Ceria2 selalu..ketika post ini ditulis, aku dalam perjalanan pulang ke kolej..
sambil membaca sebuah buku, yg aku kira sangat menarik dan bermotivasi..
Tajuk buku ni, "Berguru kepada Allah" hasil tulisan Abu Sangkan..
Aku tertarik dengan bait2 kata beliau yg membikin otak aku ligat berfikir..
Ape kate kita renung sedikit apa yg beliau cakap..
..........................................................................
.........................................................
Kita banyak melupai sejarah belajar dan menerima pengajaran para nabi dan orang2 alim masa lampau. Mereka menerima kefahaman terlebih dulu baru mengajarkan suatu ilmu. Di masa kita masih bayi, apa yg kita perlukan daripada seorang ibu? Sebuah pengajaran yg sangat unik dan ajaib. Ibu mengajar tanpa kata2, sangat sederhana dan mudah difahami secara utuh (holistik) . Ibu tidak pernah mendefinisikan bagaimana rasa kasih sayang dan cinta itu, tidak juga mengajar bagaimana cara menghisap susu, dan kita hanya diam untuk memahami sebuah pengertian yg mengalir begitu sahaja. Kefahaman yg utuh! Kita baring di buaian berbulan2, merangkak, cuba berdiri, dan jatuh, berdiri, lalu jatuh lagi..ribuan kali...Ibu memerhati proses itu. Kita hanya diajar untuk memahami apa yg berlaku dalam jiwa kita, sebuah naluri yg merasuk dalam sukma. Mengerti itu ialah sebuah fenomena yg unik..Perasan atau tidak, selama ini konsep kita terbalik! Kita belajar sebuah “pengertian” dari definisi, huraian, penjelasan, perumpamaan, tetapi akhirnya kita tetap tidak mengerti secara utuh...
..........................................................................
Jadi, bagaimana pula pandangan kalian?

8 people smiling (: on "Antara Mengerti dan Memahami? Daku butuh pandangan kalian..."
assalamualaikum.
ada beberapa perkara yg manusia tak mampu definiskan dalam sebuah kata kecuali DIRASA.salah satunya adalah keberadaan Allah.
dan situasi2 yg saudara utarakan tadi juga lebih kurang sama intipatinya.tiada definisi.rasa iaitu memahami sesuatu kejadian itu datangnya dari hak pencipta.dan disitu tanda2 kebesaran yg MAha Esa.tiada pertikaian.tiada persangkalan.tapi RASA.
sekadar pendapat jahil.
:)
Assalamualaikum..
Syukran atas pendapat enti..
ana setuju sangat dgn pendapat ni.. =)
Bila rasa in rasamu~ haha
menarik... ^_^
emm.
proses menimba ilmu itu sesuatu yg menarik.
ada tersemat di dalam draf mahu memperbincangkan soal menuntut ilmu serta hubungkaitnya dengan akil baligh.
tetapi terasa tiada isi. bila kamu petik ayat penulis hebat ini, baru terasa diriku kerdil sekali.
thanx for sharing. best lagi kalo dpt bagi pinjamkan aku buku itu. hahahaha...
(Mr Ajai)
Buku tu buku ayah aku..
leh je kalo nak pinjam..
tapi aku pun blum habis bace lagi..hehe
tp memang menarik.. =)
salam. hait.. ape kabo tuan blog?.. :-)
salam
'alamal insana ma lam ya'lam
Post a Comment