Tuesday, February 16, 2010

15 Maksiat yg Menurunkan Bala

Assalamualaikum semua..

Agak lama blog ni tak diupdate ye..huhu..dek gara2 kesibukan tuan rumah..asif ye semua..
Tadi aku g bilik ecah jap..sementara tunggu die tgh solat, aku ternampak sebuah buku bertajuk 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman kat atas meja..lupe nak tanye sape punye, aku pun terus bukak dan bace..

.................................................................................

muka surat 80, hadis ke 35: 15 Maksiat Yg Menurunkan Bala.

Ertinya: 

Daripada Ali Bin Abi Thalib r.a Rasulullah bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang2 tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.


3. Zakat dijadikan hutang.


4. Suami memperturutkan kehendak isteri.


5. Anak derhaka terhadap ibunya;


6. Sedangkan ia berbaik2 dengan kawan2 nya.


7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya.


8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.


9. Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yg terhina di antara mereka.


10. Seseorang itu dimuliakan kerana ditakuti kajahatannya.


11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.


12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).


13. Para artis disanjung sanjung.


14. Muzik banyak dimainkan.


15. Generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama (sahabat).


 

Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain."

Fikir2 kanlah duhai teman2 sekalian..
 

2 people smiling (: on "15 Maksiat yg Menurunkan Bala"

cEro on February 25, 2010 at 9:02 AM said...

kesemuanya sedang berlaku skarang...
ouihh..patut laa bala tuhan byk dah skang...

Anonymous said...

taw xpe..
bl la kita akan sedar dan kembali pd jalanNya..

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal