Hari mendung. Panggilan kujawab. Owh, panggilan telefon daripada posmen rupanya. Posmen itu mengepos surat poslaju, tapi tiada sesiapa di rumah, sebab kami semua di rumah satu lagi. Ku tanya, "Encik, surat dari mana ya?" "Universiti Islam Antarabnagsa", jawab pakcik posmen.
Hati ku berdebar. Ya Tuhan, isi kandungan surat itu cuma dua kemungkinan. YA, atau TIDAK. Menanti hari esok tidak semudah yang disangka. Semuanya serba tak kena. Namun hati terus berdoa, semoga ada berita baik yang akan kudengar.
Hari berikutnya. Pulang ke rumah di Taiping, buka peti surat. Ada 2 surat, dan 1 kad poslaju (kad yang posmen tu telefon semalam). Ternyata 2 surat yang ada pada ketika itu adalah surat saman ekor, kereta ayah. Kedua-duanya. Huhu. RM 600 bakal melayang.
Redha dan terus bergerak ke Pejabat Pos Taiping. Surat Poslaju kuambil. Lama kupegang, namun belum punya kekuatan untuk membukanya. Usai membayar bil TM, aku masuk dalam kereta, lalu kuberikan kepada insan yang kukira paling tabah untuk membukanya; ibu.
Ibu lantas mengambil surat itu dan membukanya. Aku menutup mata. Ibu menarik tubuhku lalu aku diciumnya. "Syukur, tahniah kak long.." Tanpa kusedar, tubir mataku basah. Syukur ya Allah..akhirnya dimakbulkan permintaanku..syukur alhamdulillah..
"Congratulations! We have the pleasure to inform you that the University has decided to offer you admission into the following programme: BACHELOR OF LAWS (HONOURS)"Alhamdulillah, syukur..30 Nov ni InsyaAllah penulis akan mendaftarkan diri di IIUM..maaf, andai tidak dapat mengupdate entry seperti selalu, kerana sangat sibuk menguruskan pelepasan dari USIM dan kemasukan ke IIUM.. (macam ade je org nak bc blog ni kan.ngee ;p)
Kepada teman2 di USIM, usahlah kalian bersedih, kite masih kawan, sahabat, seperti dahulu..Semoga kita sama2 berjaya dalam perjuangan ini. Daku sayang kalian. Ampun maaf andai ada salah dan silap. Ada masa, insyaAllah, kite bertemu lagi. Kepada teman2 BLC 9, anda memang terbaik. Sayang kalian.
:)
(p/s: di sebalik duka, berita2 buruk, rupanya Dia nak bagi satu berita gembira. Indah sungguh aturan Dia kan. :)
19 people smiling (: on "Cerita diriku..alhamdulillah, syukur.. :)"
wah... tahniah!!
♥e'in♥ :
syukur..alhamdulillah..
:)
Tahniah ya! ;)
ingatkan tukar program je..
tukar U terus..haha.
anyway tahniah lah.gud luck!
ingatkan tukar program je..
tukar U terus..haha.
anyway tahniah lah.gud luck!
Selamat Hari Raya AidilAdha
AiDa AzRyN:
terima kasih..
syukur, alhamdulillah..
:)
musafir bulat:
ngee...alhamdulillah, syukur..
razi lak jadi ke na tukar FEM?
::FAIZ FARISH:: :
selamat hari raya aidil adha jugak..
:)
http://diamuhammadashrafalexis.blogspot.com/2010/11/tirai-kamar-5.html
salam.this is my novel..read if you have time and be my follower.i need around 200 blog follower to publish my novel...hope your support friend...thanks...
tahniah..slamat hr raya
tahniah..slamat hr raya
Pencacai Alim:
syukur alhamdulillah..
selamat hari raya aidil adha juga..
Selamat Menyambut Aidiladha!!!~ ^_^
baincardin:
salam aidil adha juga.. :)
Salam ziarah anda...
Eid Idul Adha MUBARAK!
tahniah dapat belajar Law.
tahniah.zzz.
+akufobia+:
alhamdulillah..
:)
selamat har raya natasha...=)
Post a Comment