Alhamdulilllah, hari ni hari gembira buatku. Walaupun sibuk dengan kelas dan tutorial, tapi, hari ni dapat jumpa cik Hyedah yang ayu. Bersusah-payah beliau datang dari Ukm. Thanx ye Hyedah sebab sudi datang Uia. ^_^ Rindu bangat sama kamu. Lain kali datang tidur kat sini taw, nanti boleh taca jadi tourist guide. Lalalala.
Sedang kami rancak berbual ketika menikmati juadah tengahari, aku mendapat panggilan. Tertera di skrin, "Madam Azriana" a.k.a "Madam Ana". Dengan senyuman, kujawab panggilan tersebut. Madam bertanya khabar ku, juga apa perkembanganku. Tapi, jelas yang lebih penting, Madam juga pensyarah lain tertanya2 tentang penyakit yang aku alami. Maaf ya madam, juga yang lain2, bukan niatku mahu menyembunyikan, tapi lebih kepada sesuatu yang menyedihkan, jadi biar saya simpan sendiri. Walau bagaimanapun, telah kuceritakan tadi pada Madam. Terima kasih ya Madam, sebab bagi nasihat dan sokongan. Sayang Madam. ^_^
Sungguh, aku terlalu rindukan beliau, malah semua pensyarah2 ku di KIPSAS dahulu. Madam Yus, Cik Diyah, Ustazah Hasiah, Madam Syafinaz, Ustaz Nizam, Ustazah Afifah, dan ramai lagi. Kalau saya nak senaraikan, tak habis sampai esok. Hehe. Teringat pula zaman belajar di KIPSAS dahulu. Rindu.
Kepada pensyarah2 ku di sana, doakan anak muridmu di sini. Ketahuilah, anak murid mu ini sangat merindui dan sayang pada kalian. Terima kasih guru2ku. Moga anak ini menjadi anak yang berbakti. Ameen. (:
4 people smiling (: on "Aku rindukan mereka..ku juga sayang mereka (:"
sakitt? sakit ape?
rindu cikgu2 lama juga... T_T
chak!..ade name kite la..hehe..take care dear~=)
hyedah:
hehe..
u too, take care darling (:
Post a Comment