengan hukuman perasaan. Perasaan syak wasangka dan sulit membina rasa percaya selepas berumahtangga.
“Jika dengan aku dulu dia tergamak berzina dan berbuat dosa, apa yang menghalangnya untuk berzina dengan orang lain”, syak seorang isteri, bekas pelaku dosa, ketika suaminya so-called out station.
“Jika dengan aku dulu dia selamba badak pegang sana pegang sini, apa yang boleh menjamin dia menjaga rumahku dan maruah dirinya dari lelaki lain?”, syak seorang suami, bekas pelaku dosa, ketika jauh di tempat kerja meninggalkan isteri di rumah sana.
Tanpa rasa percaya dan hidup dalam prasangka, ‘nikmatilah’ sebuah derita yang tidak berkesudahan… kesan masing-masing sudah berjaya membuktikan bahawa mereka berdua memang tidak gentar dan tidak pernah peduli dengan Allah dan amaran-Nya suatu ketika dahulu.
Fikirkan… don’t begin if that is the end in your mind!
Belajarlah bersusah payah mengekang nafsu… kerana susah payah itulah bekal bahagia. Bukti yang terpisahnya suami dari seorang isteri lantaran kerja, tidak menimbulkan prasangka apa-apa kerana kedua-duanya saling mengikat diri kepada Allah, Tuhan yang disembah di tempat kerja, dan yang disembah di kediaman sana. Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah…!
Belajarlah semasa ini, untuk saling membuktikan yang kita memang peduli kepada Allah yang Maha Kuasa, kerana hanya dengan Allah sahaja kita mampu untuk terus saling percaya mempercayai. Dia rujukan kita. Kita tidak membelakangkan Dia.

iv. Jangan Berkahwin Sekadar Untuk Mendapatkan Sijil Halal
Seterusnya saya mengingatkan setiap peserta, agar tidak memberikan alasan “saya kena kahwin segera ustaz, takut terjebak ke benda-benda yang haram”.
Seorang di Southampton, seorang lagi di Dublin… tiba-tiba memberi alasan takut ‘terzina’???

Untuk pasangan ini berzina, si lelaki itu perlu menempah tiket dari halaman web Ryanair.Com, kemudian mengemas beg dan mengambil bas dari Grafton Street ke Dublin Airport, check in, menaiki pesawat, terbang satu jam menyeberangi Irish Sea, mendarat di Bournemouth Airport, melalui imigresen, mengambil beg, menaiki bas ke bandar Southampton dan akhirnya berzina!!!
Ini bukan kes takut terzina, tetapi kes memang ‘berjihad untuk berzina’ malah ketagih zina dan lupa diri. Sewajarnya saya melayangkan barang sebutir dua pelempangkepada orang seperti ini agar bangkit dan sedar dari alasannya “saya kena kahwin segera sebab takut terzina”.
Lainlah jika masing-masing belajar di universiti yang sama, di kelas yang sama, hari-hari bertemu dan yang tinggal hanya ‘to be or not to be‘!

Itu pun, saya masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang ada di mindanya tentang makna perkahwinan. Tidakkah dia sedar bahawa cabaran tanggungjawab selepas berkahwin adalah jauh lebih besar dan sulit dari sekadar cabaran menolak zina?
Jangan buktikan yang jati dirimu selemah itu. Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak?

v. Jangan Berkahwin Tanpa Persetujuan dan Pengetahuan Ibu Bapa
Ruang untuk membelakangkan ibu bapa itu memang ada. Baik lelaki mahu pun yang perempuan.
Malah bagi si lelaki, hukum fiqh tidak pun meminta dirinya mendapatkan persetujuan ibu bapa.
Tetapi perkahwinan bukan sekadar soal hukum fiqh, bukan sekadar sah tidak sah akad yang dihenjut.
Setelah bertahun saya dan Ummu Saif berumahtangga, nasihat seorang ibu dan seorang bapa kepada kami tetap penting, berharga dan sering diminta untuk mengatur perkahwinan dan rumahtangga. Itu soal nasihat yang diberi dan diminta. Belum lagi dikira titis air mata ibu bapa di atas sejadah berdoa memohon kepada Allah agar memakmurkan perkahwinan dan rumahtangga anak-anak mereka. Berapa tinggi doa itu memanjat langit?!

Restu ibu bapa…
Lebih besar dan agung dari segala motivasi dan rawatan kaunseling yang ada di alam maya ini. Maka janganlah sekali-kali disingkirkan restu ibu bapa daripada sebuah perkahwinan yang ingin dibina.
Itu soal restu.
Pasangan yang berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa juga harus beringat, bahawa kalian adalah darah daging mereka. Tanpa diberitahu, seorang bapa apatah lagi seorang ibu, begitu mudah untuk merasakan sesuatu tentang anak mereka. Alangkah sakit selsema pun boleh meresahkan mereka di hujung benua, apatah lagi jika si anak yang begitu tergamak berkahwin dengan membelakangkan kedua ibu bapa.
Nanti ibu bapa akan bertanya, “kamu ni dah kahwin ke?”
Mahu dijawab apa?
“Err… mana ada mak, ayah. Bukankah saya dah bersetuju untuk berkahwin selepasgraduate nanti!”, jawab si ‘pengantin lelaki misteri itu’.
Ahh, kamu sudah menafikan perkahwinan kamu. Kamu tidak sedar yang kamu telah membuat suatu kenyataan bahawa isteri yang telah kamu nikahi itu, bukan isterimu.
Apa ertinya semua ini?
Saya khuatir penafian itu boleh mengheret perkahwinan kepada tanpa sedar, kamu telah mentalaqkan isterimu dengan talaq kinayah!
Apakah talaq kinayah itu?
Iaitulah ucapan-ucapan yang mengandungi maksud menidakkan perkahwinan dan membatalkannya, namun dilafazkan secara tidak terang justeru menuntut penjelasan.
Apatah lagi ucapan itu dibuat ala-ala Jamil dalam kisah Madu Tiga.

“Sumpah, Wallah… Tipah tu bukan lagi isteri abang!”
Mungkin dan berkemungkinan besar tidaklah jatuh talaq itu jika anda menafikan perkahwinan anda di depan ibu bapa. Tetapi berapa kali anda mahu menipu, dan berapa lama anda tahan hidup dalam pendustaan. Bukan mendustakan rakan, tetapi ibu bapa sendiri!
Janganlah diheret perkahwinan kepada situasi seperti ini. Di mana redha Allah, di mana redha ibu bapa?
Mengapa tidak kalian mujahadah sahaja…
Puasa…
Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti berorganisasi… dakwah, kemanusiaan, kemasyarakatan…

“Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang dia) akan membunuh dirinya” – PepatahArab
Jika anda tetap berada di dalam suatu keadaan yang hanya perkahwinan jalan penyelesaiannya, maka bawalah berbincang dengan baik. Buktikan yang anda sudah cukup dewasa untuk berumahtangga dengan mengambil langkah berdiskusi dengan ibu bapa secara dewasa, atau mungkin juga dengan meminta bantuan orang tengah yang boleh membantu kepada rundingan.
Dan sudah tentu di satu sudut yang lain, ibu bapa juga haruslah tidak terlalu mengikut perasaan hingga tidak rasional. Berusahalah untuk mempertimbangkan dengan baik keadaan anak-anak dan membuat keputusan untuk kebaikan anak-anak itu yang hidup mereka penuh cabaran itu, dan bukan sekadar memberikan alasan-alasan “takut kehilangan anak”, “belum puas membesarkannya” dan lain-lain alasan yang berisiko tinggi itu.
Jujurnya, saya melihat kebanyakan mereka yang berkahwin semasa belajar dapat mengekalkan prestasi pengajian, malah ada yang bertambah cemerlang. Hanya segelintir yang kecundang… dan akan saya perkatakan di sambungan bicara ini di peringkat perkahwinan yang seterusnya, Insya Allah

Fikirkan semua ini supaya anda berCINTA dan bukan bermain cinta.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com Kuala Lumpur

Thursday, August 26, 2010

Gah di luar..tetapi kosong di dalam..

11 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

"Gah di luar, tetapi kosong di dalam"..rasanya lebih baik jika kita lihat biasa di luar, tetapi ternyata hebat di dalam, kan? Inilah yang seringkali berlaku pada zaman sekarang..Manusia lebih cenderung untuk menarik perhatian supaya dirinya dilihat gah di mata orang, tetapi hakikatnya, biasa2 aje. Mengapa kita tidak mencontohi dan menteladani Rasulullah yang cukup bersederhana, walaupun kita semua tahu, Baginda adalah manusia yang paling hebat..?

"Indah khabar dari rupa" itulah yang sewajarnya saya katakan. Bukan mahu mengadu domba atau apa, tapi itulah hakikatnya..Mengenai apa dan tentang apa, cukuplah saya dan Tuhan sahaja yang tahu. Sungguh, saya begitu terkilan. Apabila membandingkan "ia" dengan "tempat lain" yang tiada nama "agama", saya begitu sedih. Jika dilihat di luar, gah sungguh, tetapi hakikatnya..(faham2 sendiri). Itulah dia, penyakit pada zaman kini.

Walau bagaimanapun, saya pasrah di sini, dan mengharapkan suatu perubahan yang lebih baik berlaku suatu hari nanti. Tidak salah untuk tampak maju, atau mengagungkan "perkataan itu", tapi jika "di dalam" itu tiada..susah nak dikata..

Sekian.. :)


Bulan Puasa, Bulan Ramadhan.. :)

0 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Apa khabar?..semoga semuanya baik2 sahaja ye..mungkin masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan Kareem..asif ya semua, dek kerana terlalu sibuk dengan kuliah dan kelas, saya tak dapat nak bersihkan sawang2 dalam blog ni..

Berbalik pada cerita Ramadhan..ianya bukan sekadar bulan yang perlu kita berpuasa, dari segi makan dan minum..Namun, apa yang harus kita lihat dan fahami, ialah takrif Ramadhan itu sendiri..Ramadhan, yakni رمض
yang bermaksud "membakar"..Jadi, di bulan yang mulia ini, marilah kita sama2 membakar segala dosa2 yang telah kita lakukan..

Indahnya Ramadhan, Allah telah memberi kita peluang yang terlalu banyak untuk kita menebus segala kesilapan lalu..apatah lagi doa orang yang berpuasa adalah mustajab.. :) Allah itu maha halus, disuruh kita menahan makan dan minum, supaya dapat dilentur nafsu kita dan tunduk padaNya..subhanallah..

Semoga kita sama2 memanfaatkan bulan yang mulia ni..

Sekian.. :)


Tuesday, August 17, 2010

Insaf itu datang berada..

13 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

"eh kakak, kenapa tak pakai tudung labuh??" Itulah antara respon2 serta persoalan yang telah diajukan daripada mereka..aku diam, bukan kerana membenci atau memendam rasa, tetapi berfikir seketika..

Walau bagaimanapun, bukan ini yang aku nak fokuskan, tetapi salah satu nasihat yang aku terima.. "Insaf itu datangnya berada".. Maksudnya di sini, insaf itu datang berperingkat, beransur-ansur..Benar, nasihat yang kalian berikan baik, dan  bermanfaat..terima kasih..namun, kalian juga harus mengerti, bukannya semua orang bisa bertukar dalam sehari..semalam jahat, hari ini terus baik..bukan..melainkan Allah yang membuka hatinya, itu lainlah..

Ini bukan entri luahan perasaan, tetapi cetusan rasa..ramai antara kita yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dari orang lain, tanpa memikirkan kemampuan diri si pemilik diri tersebut.. mengkritik dan terus mengata, itu perkara biasa..mengharapkan orang berubah dalam sekelip mata..sedangkan mereka tidak tahu, apa yang bermain dalam jiwa yang kena kata..

Namun, aku masih berpegang, bahawa insaf itu datangnya berada..kerana kita adalah diri kita, Tuhan saja pemegang kunci hati kita..dan sebelum kunci berjaya dibuka, diujii hati kita selayaknya..

Bukan tidak boleh menegur sesama manusia, ianya digalakkan..namun, jangan dihina pada yang kurang dari  kita..kerana kita tidak tahu, mungkin esok atau lusa, kita akan menjadi lebih teruk daripada dia..

Marilah kita menghayati kisah teladan ini.. 

Ada dua orang lelaki dan keduanya adalah saudara kandung. Seorang adik, seorang lagi adalah abang. Keduanya lahir di dalam keluarga yang saat patuh dan taat dalam beragama. Namun perilaku dua saudara kandung ini berbeza dan akhir hidup mereka juga berbeza.

Si Abang, sejak kecil dikenali baik, alim, soleh dan sangat taat melakukan ibadah. Ia tidak suka menyakiti hati orang lain.Tidak suka bergaduh dan mencari pasal dengan orang lain. Waktu mudanya dihabiskan di masjid. Dia tidak suka bergaul dengan wanita yang bukan mahramnya. Pernah satu ketika dia digoda dan dipujuk rayu oleh sepupunya cantik menawan namun ia tetap teguh dalam keimanannya. Kerana amalnya serta perbuatan berakhlak mulia ini, ia dicintai oleh keluarga dan dikasihi oleh kebanyakkan orang disekelilingnya. Sedangkan adiknya, sangat berbeza dengan abangnya. Sejak kecil si adik terkenal dengan kenakalannya. Alam remajanya dipenuhi dengan segala bentuk maksiat dan dosa. Rumah pelacuran adalah tempat biasa baginya. Hampir setiap hari ia mabuk dan melakukan pelbagai macam maksiat di rumah pelacuran miliknya. Kadang-kadang ia juga melakukan rompakan bersama teman-temannya bahkan ia juga terlibat dengan aktiviti yang tidak bermaruah. Hampir segala jenis maksiat dan perbuatan yang menjijik telah dilakukan untuk memuaskan hawa nafsunya. Perbuatannya yang jahat itu membuatkan dirinya terus menerus dibenci oleh keluarga dan masyarakat.

Suatu hari, sang abang yang alim dan ahli ibadah itu merenung ketika bersendirian. Tiba-tiba dengan halus nafsunya berkata kepadanya :

” Sejak kecil kau selalu berbuat kebaikan dan beribadah. Kau telah mendapat tempat dihati masyarakat dan dikenal sebagai orang yang baik. Namun kau tidak pernah merasakan nikmat hidup sedikit pun. Kenapa tidak sesekali kau datang ke tempat adikmu menghiburkan diri di rumah pelacurannya. Sesekali sahaja. Setelah itu kau boleh bertaubat. Kau boleh membaca istighfar ribuan kali dalam solat tahajjud. Bukankan Allah itu Maha Pengampun?”

Pujukan hawa nafsunya itu ternyata masuk dalam pemikirannya dan hatinya. Syaitan pun dengan sangat halus masuk aliran darahnya dan lantas ia berkata kepada diri sendiri :

” Benar juga. Kenapa aku tidak sesekali menghibur diri? Hidup Cuma sekali. Malam nanti aku mahu menari dan bersenang-senang bersama wanita cantik di rumah pelacuran adikku. Setelah itu aku pulang dan bertaubat kepada Allah SWT. Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Sementara itu dirumah pelacuran. Adiknya juga merenung. Ia merasa amat kekosongan dengan hidup yang dijalaninya. Nuraninya berkata:

”Sudah bertahun-tahun aku hidup bergelimang dosa. Bermacam maksiat telah aku lakukan. Apakah aku akan hidup begini terus? Keluarga membenciku kerana perbuatanku. Juga masyarakat, mereka memusuhiku kerana kejahatanku. Kenapa aku tidak mencuba hidup baik-baik seperti abang. Ah, bagaimanakah besok kalau aku telah mati. Bagaimanakah aku harus mem-pertanggungjawabkan perbuatanku. Kalau begini terus, kelak aku akan masuk neraka. Hidup susah di akhirat sana. Sementara abangku akan hidup nikmat di syurga.Tidak! Aku tidak boleh terus hidup dalam lembah maksiat. Aku harus mencuba hidup di jalan lurus. Malam nanti selepas Maghrib aku akan ke masjid tempat abang beribadah. Aku mahu bertaubat dan ikut solat. Aku mahu kembali ke pangkuan Allah SWT. Aku mahu beribadah sepanjang sisa hidupku. Semoga Allah mahu mengampuni dosa-dosaku yang lalu.”

Dan benarlah. Ketika malam tiba, kedua saudara itu melaksanakan niat mereka masing-masing. Selesai solat Maghrib di masjid, sang abang kembali ke rumah, ganti pakaian dan bergegas menuju rumah pelacuran. Adapun sang adik, telah pergi meninggalkan rumah pelacuran sebaik mendengar suara azan Maghrib. Jalan yang diambil dua saudara itu tidak sama sehingga keduanya tidak berjumpa di tengah jalan.

Sampai di rumah pelacuran sang abang mencari adiknya. Namun tidak ada. Orang-orang yang ada di rumah pelacuran tidak ada yang tahu ke mana adiknya itu pergi. Meskipun adiknya tidak ada ia tetap melaksanakan niatnya. Nafsu telah menguasai seluruh akal fikirannya. Ia pun menuruti segala yang diinginkan nafsunya di rumah pelacuran itu bersama para penari dan pelacur.

Di tempat lain, sang adik sampai di masjid tempat abangnya biasa beribadah. Ia sudah bertekad bulat untuk bertaubat meninggalkan semua perbuatan buruknya. Ia mengambil whuduk dan masuk ke dalam masjid. Ia mencari-cari abangnya, ternyata tidak ada. Padahal biasanya abangnya selalu beriktikaf di masjid selepas Maghrib sampai Isyak. Ia bertanya pada penjaga masjid, namun ia tidak tahu ke mana perginya. Meskipun tidak ada abangnya, niatnya telah nekad. Ia melakukan solat dan beristifar sebanyak-banyaknya dengan bercucuran air mata.
Tiba-tiba bumi bergoncang dengan hebatnya.

” Awas , ada gempa! Ada gempa!” teriak orang-orang di jalan. Orang-orang panik keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Takut kalau-kalau rumah mereka runtuh. Sang adik yang sedang larut malam kenikmatan taubatnya tidak berganjak dari dalam masjid. Ia tidak merasakan ada gempa. Demikian juga sang abang yang saat itu terlena di rumah pelacuran. Ia sama sekali tidak merasakan gempa. Goncangan gempa malam itu cukup kuat. Beberapa bangunan roboh. Termasuk masjid dan rumah pelacuran.

Keesokan harinya. Sang abang ditemui mati di antara runtuhan rumah pelacuran di samping mayat seorang penari wanita dalam keadaan yang memalukan. Sedangkan adiknya juga ditemui mati diantara runtuhan masjid. Kedua tangannya mendakap sebuah mushaf di dada.

Masyarakat yang tahu keadaan kedua adik-beradik itu menitiskan air mata. Meraka tidak henti berfikir, orang yang selama ini dikenali sebagai ahli ibadah kenapa boleh mati dengan cara yang sedemikian tragisnya. Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat kenapa boleh husnul khatimah. Dengan peristiwa ini orang-orang diberi pelajaran yang sangat berharga. Bahawa kematian boleh datang bila-bila saja. Hanya Allah yang tahu. Maka jangan sekali-kali saja-saja menuruti hawa nafsu. Siapa tahu saat sedang menuruti hawa nafsu itulah maut menjemput. Nakudzubillahi min dzalik. Bahawa niat baik harus selalu dijaga, agar Allah SWT menganugerahkan akhir hidup yang indah. Akhir hidup yang diredhaiNYA.

”Ya Allah, kuniakanlah kepada kami keteguhan dan keistiqamahan berada dalam jalanMU. Kurniakanlah kepada kami husnul khatimah. Amin, ya Rabbal Alamin.”

Sekian.. =)


Thursday, July 29, 2010

Makcik Cleaner?

12 people smiling (:
Assalamualaikum semua...

Kelas Hubungan Etnik bermula..aku sangat menyukai kelas ini, sebab lecturer die sangat menyenangkan hati..sangat memahamkan, dan juga sering memberi kata2 yg penuh bermakna dalam lecture beliau..

Soalan ditanya..(beliau suka bertanya soalan kepada pelajar) "Secara jujur, siapa yang pernah tahu nama makcik cleaner?" Kuliah yang hampir beratus orang, tibe2 menjadi senyap..huhu..nampaknya tiada siapa pernah berkenalan dengan makcik cleaner..

Tibe2, ada suara sumbang di belakang menjawab "Minah.." Lecturer kami turut mendengarnya, lalu beliau bertanya lagi soalan.."Adakah kerana seseorang itu berstatus makcik cleaner, maka namanya harus Minah? dan adakah seseorang itu berstatus mahasiswi, jadi namanya adalah Siti Nor Atikah??

Jadi di sini kita dapat lihat bagaimana mentaliti masyarakat kita pada hari ini..hinakah dia menjadi makcik cleaner? Mereka juga manusia..mengapa harus kita mewujudkan status quo di situ? Cuba bayangkan jika tiada makcik cleaner, tentunya termuntah2 tong sampah tu memuntahkan isinya..benar bukan?

Kesimpulannya ialah, buatlah baik, tidak kira dengan siapa pun anda jumpa, dengan siapa pun anda berada..kerana Hamka pernah berkata, "Budi itu adalah hak seorang muslim.." Jadi jika anda tidak berbudi, adakah anda telah menunaikan hak sebagai seorang Muslim..? Marilah sama2 kita menginsafi diri..

Sekian.. =)

Tuesday, June 29, 2010

Pengajaran dari sebuah penampar..

9 people smiling (:

Semoga kisah ini boleh kita jadikan pengajaran & sebagai renungan bersama...

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari, beliau bertemu dengan seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam, apakah pak imam boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak imam: Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan kamu..

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak imam: Saya akan mencuba mengikut kemampuan saya, insyaAllah..

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan..

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari unsur api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

....dengan spontan, pak imam menampar pipi si pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak imam: Saya tidak marah.. Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan awak tadi..

Pemuda: Saya amat tidak faham..??

Pak imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih..!!

Pak imam: Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya..!

Pak imam: Tunjukkan pada saya kewujudan sakit tiu atau macam mana rupanya?

Pemuda: Tak boleh pak imam..!!

Pak imam: Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak..Kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak imam: Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu yang saya akan menampar awak?

Pemuda: Tidak..!!

Pak imam: Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan daripada saya hari ini?

Pemuda: Tidak..!!

Pak imam: Itulah yang dinamakan TAKDIR!!

Pak imam: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda: Kulit dan daging..

Pak imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu??

Pemuda: Kulit dan daging..!!??

Pak imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit dan pedih..!!??

Pak imam: Itulah..! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka juga dibuat dari api, jika Tuhan berkehendak, maka Neraka- akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan..walaupun sama unsurnya..!!

Pemuda: Allahuakbar!!


Persoalan Hidup Seorang Manusia...Kenapa??

4 people smiling (:

Kenapa aku diuji?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan Dia mengetahui orang2 yang dusta.”

(Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

................................................................................

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu; dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

(Surah Al-Baqarah, ayat 216)

................................................................................

Kenapa susah sangat ujian ini?

“Allah tidak membenani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

..................................................................................

Rasa frust? Tension? Lemah semangat??

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.”

(Surah Al-Imran, ayat 139)

.....................................................................................

Bagaimana Harus aku menghadapinya?

“Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran, ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 45)

........................................................................................

Apa yang aku dapat daripada semua ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...”

(Surah At-Taubah, ayat 111)

..........................................................................................

Kepada siapa aku berharap?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

(Surah At-Taubah, ayat 129)

..............................................................................................

Argh!!!!!!!!! Aku tak Tahan!! Aku dah bosan!!

“.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

(Surah Yusuf, ayat 12)


Thursday, June 24, 2010

Jika begini, bagaimana kita hendak maju?

16 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Hujung minggu baru2 ini, aku dan ibu pegi membeli barang2 keperluan (utk ke u)..kami masuk keluar kedai, naik turun kedai..sungguh penat sekali..namun, bukan itu yang mahu ditekankan di sini..apa yg penulis mahu fokuskan ialah, cara masyarakat kita berniaga..ceritanya berbunyi begini..

Aku ke kedai A (kedai bangsa kita)..aku bertanyakan sehelai blouse panjang ke lutut, yg agak menarik perhatianku..cantik..lalu aku bertanyakan harganya..”RM 60” (beliau menjawab dengan muka ‘senget’ = mencuka) terkedu seketika..huhu..(sambil letak balik baju tu..)

Kemudian aku ke kedai B (kedai bangsa apek)..sungguh terkejut, kerana baju yang sama (dengan kualiti dan material yg sama)  turut dijual disitu..lalu aku pun melihat pada tanda harganya..RM 29.50..walaupun dah taw harga, aku meringankan mulut bertanya.. ’auntie aaa, ini belape harge??”  “ala amoi, saya kasi lu dua puluh lapan la”..ngeee..*suke..baju diambil, dan aku terus ke cashier dan bayar..

Kesimpulannya di sini ialah, kenapa masyarakat kita suka nak untung cepat? Sedangkan bangsa lain, menggunakan strategi yg lebih bertimbangrasa, iaitu, biar untung ckit, asalkan customer ramai dan ramai org beli..bukan mahu mem “blame” masyarakat kita, tapi rasanya, tidak salah kalau kita belajar sesuatu yang baik, walaupun daripada bangsa atau agama yang lain..

Rasulullah sendiri, pada zaman baginda berniaga, baginda tidak pernah mengambil lebih dari apa yang sepatutnya..jadi mengapa kita tidak mengambil pengajaran?

Sekian.. =)


Thursday, June 03, 2010

Ada ke orang belajar naik basikal, tapi tak pernah jatuh?

19 people smiling (:
Assalamualaikm semua..

Hari ini, seperti biasa, kami sekeluarga makan tengahari bersama2..cerita punya cerita, terbangkit pulak isu belajar naik basikal..haaa, nak taw rahsia tak? aku baru pandai naik basikal mase darjah 5..huhu..lambat kan??memang tak reti sangat naik basikal..mase orang lain dah naik basikal laju2, aku baru boleh naik basikal dengan 2 tayar kecik tambahan..ngeee...sangat kasihan..jatuh, tak payah cakap, memang semua aksi ade..hehe

Walau bagaimanapun, bukan itu yang ingin diketengahkan pada kali ini..haaa.."ada tak org yg belajar naik basikal, tak pernah jatuh?" ada sesuatu yg tersirat di situ..ianya menggambarkan seperti..ada tak org yg berjaya yg tak pernah menghadapi kegagalan?? ada tak org yg belajar, yg kemudian akhirnya berjaya tp tak pernah kne marah dgn ckgu? (jawab dalam hati..ngeee) dan sebagainya.. =)

Bak kata ibu saya, bukan senang nak jd senang, bukan susah nak jadi susah..betul kan? Bukan senang kita nak jadi senang dan berjaya, perlukan usaha dan semangat yang gigih, disiplin yang tinggi, serta kena mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan..dan bukan susah juga nak susah..tak pergi kelas, tak study, tak membaca, tak belajar, jadi bila tak berjaya di akhirnya, kita sendiri yg susah..jadi, tak susah untuk jadi susah..

Begitulah juga dengan kehidupan kita..ada kesusahan, ada cubaan, ada dugaan..hamba mana yg tidak diuji..namun begitu, firman Allah ada mengatakan, "la yukallifullahu nafsan illa wus'aha" (Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya/ kemampuannya)..

Sekian.. =)



Thursday, May 20, 2010

Ingatan Buat Kita Semua.. =)

20 people smiling (:
Assalamualaikum..

Click! "New Message from Aisyah Madehah";

Renungan buat remaja Muslim: "Janganlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangan, tetapi bimbanglah andai imanmu berkurangan. Janganlah kamu bimbang andai kamu tidak rupawan, tetapi bimbanglah andai akhlakmu murahan. Kejarlah dan carilah cinta Allah, nescaya andai kemu perolehinya, seluruh makhluk Allah akan menyayangimu."

Thanks yer aisyah.. =)
 

Wednesday, May 19, 2010

Trend Terkini: Sanggul Menyanggul..

20 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Apa khabar? Harap semuanya baik2 sahaja ya, insyaAllah..
Hari ini penulis berhasrat untuk berkongsi dengan semua tentang satu masalah trend pada masa kini.. Jika kita lihat, alhamdulillah, semakin ramai yang sedar akan kewajipan menutup aurat terutamanya bertudung pada masa kini. Namun, apa yang menyedihkan, ternyata ramai antara kita masih tidak mengetahui bahawa trend 'sanggul' @ 'sanggul arab' yang hangat diperagakan kini adalah salah dan tidak boleh sama sekali..



Cantik ke?? Cantik atau tidak bukan persoalannya..Mungkin ada yang terlepas pandang. Dalam Al-Quran ada menyebut:


"Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah suami mereka, atau putera mereka, atau putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera saudara lelaki mereka, atau putera saudara perempuan mereka atau wanita Islam, atau budak yang mereka miliki, atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti mengenai aurat wanita, dan janganlah mereka memukulkan kakinya supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung."


Hadith Nabi juga ada menyebut:


"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah; satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi talanjang dan meliuk-liukkan badan dan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh."


(Hadith Riwayat Muslim)

Sebar2 kan..


Saturday, May 15, 2010

Kesempurnaan?

11 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Hari minggu, bersantai..
Menonton tv bersama keluarga..
Satu dialog drama yang menarik perhatianku..


"Orang yang merasakan dirinya sempurna akan sentiasa menuntut kesempurnaan daripada kita.."

Kata-kata yang ringkas, namun sarat dengan pengertian..pada pendapatku yang jahil ini, aku mengakui akan kata-kata itu..tiada guna merasakan diri kita sempurna, kerna kita cuma hamba..tiada apa yang sempurna jika sudah dinamakan hamba.. 


Sekian.. =)


Attention: Killer House Plant!

8 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Sekadar berkongsi informasi..Artikel ini diambil daripada emel ayahku, dan ini adalah forwarded message..

Dear all, 

Please read below. The message is true. I almost lost my daughter who put a piece of the leaf of this plant in her mouth and her tongue swelled to the point of suffocation. This is one plant but there are others with the same characteristics of coloring. Those are also poisonous and we should get rid of them. Please watch out for your children. As we all leave our children home in the hand of helpers, we should give them a safe environment where they can play.



"This plant that we have in our homes and offices is extremely dangerous!"

This plant is deadly poison, mainly for the children. It can kill a kid in less than a minute and adult in 15 minutes. It should be uprooted from gardens and taken out of offices. If touched, one should never touch ones eyes; it can cause partial or permanent blindness. Please alert your buddies.

Monday, May 10, 2010

Solat..

17 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Apa khabar? semoga baik2 saja ya..hmm, solat subuh tak pagi tadi? Hari ini penulis nak membangkitkan satu isu, yang mana penulis dapati daripada hasil penglihatan dan pengamatan ketika dalam perjalanan travelling sejak akhir2 ini..

Al-kisah, seorang yang mahu mahu menghadap raja, pergi ke istana, penuh adat istiadat, mengatur langkah satu persatu..yg perempuannya dengan berbusanakan yang indah2, cantik sekali..tidak kurang yang lelakinya bertanjak, segak sekali..tunduk hormat diberikan, tanda sanjungan..(eh apa ni, terlebih sudah,, =)

Pendek kata, semuanya teratur, tertib, hormat ketika nak jumpa raja (dunia)..tapi adakah kita melakukan perkara yang sama ketika mahu solat? ketika mahu berjumpa dan mengadap Pemilik raja segala raja? 

Sedarlah wahai hati2 sekalian manusia, ketika solat, itulah ubudiah kita, penzahiran kepada tauhid rububiyyah kita..adakah kita ikhlas dengan solat yang dilakukan? Jika ya kenapa solat macam keretapi laju mengalahkan lrt?? Mana hormat kita kepada Pemilik segala raja2? Fikir2 kanlah wahai jiwa2 yang mahu mendengar nasihat.. 



Monday, May 03, 2010

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

25 people smiling (:
-->
Bismillah walhamdulillah..wassolatuwassalam ‘ala rasulillah…

Kisah ini bukan kisah cinta biasa..kisah ini tentang seorang isteri dgn cinta yg luar biasa dan kesabaran yg luar biasa.

INILAH KISAH ISTERI SOLEHAH PADA ERA MODEN, ERA AKHIR ZAMAN..
BACALAH, MOGA MENJADI QUDWAH BUAT ANDA YG INGIN MENJADI SOLEHAH~~~(^^,)

*********************************************************************************

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedangmenayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.

Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya Kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dialemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qisperlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat diabersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.

Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaanisterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnyaperang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyumandaripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?""Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu jugaperistiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistinamemudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunciuntuk bertanya hal calon madu Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya."Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlujadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


~~Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...~~

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaianAliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anakkita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekepingtiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.


~~Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery~~



Tangannya pantas membuka pintu biliknya.

Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapanpagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!


Sekian.. =)



Friday, April 30, 2010

Perihal tandas..

3 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Fuh2, tiup habuk ni ha banyak sangat..hehe =) beberapa hari kebelakangan ini agak sibuk sedikit, maka tidak dapatlah eden mengepos entri2 baru..asif sangat2..

Maka hari ini, kita pergi kepada topik tandas..uik? tandas?? Penulis agak berminat untuk mengisukan topik tandas sebab sejak kebelakangan ini banyak tandas yang penulis telah lawati (dalam keadaan tidak sengaja sebab banyak travelling dan berjalan)..maka apa yang dapat diperhatikan di sini, amat kurang tandas yang dijaga dan memuaskan (bersih dan bersih berkilat =p)

Penulis tidak faham mengapa segelintir daripada kita kurang kesedaran tentang kebersihan tandas ini..Alhamdulillah, sejak kecil lagi, penulis dan adik2 diasuh dan dididik supaya menjaga kebersihan tandas. Bak kata ayah, "kalau nak tahu tuan rumah itu pembersih atau tidak, menjaga kebersihan atau tidak, cube check tengok tandas die.." and this is for real..penulis sangat mengakui akan fakta ini..

Bukan nak mengata atau mencerca, tapi sekadar renungan dan pengajaran bersama.. Kadang2 tu, penulis tengok susunan perabotnya cantik dan mewah sekali, haruman di ruang tamu memang nyaman lah..tibe2, masuk ke tandas, masyaAllah..malang sekali..penulis sangatlah tidak memahami..

Bukankah "an-nazofatu minal iman??" (Kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman??) Jadi mengapa dibiarkan tandas itu 'berkarat', 'berdaki' dan tidak dicuci?? Janganlah nak tunggu sampai setahun dua, barulah nak 'mendobi' bilik air tu..apalah salahnya, setiap kali mandi, anda berus sikit2 bilik air anda tu..cuba bayangkan, kalo tiap2 kali mandi, anda berus..maka tak lah teruk sangat anda nak menyentalnya, berbanding jika anda memerapnya selama setahun baru nak mencuci..benar bukan? =)

Bagi penulis, bilik air tu diibaratkan hati kita..andai bersih segumpal hati tersebut, maka bersihlah anggota yang lain2 nya..Hati, ia perlulah dibersihkan selalu, agar benda yang baik2 sahaja yang meresap ke dalamnya..cuba anda bayangkan, adakah air yang bersih akan dituang ke gelas yang kotor?? tentu sekali tidak bukan? Air yang bersih mestilah akan dituangkan ke dalam gelas yang bersih..Jadi gelas itu haruslah dicuci selalu..seperti hati kita..seperti juga bilik air kita..

Oleh yang demikian, sedarlah, supaya kita selalu menjaga kebersihan tandas..jangan biar ia 'berkarat', supaya tidak digelar pemalas..  =)


(gambar hiasan)




Wednesday, April 21, 2010

Istidraj, Antara Nikmat dan Kemurkaan Allah..

3 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Semalam aku meneruskan pembacaan buku "Tundukkan Hati" karya Tuan Guru Nik Aziz..ape yg sangat menarik perhatian aku ialah, mengenai istidraj, antara nikmat dan kemurkaan Allah..Pernahkah terdetik di hati anda, kenapa orang yang hanyut dalam kenikmatan duniawi seringkali tak putus2 rezeki mereka, ada sahaja duit mereka berbelanja di sini sana, berjudi sini sana, melakukan segala perkara yg bisa membuatkan kemurkaan Allah, namun kehidupan mereka tidak pernah sempit..malah kadang2 rezeki mereka bertambah2 lagi..adakah Allah merelakan perbuatan mereka ini?? Bagaimana pula dengan mereka yg tidak pernah putus mengajak ke jalan Allah, tidak pernah lupa bangun solat malam, bagaimana kehidupan mereka?? Tiada kekayaan, tiada kemewahan. Malah, ada yang hidupnya sangat susah..


Hal sebegini seringkali memerangkap minda manusia yg lemah imannya..Mereka terkeliru melihat senario seperti ini, hingga ada yang terjerumus lalu terpesong memilih jalan yg silap dalam bahtera kehidupan..


Ketahuilah nikmat yg Allah berikan kepada mereka2 yg alpa dan lalai itu adalah istidraj semata-mata..apa itu istidraj?? Istidraj ialah manusia yg lupa bersyukur atas setiap nikmat yg diberikan oleh Allah kepadanya, bahkan nikmat itu menyebabkan mereka lebih jauh dari Allah..nauzubillahi min zalik..Pepatah ada menyebutkan:


"Apabila Allah mahu membinasakan semut, Dia akan terbangkan semua itu dengan semua sayapnya."

(Kitab Nasaibul 'Ibad)

Jika kita amati..anai2, jika tidak bersayap, ia akan diam di bawah batu ataupun merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Dia akan memberikan sayap kepada anai2 tersebut, maka anai2 itu akan bertukar menjadi kelkatu. Kelkatu pula, apabila mendapat sayap (nikmat), ia akan cuba melawan api, yang akhirnya akan membakar diri mereka sendiri..


 (gambar hiasan)


Perumpaan yang ringkas, namun cukup untuk menggambarkan kepada kita bahawa golongan yang sombong dan ingkar ini tidak pernah menyedari betapa kemewahan dan nikmat yang dicicip itu adalah umpan Allah unutk memusnahkan mereka..


Janji Allah tetap benar. Keangkuhan Firaun berakhir dengan kemusnahan yang telah ditimpakan Allah ke atasnya. Namrud juga begitu. Semakin besar nikmat dan kemewahan yang dimiliki, semakin jauh Namrud daripada pintu kebenaran. malah, usaha Nabi Ibrahim mengajaknya mentauhidkan Allah tidak pernah dihiraukan. Bahkan Namrud cuba membakar Nabi Ibrahim kerana Baginda menentangnya. Itulah kemuncak keangkuhan Namrud. Namun, kekuasaan Allah itu mengatasi segalanya. Namrud yang sombong itu akhirnya menemui ajal hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke dalam lubang hidungnya. 


Walau bagaimanapun, bukanlah tidak boleh menerima kekayaan. Janagan pula kita menolak kekayaan. Sebaliknya, gunakanlah kekayaan itu untuk meningkatkan darjat keimanan dan mendekatkan lagi diri kita dengan pemilik hakiki kekayaan itu, yakni Allah..Kekayaan bukanlah matlamat kita, sebaliknya keradhaan Allah itu yang wajib dikejar..insyaAllah..


Sumber: Buku Berjudul Tundukkan Hati, karya Tuan Guru Nik Aziz.

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal