Tuesday, April 13, 2010

Yang Mana Yang Lebih Aula??


Assalamualaikum semua..

Home sweet home untuk sume kengkawan yang sedang berada di rumah dan bersenang lenang menanam anggur di halaman rumah..hehe (ayat ape ni)..Pagi tadi semasa aku sedang bersarapan dengan ayah dan ibu, kami membincangkan topik keutamaan..


Ya, ape yang lebih penting? dalam dunia ini ada banyak perkara kebaikan yang boleh dilakukan, tetapi yang manakah yang lebih utama? Ayah aku berpesan, sentiasalah letakkan diri kita ke tempat yang sebetulnya..ini bermakna, letakkan sesuatu itu pada tempatnya..dahulukan yang dahulu, kemudiankan yang kemudian..contoh, Nabi kata kalo nak berbuka, sunat makan dahulu (walaupun seteguk air), kemudian barulah solat..sedangkan solat itu hukumnya fardhu kan? tapi memandangkan keadaan kita berpuasa ketika itu, maka diutamakan bagi kita untuk berbuka terlebih dahulu..


Contoh lain, seorang usahawan, sibuk menunaikan 'fardhu kifayah' nya dengan tak jemu2 menderma kepada orang lain..padahal solat fardhu (yang wajib ke atas dirinya) tak pernah dibuat..tak pernah dilaksanakan?mcm mane ni? sama jugakla dengan orang yg tak penah tinggal solat jumaat, tapi hakikatnya solat fardhu tak pernah dilakukan? ni plak cmner? Fikr2 kanla ek..


Dalam kehidupan ini ada tingkat2 nya, yang mana dulu yang mana kemudian, yang mana penting dan yang mana kurang penting..sepertimana kita tahu, syurga dan neraka itu bertingkat2, pilihlah nak duk kat tingkat mana..amalan dan ubudiyah kita yang menentukan di tingkat mana kita berada.. macam bumi dan langit pun bertingkat2 juga, 7 petala langit dan bumi..


Mm..ape point aku sebenarnye ea? (huhu) Macamnilah, pendek cerita, dalam menempuh kehidupan sekarang yang serba canggih dan pesat ni, kita kenalah dahulukan yg mana yg patut didahulukan, kemudiankan yang mana patut dikemudiankan..kena ikut mana yg lebih utama.. =)




2 people smiling (: on "Yang Mana Yang Lebih Aula??"

Mesintaip: on April 18, 2010 at 5:50 PM said...

Di sinilah letaknya kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang selalu diwar-warkan. Seorang mukmin dan muslim sudah diajar tentang kemahiran tersebut. Lihat sahaja bagaimana Islam membahagikan hukum itu kepada beberapa klasifikasi iaitu wajib, sunat, harus(mubah), haram, sah dan batal. 7 hukum ini sahaja yang perlu kita jaga untuk menentukan segala tindakkan kita dan bagi yang faham ia dapat menentukan tindakannya mengikut keutamaan.

Anonymous said...

(mesintaip)

syukran sangat2 atas ulasan yg sgt bernas.. =)
saya setuju sgt dgn pendapat saudara.. =)

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal