Wednesday, March 17, 2010

Bak kata pepatah, “ditelan mati emak, diluah mati bapak”


Assalamualaikum...

Dua hari kebelakangan ini, aku tersedar ada masalah besar antara kami. Biarpun luarannya kami tampak selalu bersama, namun ada sesuatu yg terasa tidak kena..mengapa? dan kenapa? Aku jua tidak mengerti..


Bilangan kami lima orang. Sahabat rapat sehidup semati. Sudah seperti satu family. Andai ada yg tidak kena, mudah aje ternampak pada wajah si pemilik diri. Lantas kami memperbaiki dan mengerti. Ringkasnya, kami saling memahami. Namun, kebelakangan ini, aku sedikit buntu. Apakah yang melandaku?


Antara kami berlima, aku paling rapat dengan A dan B. Dengan C dan D rapat juga, bukan tidak rapat, tapi biasalah, antara yang rapat, mesti ada yang paling rapat. “hati ke hati” gitu. Dulu, aku seringkali ke mana-mana dengan A. Namun, kebelakangan ini, banyak yang menuntutku untuk selalu bersama B. Sehinggakan kadang-kadang si A berkecil hati. Aku sedar perubahan mimik mukanya serta perubahan moodnya bila aku dan B selalu bersama. Si B juga menyedari hakikat itu.


Sungguh, aku tidak pernah membezakan kalian berdua. Kalian berdua memang yang terbaik bagiku. Aku tidak pernah  berniat membuat salah seorang daripada kalian cemburu. Kita sama-sama kawan baik, sahabat, makan sama-sama, tidur sama-sama, ketawa sama-sama, menangis juga sama-sama. Aku tidak sampai hati melihat salah seorang daripada kalian berkecil hati.


Semalam, di dewan kuliah, kami ada test. Aku sampai lambat sedikit ke ruang tempat duduk kami kerana memberi pinjam buku pada seorang kawan yang masih tak study lagi kat belakang. Keempat-empat sahabatku itu telah duduk. Kerana sedikit terlewat, aku duduk teragak jauh sedikit dari A. Tetapi di sebelahku ialah B. Test masih belum bermula, lecturer masih belum tiba. Kami pun mengambil mase yg ade, bukak nota dan study ape2 je. Baru dua saat buku dibuka...


Tiba2, A bangun dan duduk di ruangan lain, dengan mimik yang tidak kuduga. Tanpa senyum. Tanpa kata. Kami berempat terkedu. Masing2 hilang bicara. Hai, apalah yang tak kena. Aku dan B berpandangan. Mengerti.


SMS diterima. Lecturer kami tidak dapat hadir. Kelas dibatalkan. Maka test juga begitu, maksud aku, ditangguhkan. Kelibat A langsung hilang ke hadapan, meninggalkan kami. Kami biarkan. Biar lah A sejuk dahulu. Mungkin ada yg mengganggu hatinya. Aku dan B ke cafe kerana masih belum menjamah apa2 dari pagi.


Setelah mengambil order, aku resah, memikirkan B. Aku harus lakukan sesuatu. Lalu aku ambil handphone K610i ku, lalu menghantar SMS ke A. “A ok ke? Lain je harini..huhu..”. Dua minit kemudian, SMS berbalas. “A ok je..tengah lompat2 ni..”. Lega hatiku. Mood A nampaknya dah ok.hehe..


Itu semalam. Kini yang hari ni pula. Usai test BI, kami berlima pulang ke bilik. Kami berlima tidak sebilik, tapi blok yang sama, manakala seorang lagi tinggal di luar, sudah berumahtangga katakan..(huhu..aku bila pulak??) eh, menyimpang cerita lain pulak ya. Hehe. Kat mana kita tadi? Ha, baru abis test, on the way ke bilik. Biasa la, kami suka berguraw, so macam biasa, acara usik-mengusik bermula. Petang tadi B mengacah si A, secara tak sengaja aku termasuk campur termengusik sama si A ni. Bukan maksud aku untuk memihak kpd B, saja mahu berguraw sama, menambah tawa. Tapi, lain pula jadinya. Aku pulak yang kena. Padan muka. Huhu. Akibatnya, aku dimarahi A sebab aku ni selalu aje memihak pada B. Astaghfirullah. Aku beristighfar dalam hati. Sampai begini sekali konflik kami.


Selesai meletak segala buku di bilik, kami berlima menuju ke cafe. Dua berjalan di hadapan. Lima kaki ke belakang, barulah kami bertiga, aku, B dan C. Hati aku bertambah walang. Akukah yg salah? Sape salah, bagi aku tak penting. Yang penting, hatiku sedih melihat ada yang murung antara kami. Tidak ceria. Tiada aura bahagia. Tegang.


Sampai cafe. Aku cuba men’cool’kan diri. Cuba merapatkan kembali diri, bawa berbual sesame kami. Alhamdulillah, ketegangan kami tidak lama. Keceriaan kembali lagi. Aku bersyukur. Kami menanti makanan bersama. Berbual dan berkongsi. Ya Tuhan, ini terlalu indah sekali.


Mungkinkah esok perkara yang sama berulang kembali? Aku cuba perbaiki. Ya Allah, dengarlah luahan hati ini, bantulah kami, satukanlah hati2 kami. Buangkanlah segala iri hati dan ego diri ini. Aku terlalu menyayangi mereka.


p/s: teman2, andai kalian ada cadangan dan buah fikiran, jangan lupa tinggalkan pesanan. Aku amat2 menghargainya.

(mengenal diri menulis lagi)


0 people smiling (: on "Bak kata pepatah, “ditelan mati emak, diluah mati bapak”"

 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal