Friday, October 29, 2010

Bagaimana harus aku katakan..

Bismillah..


Sebentar lagi ibu ayah akan sampai. Aku sangat bingung hinggakan aku terlupa memberitahu mereka bahawa aku akan bercuti, study week. Mujur semalam tergerak hatiku untuk bersuara tentang itu. Mindaku ligat berfikir. Malam bukan lagi peneman mimpi. Seperti malam tadi, larut 4 pagi, baru aku bisa melelapkan diri. Sungguh, aku bingung sekali.


Bagaimana harus aku katakan. Bagaimana harus aku luahkan. Aku tidak sanggup melihat dua pasang mata bundar itu menangis keranaku. Tidak, aku tidak bisa. Biarpun aku tahu merekalah insan paling kuat bagiku, namun aku juga tahu kepedihan hati yang bisa terzahir dalam hati mereka, andai aku ungkapkan. 


Baru beberapa hari adik dikeluarkan dari hospital, kini aku pula yang bakal mereka runsingkan. Ah, mengapa tubir mata ini sering melimpahkan isinya. Aku tidak kuat. Mungkin aku bisa senyum, tawa di hadapan sahabat sekalian, tapi tatkala ianya tiba bicara ibu bapa, aku jadi tidak keruan.


Aku harus kuat. Sejak kecil, aku sering bawa masalah kepada mereka. Keluar masuk hospital, itu perkara biasa. Namun, selepas tingkatan empat, ianya seakan berakhir. Aku juga fikir begitu. Namun, ianya tidak begitu. Ternyata, kita cuma insan biasa, tidak dapat menafsir bahasa Dia. Ya Tuhan, aku mohon pertolonganMu..


Khabar ini harus aku utarakan. Ya, harus. Bagaimana dan apa caranya? Aku tidak tahu. Aku berdoa agar mereka tabah. Kerna aku terlalu sayang mereka. Ibu ayah, kakak minta maaf..akak terpaksa bagitahu..harap ibu dan ayah kuat, lebih daripada kakak..

Ya Tuhan, tolong daku..



16 people smiling (: on "Bagaimana harus aku katakan.."

zulkbo on October 29, 2010 at 9:06 PM said...

salam Ukhti Nurdia Natasha..
ziarah anda ddi sini..moga sihat selalu..simpati buat adik anda..semoga kembali sihat seperti sediakala..

Anonymous said...

wslam akhi..
terima kasih..
insyaAllah..

nurul rasya on October 30, 2010 at 7:30 AM said...

blog ni memang xde shout box ek?

Penulis Rindu on October 30, 2010 at 4:36 PM said...

singgah mai sini sat.apa khabar orang di sana semoga sihat ye.....

✿...fazilahpajil...✿ on October 30, 2010 at 6:02 PM said...

be strong yer,,

Dhiya'Nadiah said...

Tasya~ Biar apa pun ujian yang sedang dirimu tempuhi sekarang, dari butir bicaramu sungguh ku tahu ia adalah satu ujian yang berat.

Sahabat~tabah k! Allah mengujimu, sayangku, kerana Allah cinta padamu, kasih padamu. Jangan pernah mengalah,k. Hebatnya orang beriman, kerana ujian itu dianggap tarbiyah, kerana ujian itu sebagai didikan langsung dari Allah (:

♥sayang tasya! ♥

iKhwan89 on October 31, 2010 at 7:24 PM said...

salam caca.....semoga dalam redha Tuhan....kuat kan hati..tabah kan jiwa...sesungguhnya orang mukmin itu sentiasa tenang dan tabah kerana dia tahu Tuhan terlalu sygkan dia....pie doakan semoga kuat..

Anonymous said...

zulkbo:

waalaikumsalam akhi..
alhamdulillah, adik sy makin shat, tp minggu dpn masih ada appoinment dgn doktor..
:)

Anonymous said...

She's retarded:

thanx ye..
nanti penulis masukkan..
:)
aritu renovate "rumah", terbuang shoutbox..
:)

Anonymous said...

Abu Luqman:

alhamdulillah..
:)

Anonymous said...

...fazilahpajil... :

insyaAllah..
:)
terima kasih..
doakan sy ye..

MOMMY CGG on November 1, 2010 at 1:27 AM said...

terima kasih singgah:)

Anonymous said...

Dhiya'Nadiah:

sahabat, terima kasih atas nasihat yg sungguh menenangkan..
doakan tasha kuat ye..
insyaAllah..

*sayang nadiah*

Anonymous said...

iKhwan89:

waalaikumsalam pie..

terima kasih..
insyaAllah..
doakan tasha kuat ye..
:)

Norhayati on November 1, 2010 at 6:43 AM said...

wahai sahabat..aku juga prnah mengalami apa yang kamu rasa. sejak kecil menjadi masalah kepada Bonda dan Ayahanda..hanya mampu bmohon agar hidupmu sentiasa dirahmati Allah. Ingatlah bahwa Allah menurunkan ujian kepada kita kerana Allah sayangkan kita..sesungguhnya DIA sdg mengatur yang terbaik untuk kamu. Hadapilah dengan sayang dan redha dengan ketentuannya.

Anonymous said...

Gadis Merah Jambu:

terima kasih sahabat..
insyaAllha, aku redha, ini ketentuannya
:)

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal