Monday, November 01, 2010

Bicara itu..

Bismillah..

Aku dapat lihat riak kegembiraan terpancar di wajah mereka. Kami ketawa sama2. Makan sama2. Banyak yang kami bualkan. Seperti biasa, jika aku pulang, belum sempat sampai rumah lagi, ayah sudah memberikan nasihat2 dan cerita2nya. Aku tidak jemu mendengar semua itu. Kerna itulah bekalan untuk aku.

Setiap R&R kami berhenti. Dan setiap itulah hatiku gelisah. Bagaimana harus aku katakan. Ya Tuhan..Perhentian pertama, R&R Dengkil. Kami di cafe sementara ayah di surau. Ibu seakan2 mengerti apa yang ada di benakku. "Kak long, kak long sakit ke?" Pertanyaan itu benar2 buat aku buntu. Naluri seorang ibu, mana mungkin bisa menidakkannya.

Ibu mengecam sesuatu, tidak baik pula jika aku menidakkannya. Aku tatap mata itu. Dengan memohon kekuatan hati daripadaNya, aku senyum pada ibu. Aku katakan pada ibu, ibu harus kuat, lebih dari kakak. Lalu aku menceritakan satu persatu, kesemuanya. Kemudian, aku senyum. Ibu juga turut senyum, seolah2 resah yang tadinya hilang. Walau bagaimanapun, aku tahu perit di hatinya, tapi sekurang2 nya aku bersyukur beliau dapat menerimanya dengan tabah. Syukur..

Dilemaku masih belum berakhir. Anak ini amat manja dengan ayah. Andai balik, ayahlah tempat dia bermanja, dipeluk dan diciumnya. Aku masih bingung bagaimana mahu kuceritakan pada ayah. Perhentian demi perhentian berlalu, akhirnya kami sampai ke Perak. Hari juga sudah jauh malam. Kepenatan juga jelas kulihat pada wajah ayah. Mungkin esok sahajalah.

Seperti biasa, pagi2 lagi ayah akan berkebun di taman kesayangannya. Aku tidak mahu mengganggu mood ayah di situ. Biarlah ayah dengan kesukaannya. Seperti yang dirancang, petang itu kami ke sekolah angah. Aku kagum dengan ayah. Biarpun penat, tapi tanggunggjawab dan kasih kepada anak2 tidak pernah dia mengenal erti penat itu. Kata ayah, kesian angah, nanti dia tertunggu2 pula kita datang macam biasa di hujung minggu.

Usai bertemu angah. Rindu sungguh aku padanya. Angah juga masih belum tahu. Tidak sanggup aku merisaukan dia. SPM tak lama lagi. Jadi aku tidak mahu konsentrasinya terganggu. Biarlah dahulu. Angah buat SPM baik2 ya. Mesti kena lagi baik dari kak long ya :)

Kami solat Asar di Greentown Mall. Beli2 barang sedikit, lalu solat Maghrib dan beredar. Destinasi seterusnya ialah Cafe Lepak Santai (cafe ni tempat lepak baru kitowg sekeluarga. Best. Aku cadangkan sape yang kat Ipoh cuba :)

Pesanan diambil. Tak sampai 5 minit, air sampai. Entah kenapa, kami tidak banyak bual seperti biasa. Aku pandang ayah. Pada ayah, kukatakan, "ayah, akak ada sesuatu yang nak diberitahu.." "Akak harap ayah kuat, lebih dari akak".. Ibu yang mengerti, memegang tangan ayah. Lalu satu persatu kuceritakan. Aku cuba tidak menumpahkan air mata, kerna aku harus yakinkan pada ayah, bahawa aku kuat.

Aku nampak mata ayah bergenang pada mulanya. Namun usai bercerita, aku melemparkan senyum buat ayah. Aku bilang pada ayah, ini cuma ujian. Ayah juga turut tersenyum. Genangan tadi juga kulihat sudah hilang. Syukur. Ayah juga bilang, kita akan ikhtiar, insyaAllah. Ini ujian dari Dia. Dia sayang kakak.

Hilang separuh bebanan ku. Syukur. Alhamdulillah.
:)


18 people smiling (: on "Bicara itu.."

diah on November 1, 2010 at 5:58 PM said...

nurdia... kamu sakit ke?

Anonymous said...

cik diah:

salam cik diah..
windu sgt kat cik diah..
erm..begitulah cik diah..
:)

Hanisah Safian on November 1, 2010 at 7:58 PM said...

walau apa pun yang berlaku.


harap tabah! DIA sayang awak. :)

zulkbo on November 1, 2010 at 8:57 PM said...

salam..
alahai anak ayah..
semoga tabah melalui
batas kehidupan..anda
semakin matang,pasti
boleh menerima perpisahan
begitu..

Anonymous said...

I*K*T*I*R*A*F:

terima kasih..
insyaAllah..
:)
terima kasih atas sokongan dan nasihat..

Anonymous said...

zulkbo:

waalaikumsalam akhi..
terima kasih atas nasihat dan sokongan..
diri lemah ini amat kerdil..
dengan sokongan semua, diri ini rasa lebih bahagia..
:)

Haidah Hyedah on November 1, 2010 at 10:06 PM said...

i don know anythg..
but..be strong gurl!!~~
=)

elianesuriane on November 2, 2010 at 4:38 PM said...

smga brjye mnempuh dugaan itu..

شاح اندرني on November 2, 2010 at 5:25 PM said...

salam Kak Dia.. Sabar na.. Shah Doakab kak Dia cepat sembuh.. Syifakillah.. Jangan masam masam.. Senyum tau. ngee~~~~ hehe

Anonymous said...

~S.H.A.I~ :

thanx dear..
syg haida
:)

Anonymous said...

elianesuriane:

terima kasih..
insyaAllah..
:)

Anonymous said...

shah:

terima kasih adik..
dah senyum dah ni..
ngee
:)

E'in on November 2, 2010 at 9:26 PM said...

awak sakit ke???

Cahaya Yang Riang Gembira on November 5, 2010 at 7:42 AM said...

Walau apa pun, moga kuat menghadapinya.. Allah uji sebab DIA tahu kita mampu.. :)

Saya pun di Ipoh.. Study dekat area Greentown Mall.. :)

Dayang Deno on November 10, 2010 at 11:08 PM said...

semoga awk tabah...

Anonymous said...

deno:

insyaAllah..
terima kasih.. :)

Fathi Adha on November 11, 2010 at 5:35 AM said...

kadang kala kite kena mengatasi kelemahan diri kita, untuk menguatkan orang lain....:)

Anonymous said...

b.h:

terima kasih b.h
insyaAllah..
:)

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal