Keraguan semalam terjawab. Kecelaruan semalam terungkap. Lama aku tatap ke langit pekat malam, tapi kosong. Jiwa seakan tidak dapat mentafsir segala. "Nurdia..anda okay?" masih terngiang2 di gegendangku. "Balik nanti, buatlah sujud syukur, kerana Dia bagi kamu tahu awal. Ingat, Dia sayang kamu, kerana itu Dia timpakan ini atas kamu". Empangan yang sedari tadi bertakung, kini pecah tanpa silu. Tisu dihulur, tapi itu tidak bisa memadam perasaan yang seakan aneh di jiwa.
Aku kelu. Diam bukan bermakna bisu. Hati berkata2, bergelodak bicara. Ya Allah, aku butuh bantuanMu. Apakah ini dugaan. Aku akur. Dia sayang pada aku, dan aku seharusnya bersyukur. Ya, masih di tahap awal. Aku bersyukur mengetahuinya awal. Namun, aku tidak syumul. Hati seakan remuk sejurus mendengar perkhabaran itu. Aku harap aku kuat, tabah menghadapi semua ini.
Ya Allah, tabahkanlah hatiku, moga aku kuat dalam menempuh ujianMu. Redhokanlah aku.
...................................................
1.17 a.m: New message from Aisyah Madehah:
"Sahabat, dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis lantaran peritnya terasa. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan kasih sayangNya. Semoga kita tabah dan ditingkatkan keimanan."....................................................
Terima kasih sahabat..terima kasih juga buat b.h. Kalian banyak menyokong aku, manampan aku dari terus terjatuh..semoga aku tabah..
kalam hati: mengenalidiri.
21 people smiling (: on "Tiada kata yang mampu kuluah, kutahu Dia sayang padaku.."
banyakkan berdoa :) semoga dipermudahkan semuanya..
salam.... tuhan x kan duga mereka yg tak mampu menanggung kesakitan itu dan tuhan juga x kan menduga mereka yang sudah tidak terang mata hatinya.. Dia sangat sayangkan Nurdia.. InsyaAllah, doakan yg terbaek...salam ziarah kembali
cik dayah:
syukran..terima kasih..
fatin sulaiman:
syukran..insyaAllah..
doakan yg terbaik buat sy ya..
hmmm...cant even guess to much bout this..
anyway..
kuatkn hati~
=)
saba k.. Allah bg kite dugaan sbb Dia tau kite kuat tok hadapinya..
haida & e'in:
terima kasih..
insyaAllah..
Allahuakbar
salam kenal dari mama pipie
bujang susah:
akhi..
lame tak dgr khabar..
Allahumma..
adda:
terima kasih..
salam knal jgk..
:)
hurm.
zami tak tahu nak kata apa.
tapi, zami cuma boleh bagi kata2 semangat supaya nurdia sentiasa ingat Allah.
syukur nurdia mengetahuinya lebih awal.
mungkin ada yg mengalami perkara yg sama tapi lewat mengetahuinya.
apa2 pun, zami mendoakan kesejahteraan nurdia.
amin.
berusaha dan berdoa...dan beristiqamah dalam melakukannya...
hizami:
terima kasih sudi dtg ke blog picisan ni..
dan juga atas peringatan dan sokongan..
insyaAllah..
b.h:
terima kasih awk..
insyaAllah sy cuba lawan..
semoga tabah dengan ujian Allah.. Dia sayang akak.. Banyakkan berdoa ye??
salam...
semoga terus tabah dalam menghadapi perjalanan yang masih jauh ...
http://hasrulhassan.blogspot.com
liyana aziz:
insyaallah..
terima kasih ya liyana..
:)
hasrul hassan:
wslm..
terima kasih..
:)
salam sggh sini u :)
nice entry btw ..
she is f.a.z.a:
terima kasih sudi dtg..
:)
Post a Comment