Showing posts with label sahabat2. Show all posts
Showing posts with label sahabat2. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

Oh Yaya, Sungguh Aku Rindukan Kamu, Farah & Adl dan Seangkatan Dengannya.. =)

6 people smiling (:
Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah, syukur sangat2..sudah lama aku membawa diri, akhirnya kami dipertemukan kembali..kuasa Allah, siapa yang tahu kan? Pukul 12.52 pm tadi, dalam perjalanan pulang dari mengambil adik dari sekolah, tiba2..lagu menanti solehah dendangan aiman berbunyi..telefon bimbit kuangkat..melihatkan tiada nama si pemanggil, hati dipagut misteri..hehe..siapakah gerangan yg menelefon?hati tertanya-tanya.. 

Suaranya seperti pernah ku dengar..tapi siapa ya?? Puas kuperah otak ini untuk mengembalikan memori, namun gagal..yang lucunya, kami boleh berbual lama2 seakan sudah lama mengenali..setelah lama berceloteh itu dan ini, si pemilik diri meminta aku letak dahulu, dan beliau bakal menghubungi aku melalui blog..dan beliau akan me 'reveal' kan siapakah beliau sebenarnya.. 

Sesampainya di rumah, laptop terus dicapai..nah, kini kutemui siapa dia..yaya!!!!!!!!!!!!!!! sahabat lama...sungguh, aku rindukan kamu..dan juga teman2 yang lain..serta segala memori kita dahulu di matrik, terutama memori daun pisang..hehe..syukur, Allah telah menemukan kami semula setelah 3 tahun aku membawa diri..huhu..


Buat Yaya, Farah, Adliyah.. dan lain-lain, maafkan aku kerana diam membisu..aku bukan melupakan kalian, malah kalian sentiasa bermain di fikiranku..aku..cuma membawa diri, demi memulakan kehidupan yang baru..kenangan kita bersama di matrikulasi tak pernah aku lupakan..(rase nak nangis la plak..huhu)


Selepas habis matrik, keputusan aku teruk, tak macam kalian..aku tahu kalian semua berjaya ke universiti dan mendapat jurusan yg baik2..tapi aku berlainan pula..setelah beberapa bulan menganggur di rumah, akhirnya pada bulan November 2007 aku telah membuat keputusan untuk memasuki KIPSAS, kerana tertarik dengan bidang Syariah dan Undang-Undang..


Maafkan aku teman kerana menghilang begitu sahaja, sebenarnya aku begitu malu dengan kalian yg hebat2.. ;( namun kini aku redha dengan segala yang terjadi..aku sedar, semasa di matrik aku malas, main2 dan sebagainya..aku malu dengan kalian yang begitu bersungguh2 menggapai impian..walau bagaimanapun, alhamdulillah, kini aku bangkit kembali daripada kesilapan lalu..aku harap sangat korang masih sedia menerima aku sebagai sahabat dan teman, walaupun aku telah lama diam membisu..


Untuk pengetahuan korang, alhamdulillah aku telahpun berjaya menamatkan pengajianku di KIPSAS, dan sekarang sedang giat menanam anggur di rumah sementara menanti keputusan UPU yang bakal diumumkan nanti..doakan agar aku berjaya seperti kalian ya..ameen..


Sekarang, mari kita review page blog yaya..hehe..yaya, jgn mara k.. =)



(kawan aku ni masih cute mcm dulu ye =)

Sekian.. =)




Friday, April 09, 2010

Terlalu pantas masa berlalu.. =(

13 people smiling (:

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, berakhir sudah final examku..maka dengan itu, berakhirlah juga statusku sebagai pelajar KIPSAS.. aku mengimbas kembali detik2 awal ketika aku mula2 di sini..November 2007 yang lalu, aku telah mendaftarkan diri di sini ditemani ibu dan ayahku yang tercinta..


Ketika itu, segala2 nya baru bagiku..namun demi tekad dan tanggungjawab di atas pundak ini, aku tekad untuk menempuh segala ranjau dan ujian. Alhamdulillah, cabaran serta dugaan-dugaan yang datang tidak mematahkan semangat ku di sini..terima kasih ya Allah.. 
Ya, terlalu banyak kenangan pahit dan manis aku di sini, terlalu banyak..dan alhamdulillah, pengalaman itulah yang mematangkan aku sebagai seorang insan..perjalanan dua tahun setengah yang kutempuhi di sini membawa terlalu banyak memori untuk dikenang (sungguh, aku terlalu sedih kala ini, untuk meninggalkan tempat aku menadah ilmu ni.. =(


Syukur, selama aku berada di sini, aku ditemani teman2 dan sahabat2 yang sangat bernilai bagiku..merekalah penawar dukaku, penghibur laraku, penunjuk arah ketika aku keliru..mengingati mereka bisa buat aku menangis sendiri..kenangan bersama kalian tak mungkin dilupakan..buat Khairul Nurain Binti Abdul Aziz, Siti Aisyah Madehah Binti Che Mohd Nasir, Zulaikha Farhana Binti Zainal Abidin dan Wan Nurul Fatima Binti Wan Rosli..terima kasih kerana sudi berkongsi ikatan ukhwah ini, ianya terlalu indah, terima kasih kalian..moga hubungan ini kekal hingga ke akhirnya..aku tentu akan merindui kalian..ukhwah fillah abadan abada..insyaAllah..



Friendship isn't how you forget, but how you forgive,
Not how you listen, but how you understand,
Not how you see, but how you feel,
Not how you let go, but how you hold on..




Tidak lupa juga kepada semua pensyarah yang tidak pernah putus2 mencurah ilmu kepada kami..kalian bagaikan ibu bapa ku di sini, sahabat karib, juga pembimbing ..sungguh, aku terlalu sayangkan kalian, terima kasih atas segala yang pernah kalian berikan..ampunkan anak didikmu ini atas segala kesilapan.. =(


Wednesday, March 17, 2010

Bak kata pepatah, “ditelan mati emak, diluah mati bapak”

0 people smiling (:

Assalamualaikum...

Dua hari kebelakangan ini, aku tersedar ada masalah besar antara kami. Biarpun luarannya kami tampak selalu bersama, namun ada sesuatu yg terasa tidak kena..mengapa? dan kenapa? Aku jua tidak mengerti..


Bilangan kami lima orang. Sahabat rapat sehidup semati. Sudah seperti satu family. Andai ada yg tidak kena, mudah aje ternampak pada wajah si pemilik diri. Lantas kami memperbaiki dan mengerti. Ringkasnya, kami saling memahami. Namun, kebelakangan ini, aku sedikit buntu. Apakah yang melandaku?


Antara kami berlima, aku paling rapat dengan A dan B. Dengan C dan D rapat juga, bukan tidak rapat, tapi biasalah, antara yang rapat, mesti ada yang paling rapat. “hati ke hati” gitu. Dulu, aku seringkali ke mana-mana dengan A. Namun, kebelakangan ini, banyak yang menuntutku untuk selalu bersama B. Sehinggakan kadang-kadang si A berkecil hati. Aku sedar perubahan mimik mukanya serta perubahan moodnya bila aku dan B selalu bersama. Si B juga menyedari hakikat itu.


Sungguh, aku tidak pernah membezakan kalian berdua. Kalian berdua memang yang terbaik bagiku. Aku tidak pernah  berniat membuat salah seorang daripada kalian cemburu. Kita sama-sama kawan baik, sahabat, makan sama-sama, tidur sama-sama, ketawa sama-sama, menangis juga sama-sama. Aku tidak sampai hati melihat salah seorang daripada kalian berkecil hati.


Semalam, di dewan kuliah, kami ada test. Aku sampai lambat sedikit ke ruang tempat duduk kami kerana memberi pinjam buku pada seorang kawan yang masih tak study lagi kat belakang. Keempat-empat sahabatku itu telah duduk. Kerana sedikit terlewat, aku duduk teragak jauh sedikit dari A. Tetapi di sebelahku ialah B. Test masih belum bermula, lecturer masih belum tiba. Kami pun mengambil mase yg ade, bukak nota dan study ape2 je. Baru dua saat buku dibuka...


Tiba2, A bangun dan duduk di ruangan lain, dengan mimik yang tidak kuduga. Tanpa senyum. Tanpa kata. Kami berempat terkedu. Masing2 hilang bicara. Hai, apalah yang tak kena. Aku dan B berpandangan. Mengerti.


SMS diterima. Lecturer kami tidak dapat hadir. Kelas dibatalkan. Maka test juga begitu, maksud aku, ditangguhkan. Kelibat A langsung hilang ke hadapan, meninggalkan kami. Kami biarkan. Biar lah A sejuk dahulu. Mungkin ada yg mengganggu hatinya. Aku dan B ke cafe kerana masih belum menjamah apa2 dari pagi.


Setelah mengambil order, aku resah, memikirkan B. Aku harus lakukan sesuatu. Lalu aku ambil handphone K610i ku, lalu menghantar SMS ke A. “A ok ke? Lain je harini..huhu..”. Dua minit kemudian, SMS berbalas. “A ok je..tengah lompat2 ni..”. Lega hatiku. Mood A nampaknya dah ok.hehe..


Itu semalam. Kini yang hari ni pula. Usai test BI, kami berlima pulang ke bilik. Kami berlima tidak sebilik, tapi blok yang sama, manakala seorang lagi tinggal di luar, sudah berumahtangga katakan..(huhu..aku bila pulak??) eh, menyimpang cerita lain pulak ya. Hehe. Kat mana kita tadi? Ha, baru abis test, on the way ke bilik. Biasa la, kami suka berguraw, so macam biasa, acara usik-mengusik bermula. Petang tadi B mengacah si A, secara tak sengaja aku termasuk campur termengusik sama si A ni. Bukan maksud aku untuk memihak kpd B, saja mahu berguraw sama, menambah tawa. Tapi, lain pula jadinya. Aku pulak yang kena. Padan muka. Huhu. Akibatnya, aku dimarahi A sebab aku ni selalu aje memihak pada B. Astaghfirullah. Aku beristighfar dalam hati. Sampai begini sekali konflik kami.


Selesai meletak segala buku di bilik, kami berlima menuju ke cafe. Dua berjalan di hadapan. Lima kaki ke belakang, barulah kami bertiga, aku, B dan C. Hati aku bertambah walang. Akukah yg salah? Sape salah, bagi aku tak penting. Yang penting, hatiku sedih melihat ada yang murung antara kami. Tidak ceria. Tiada aura bahagia. Tegang.


Sampai cafe. Aku cuba men’cool’kan diri. Cuba merapatkan kembali diri, bawa berbual sesame kami. Alhamdulillah, ketegangan kami tidak lama. Keceriaan kembali lagi. Aku bersyukur. Kami menanti makanan bersama. Berbual dan berkongsi. Ya Tuhan, ini terlalu indah sekali.


Mungkinkah esok perkara yang sama berulang kembali? Aku cuba perbaiki. Ya Allah, dengarlah luahan hati ini, bantulah kami, satukanlah hati2 kami. Buangkanlah segala iri hati dan ego diri ini. Aku terlalu menyayangi mereka.


p/s: teman2, andai kalian ada cadangan dan buah fikiran, jangan lupa tinggalkan pesanan. Aku amat2 menghargainya.

(mengenal diri menulis lagi)


Thursday, February 04, 2010

Khas Buat Tengku Nurul Syuhada..

2 people smiling (:

Assalamualaikum..

buat teman...
tika aku menghulurkan salam perkenalan,
kau menyambutnya penuh keikhlasan,
tiada keraguan dihati ini,
kerna kuyakin kau kan jadi sahabat sejati,

kita berjalan seiringan,
tiada apa yang dapat memisahkan,
kau dan aku hanya perlukan kejujuran,
kerna itu tunggak persahabatan,

kita terus melangkah seiringan,
tanpa mengenal erti kekecewaan,
kau dan aku slaing memerlukan,
jalinan ini satu keajaiban,

namun...
keindahan itu tak berlarutan,
mendung datang menjenguk diri,
kita semakin berjauhan,
salah dan silap jadi mainan,
aku kesali segala keterlanjuran...
kata dan tingkah laku ku...
yang menyakitkan hatimu...

teman,
aku menangisi kedegilan diri,
kau semakin jauh meninggalkanku,
aku kekeliruan,
hanya air mata yang menjadi teman...

temanku...
akanku teruskan perjuangn ini,
dalam mencari kembali erti perkenalan ini,
akanku terus kan usaha murni,
agar persahabatan ini tak terkubur mati...

kerna ku tahu...
Allah itu akan mengadili,
keihlasan hati ini... 

sajak ini kutujukan khas buat  sahabat, teman, kembarku..yg sgt ku sygi..
Tengku Nurul Syuhada..
maafkan aku andai aku selalu menyakitimu..
aku cuma wanita biasa..
namun namamu tak pernah luntur jua..
meski ditelan cemburu masa..
kau teman, dan sahabatku yg paling setia.. 


 

 

 (maaf taw syu, gambar2 lame dulu sume dah hilang, coz laptop lame taca n pendrive yg putih tu kne virus..sume hilang..huhu..klu syu ade simpan lagi, nanti emel kat taca ek..sowii bangat..)

Friday, January 22, 2010

gambar2 kami..

3 people smiling (:
Assalamualaikum..maafla, ana memang xsempat nak menulis pape entri..
jadi, ni je la yg tersempat..
ltak gambar kwn2..
utk ain, ecah, ika n ema..
i love u all.. =)

(cantik je ikut susunan kan..ngee~ p/s: dkt BK masjid)


(cantiknye.....persekitaran KIPSAS ni..hehehe..jgn mara r, korang pun cantik gak.. =p)

(nampaknya ada penambahan manusia ya di sini..man hiya?? dlm tutor ni)

 

 

 (inilah situasi apabila belajar dalam BK masjid..ika2..)


(dan ini juga ya.. p/s: dari kanan- kak nadia dan aida)

 

(contoh wajah yg sgt memahami topik yg dipelajari..p/s: saudara syahrir, ketua kelas kami yg sgt berkaliber..)

 

(ustaz Nazri dah nak keluar tu..hehe)

 

(ini lah KIPSAS..Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah)

 

(Laluan ke porch Dato' dari library..)

 

(Library KIPSAS)

 

(sekitar dalam Dewan Kuliah..gambar ni diambil mase slot program Lambaian Palestin)



(ni mase kuliah ustaz Sapawi..)

 

(ni masjid KIPSAS..)

 
(Subhanallah..cantiknye awan..diambil mase bersiar2 sekitar KIPSAS..)


 
  (gambar kat belakang blok D..)



(Pemandangan luar bilik..)


(amboi..bz nyer...anak sape la ni..)


(gambar rak buku pun ade?? ish3..)

 

(ni lah logo kolej kami..moga2 kami semua keluar sebagai produk yg berkualiti, sentiasa berilmu dan bertakwa..ameeen)




Thursday, January 14, 2010

Sahabat2 ku...

4 people smiling (:
Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beraneka ragam dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru

Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan



 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal