Assalamualaikum semua..
"eh kakak, kenapa tak pakai tudung labuh??" Itulah antara respon2 serta persoalan yang telah diajukan daripada mereka..aku diam, bukan kerana membenci atau memendam rasa, tetapi berfikir seketika..
Walau bagaimanapun, bukan ini yang aku nak fokuskan, tetapi salah satu nasihat yang aku terima.. "Insaf itu datangnya berada".. Maksudnya di sini, insaf itu datang berperingkat, beransur-ansur..Benar, nasihat yang kalian berikan baik, dan bermanfaat..terima kasih..namun, kalian juga harus mengerti, bukannya semua orang bisa bertukar dalam sehari..semalam jahat, hari ini terus baik..bukan..melainkan Allah yang membuka hatinya, itu lainlah..
Ini bukan entri luahan perasaan, tetapi cetusan rasa..ramai antara kita yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dari orang lain, tanpa memikirkan kemampuan diri si pemilik diri tersebut.. mengkritik dan terus mengata, itu perkara biasa..mengharapkan orang berubah dalam sekelip mata..sedangkan mereka tidak tahu, apa yang bermain dalam jiwa yang kena kata..
Namun, aku masih berpegang, bahawa insaf itu datangnya berada..kerana kita adalah diri kita, Tuhan saja pemegang kunci hati kita..dan sebelum kunci berjaya dibuka, diujii hati kita selayaknya..
Bukan tidak boleh menegur sesama manusia, ianya digalakkan..namun, jangan dihina pada yang kurang dari kita..kerana kita tidak tahu, mungkin esok atau lusa, kita akan menjadi lebih teruk daripada dia..
Marilah kita menghayati kisah teladan ini..
Ada dua orang lelaki dan keduanya adalah saudara kandung. Seorang adik, seorang lagi adalah abang. Keduanya lahir di dalam keluarga yang saat patuh dan taat dalam beragama. Namun perilaku dua saudara kandung ini berbeza dan akhir hidup mereka juga berbeza.
Si Abang, sejak kecil dikenali baik, alim, soleh dan sangat taat melakukan ibadah. Ia tidak suka menyakiti hati orang lain.Tidak suka bergaduh dan mencari pasal dengan orang lain. Waktu mudanya dihabiskan di masjid. Dia tidak suka bergaul dengan wanita yang bukan mahramnya. Pernah satu ketika dia digoda dan dipujuk rayu oleh sepupunya cantik menawan namun ia tetap teguh dalam keimanannya. Kerana amalnya serta perbuatan berakhlak mulia ini, ia dicintai oleh keluarga dan dikasihi oleh kebanyakkan orang disekelilingnya. Sedangkan adiknya, sangat berbeza dengan abangnya. Sejak kecil si adik terkenal dengan kenakalannya. Alam remajanya dipenuhi dengan segala bentuk maksiat dan dosa. Rumah pelacuran adalah tempat biasa baginya. Hampir setiap hari ia mabuk dan melakukan pelbagai macam maksiat di rumah pelacuran miliknya. Kadang-kadang ia juga melakukan rompakan bersama teman-temannya bahkan ia juga terlibat dengan aktiviti yang tidak bermaruah. Hampir segala jenis maksiat dan perbuatan yang menjijik telah dilakukan untuk memuaskan hawa nafsunya. Perbuatannya yang jahat itu membuatkan dirinya terus menerus dibenci oleh keluarga dan masyarakat.
Suatu hari, sang abang yang alim dan ahli ibadah itu merenung ketika bersendirian. Tiba-tiba dengan halus nafsunya berkata kepadanya :
” Sejak kecil kau selalu berbuat kebaikan dan beribadah. Kau telah mendapat tempat dihati masyarakat dan dikenal sebagai orang yang baik. Namun kau tidak pernah merasakan nikmat hidup sedikit pun. Kenapa tidak sesekali kau datang ke tempat adikmu menghiburkan diri di rumah pelacurannya. Sesekali sahaja. Setelah itu kau boleh bertaubat. Kau boleh membaca istighfar ribuan kali dalam solat tahajjud. Bukankan Allah itu Maha Pengampun?”
Pujukan hawa nafsunya itu ternyata masuk dalam pemikirannya dan hatinya. Syaitan pun dengan sangat halus masuk aliran darahnya dan lantas ia berkata kepada diri sendiri :
” Benar juga. Kenapa aku tidak sesekali menghibur diri? Hidup Cuma sekali. Malam nanti aku mahu menari dan bersenang-senang bersama wanita cantik di rumah pelacuran adikku. Setelah itu aku pulang dan bertaubat kepada Allah SWT. Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Sementara itu dirumah pelacuran. Adiknya juga merenung. Ia merasa amat kekosongan dengan hidup yang dijalaninya. Nuraninya berkata:
”Sudah bertahun-tahun aku hidup bergelimang dosa. Bermacam maksiat telah aku lakukan. Apakah aku akan hidup begini terus? Keluarga membenciku kerana perbuatanku. Juga masyarakat, mereka memusuhiku kerana kejahatanku. Kenapa aku tidak mencuba hidup baik-baik seperti abang. Ah, bagaimanakah besok kalau aku telah mati. Bagaimanakah aku harus mem-pertanggungjawabkan perbuatanku. Kalau begini terus, kelak aku akan masuk neraka. Hidup susah di akhirat sana. Sementara abangku akan hidup nikmat di syurga.Tidak! Aku tidak boleh terus hidup dalam lembah maksiat. Aku harus mencuba hidup di jalan lurus. Malam nanti selepas Maghrib aku akan ke masjid tempat abang beribadah. Aku mahu bertaubat dan ikut solat. Aku mahu kembali ke pangkuan Allah SWT. Aku mahu beribadah sepanjang sisa hidupku. Semoga Allah mahu mengampuni dosa-dosaku yang lalu.”
Dan benarlah. Ketika malam tiba, kedua saudara itu melaksanakan niat mereka masing-masing. Selesai solat Maghrib di masjid, sang abang kembali ke rumah, ganti pakaian dan bergegas menuju rumah pelacuran. Adapun sang adik, telah pergi meninggalkan rumah pelacuran sebaik mendengar suara azan Maghrib. Jalan yang diambil dua saudara itu tidak sama sehingga keduanya tidak berjumpa di tengah jalan.
Sampai di rumah pelacuran sang abang mencari adiknya. Namun tidak ada. Orang-orang yang ada di rumah pelacuran tidak ada yang tahu ke mana adiknya itu pergi. Meskipun adiknya tidak ada ia tetap melaksanakan niatnya. Nafsu telah menguasai seluruh akal fikirannya. Ia pun menuruti segala yang diinginkan nafsunya di rumah pelacuran itu bersama para penari dan pelacur.
Di tempat lain, sang adik sampai di masjid tempat abangnya biasa beribadah. Ia sudah bertekad bulat untuk bertaubat meninggalkan semua perbuatan buruknya. Ia mengambil whuduk dan masuk ke dalam masjid. Ia mencari-cari abangnya, ternyata tidak ada. Padahal biasanya abangnya selalu beriktikaf di masjid selepas Maghrib sampai Isyak. Ia bertanya pada penjaga masjid, namun ia tidak tahu ke mana perginya. Meskipun tidak ada abangnya, niatnya telah nekad. Ia melakukan solat dan beristifar sebanyak-banyaknya dengan bercucuran air mata.
Tiba-tiba bumi bergoncang dengan hebatnya.
” Awas , ada gempa! Ada gempa!” teriak orang-orang di jalan. Orang-orang panik keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Takut kalau-kalau rumah mereka runtuh. Sang adik yang sedang larut malam kenikmatan taubatnya tidak berganjak dari dalam masjid. Ia tidak merasakan ada gempa. Demikian juga sang abang yang saat itu terlena di rumah pelacuran. Ia sama sekali tidak merasakan gempa. Goncangan gempa malam itu cukup kuat. Beberapa bangunan roboh. Termasuk masjid dan rumah pelacuran.
Keesokan harinya. Sang abang ditemui mati di antara runtuhan rumah pelacuran di samping mayat seorang penari wanita dalam keadaan yang memalukan. Sedangkan adiknya juga ditemui mati diantara runtuhan masjid. Kedua tangannya mendakap sebuah mushaf di dada.
Masyarakat yang tahu keadaan kedua adik-beradik itu menitiskan air mata. Meraka tidak henti berfikir, orang yang selama ini dikenali sebagai ahli ibadah kenapa boleh mati dengan cara yang sedemikian tragisnya. Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat kenapa boleh husnul khatimah. Dengan peristiwa ini orang-orang diberi pelajaran yang sangat berharga. Bahawa kematian boleh datang bila-bila saja. Hanya Allah yang tahu. Maka jangan sekali-kali saja-saja menuruti hawa nafsu. Siapa tahu saat sedang menuruti hawa nafsu itulah maut menjemput. Nakudzubillahi min dzalik. Bahawa niat baik harus selalu dijaga, agar Allah SWT menganugerahkan akhir hidup yang indah. Akhir hidup yang diredhaiNYA.
”Ya Allah, kuniakanlah kepada kami keteguhan dan keistiqamahan berada dalam jalanMU. Kurniakanlah kepada kami husnul khatimah. Amin, ya Rabbal Alamin.”

13 people smiling (: on "Insaf itu datang berada.."
yang wajib itu menutup aurat,bukn tudung labuh..jadi,jika tudung biasa pon,tp sempurna tutup aurat,ok what..yg jd masalah kalau,ttp rmbut jer,tp aurat x tutup..
salam,
Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian cerita ni..
dan tentang bertudung labuh.. sy juga selalu d tnya dan di suruh bertudung labuh.. insyaAllah.. bertudung labuh memerlukan kekuatan..berserta ilmu yg mantap. mari kita cr kekuatan tu..
satu hari nanti.. insyaAllah..
=)
Salam Ramadhan..
محمد زهروي:
saya juga setuju dgn pendapat saudara..
=)
manna_salwa:
waalaikumsalam dam salam ramadhan kareem..
benar, ianya perlu kepada kekuatan..
insyaAllah, marilah kita sama2 mencari kekuatan tersebut..ameen
;)
kekuatan orang tak sama...dan tidak boleh di samakan... :)
insaf itu kan datang berada..
Fathi adha:
terima kasih awak..
dan tentunya nasihat "insaf itu datang berada" lahir dari awk..
=)
salam ukhti Nurdia Natasha.
kisah yang menarik
terima kasih berkongsi
semoga anda selalu sihat
untuk menjalani ibadah
di bulan ramadhan penuh
keberkatan ini..
insyaAllah slow2 akan membawa perubahan ke arah kebaikan. bdoalah pada Allah :)
zulkbo:
waalaikumsalam akhi..
terima kasih, semoga akhi juga sihat selalu..
salam ramadhan kareem..
:)
farhana:
terima kasih..
insyaAllah..
:)
salam.entri yg sangat bermakna. :)
iktikaf:
waalaikumsalam..
syukran..
semoga kita beroleh manfaat..
:)
uhhuhh.berubah dalam hal ni bukan kira kena cari kuat ke tak.sebab memang kena buat pun.time ni tak perlu ilmu.sebab benda tu memang DIA da suruh.sebab DIA memang sangat tahu kenapa DIA suruh buat macam tu.
Post a Comment