Showing posts with label student's life. Show all posts
Showing posts with label student's life. Show all posts

Friday, April 01, 2011

Study jgn tak study.. ^_^

6 people smiling (:
Assalamualaikum semua.

Dah lama ya tak update blog ni? Kesian blog. Hehe. (:
Oh ya, saya sedang menduduki peperiksaan akhir sem 1
(skemanya ayat saya ye)
Ni jadualnya, kot2 ada orang nak wish 'good luck'.
Hehe. ^_^

Friday (1/4/11):
1) BM untuk Kerjaya- 9 a.m
2) The Islamic Worldview -3 p.m.

Monday (4/4/11):
3) Law of Contract- 2.30 p.m.

Wednesday (6/4/11):
4) Law of Torts- 9 a.m

Thursday (7/4/11):
5) Malaysian Legal System- 2.30 p.m.


Doakan saya success taw.
^_^



(bajet je kan. Ahaks :)

Monday, March 07, 2011

Baru balik dari kem ^_^

9 people smiling (:
Hye semua, eh, jap. Assalamualaikum... ^_^

Apa kabar semua? Tuan rumah tak sihat rini, demam. Huhu. Baru balik kem la katakan. Leadership Training, a.k.a "Leadtrain", dekat Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Hmm. Bagi saya, yang sememangnya tak suka ber "kem" ni, memang lah sangat penat. Balik2 je terus demam. Sabar je lah ye. Apa2 pun, jom layan serba sedikit gambar2 pemandangan kat sana. Cantik. Ala2 kampung gitu..Cool, and calm! ^_^


(okey, to be honest, kitorang punye dorm mase tu tak secantik ni ;(

(ni VIP chalet rasenye)



Sekian.  (:

Thursday, January 20, 2011

Kerja 'Giler'..Hee ^_^

5 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Hmm..tgk tajuk kat atas tu? Terkejut? Saje je nak buat gimik..lalalala.. ^_^ jangan marah yer. Sebenarnya, memang agak sedikit 'kegilaan' melanda baru-baru ini. Hari tu, pergi cafe. Tibe2 ternampak advertisement tentang Mahallah Hafsah Fiesta (Mahallah = Kolej kediaman).

Dalam hati, "macam best je ^_^". Tengok die punyer program, ada "singing competition". Hehehe. Fiesta ni untuk perempuan je. Haa, bolehlah. Lalu dengan selamba saya pun call kakak in charge singing competition tu untuk daftarkan diri. Saja suka2 nak lepaskan stress dan buang masa. (Ish3) Hee.

Petang Rabu tu, kakak tu msg suruh datang MPH Hafsah (Multi Purpose Hall) untuk serahkan minus one. Saya pun datanglah, dengan membawa minus one lagu Aku Wanita Biasa- Kris Dayanti (ada hati nak nyanyi lagu ni kan. Mula2 nak nyanyi lagu Melda-Putus, tapi tak jumpa minus one. Hee ^_^). Minus one diserahkan, tibe2 dengar diorang kecoh2.

Saya pun segera menghampiri mereka (kakak senior comittee fiesta). "Kenapa kak?" "Kitorang tengah cari sape nak jadi MC untuk malam ni. Tak tahulah macam mana, semua tak nak", jawab salah seorang daripada mereka.

"Saya nak jadi MC lah kak, boleh ke?" suara aku tiba2 mencelah. Semua pandang aku. Datang n terus peluk aku. "Haaa. awak taw jadi MC malam ni. Thanks sangat2 awak." Errr, saya tergamam kejap. Dalam hati, "apesal lah aku terlepas cakap ni..huhuhu" Hmm. Bolehlah. ^_^

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada event itu. Happening sangat n enjoy sangat walaupun masa saya perform Aku Wanita Biasa tu suara dah lari pitching sbb jadi MC. Haha.

Kerja 'giler'. =p

Wednesday, October 06, 2010

Presentation oh presentation...

5 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Apa khabar semua, dan salam ukhwah..pagi2 lagi tadi dah ade presentation hubungan etnik..masih belum tiba giliran kumpulan kami..pembentangan yang mereka2 hasilkan tadi, memang terbaik..sudah tentu En. Azmir (pensyarah kami) meletakkan benchmark yang tinggi memandangkan hari pertama pun mereka dah menunjukkan prestasi yang baik sekali..

Namun, apa yang aku nak highlightkan di sini ialah, presentation menonjolkan siapa kita..di mana kekuatan kita, dan di mana kelemahan kita..adakah kita ni jenis stage fright? (aku salah seorang daripadanya..huhu) adakah kita seorang yang tenang? atau bagaimana?..melalui pengamatan pembentangan pagi tadi, apa yang menarik yang ingin aku kongsikan bersama ialah, ada yang berkebolehan menjadi graphic designer, memandangkan presentation yang sgt canggih, menggunakan flash dan sebagainya..ada yang bisa dipanggil motivator, dengan ucapan dan gaya yang amat menarik perhatian audience..ada pula seperti penceramah bebas, dengan kelantangan hujah dan idea yang sangat bernas..dan ada pula yang bisa dipanggil future solicitor, disebabkan perincian setiap kes dan kefasihan bertutur dan melontarkan hujah..fuhh...kalau hendak diceritakan, terlalu banyak karakter yg dapat kita lihat dan hayati..

Maka dapatlah saya simpulkan di sini bahawa, walaupun kadang2 kita rase presentation tu rumit dan menyusahkan, namun ada kebaikan di sebaliknya..jadi, marilah kita tgk dari sudut positif.. :)

Oh ya, memandangkan pada minggu hadapan, majlis konvokesyen akan diadakan, dan banyak urusan yg perlu aku selesaikan, maka perlulah bagi saya menyiapkan segala tugasan secepat mugkin (sasteranya bahasa ye..ngee) insyaAllah, majlis konvo ku pada hari Sabtu minggu depan..jemputlah ye datang ke Dewan Jubli kat Kuantan nanti ye..

Sekian... :)



Monday, October 04, 2010

Kesibukan yang melanda...

10 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Lama dah ye tak update blog ni..dah berhabuk bersawang lagi..huhu..sebenarnye tuan rumah sangatlah bz sejak akhir2 ni..maaf ye semua..kelas malam hampir setiap hari..pagi pula banyak pula kerja yang perlu disiapkan..inilah dugaan.. :) Kepada sahabat2 yg masih tak jemu2 datang, datang lah lagi ye..tetamu kan datang membawa barakah.. :) Final tinggal beberapa minggu je lagi..masih banyak yang perlu dicover..huhu..doakan sy berjaya ye..

Sekian..
:)

(eh sempat pula untuk yg ini..ngeee.. :)

Thursday, July 08, 2010

Alhamdulillah..penulis sekarang di USIM..

8 people smiling (:
Assalamualaikum semua..

Asif kerana penulis tidak dapat mengupdate teratak ini setiap hari seperti selalu..(makin berhabuk ya rumah ni..) Hal ini disebabkan di kolej kediaman penulis tiada perkhidmatan wireless percuma..huhu..(sabar ye taca)..

Kehidupan di usim ini banyak menduga kesabaran dan jati diri penulis..memang kadang2 agak kepenatan, namun kita suma harus belajar daripada setiap kesusahan dan kepenatan yang dialami..kerana Allah tidak menguji kita melebihi kemampuan kita, kan? Jadi, sabarlah..kerana sabar itu kunci kejayaan (as-sabru ifthan najjah)..

Penulis juga sangat bersyukur, kerana di dalam keserabutan dan kekalutan, masih ramai yang berada di sekeliling penulis, menyokong dan terus menyokong penulis agar tidak jatuh dan terus teguh..alhamdulillah, terima kasih kepada bonda dan ayahanda..juga kepada buah hati yg selalu memberi semangat dan dorongan..terima kasih..syukran jazilan lakum..

Kata2 "beliau" seringkali menjadi pedoman ketika penulis dalam kebingungan.. "Jangan mengeluh jika kita tidak mempunyai kasut, kerana masih ada yang tidak mempunyai kaki"..ringkas, namun membawa maksud dan iktibar yang mendalam..

Doakan semoga penulis tabah dalam menghadapi cabaran di bumi penuh ilmu ini..amiin..

=)

Friday, April 09, 2010

Terlalu pantas masa berlalu.. =(

13 people smiling (:

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, berakhir sudah final examku..maka dengan itu, berakhirlah juga statusku sebagai pelajar KIPSAS.. aku mengimbas kembali detik2 awal ketika aku mula2 di sini..November 2007 yang lalu, aku telah mendaftarkan diri di sini ditemani ibu dan ayahku yang tercinta..


Ketika itu, segala2 nya baru bagiku..namun demi tekad dan tanggungjawab di atas pundak ini, aku tekad untuk menempuh segala ranjau dan ujian. Alhamdulillah, cabaran serta dugaan-dugaan yang datang tidak mematahkan semangat ku di sini..terima kasih ya Allah.. 
Ya, terlalu banyak kenangan pahit dan manis aku di sini, terlalu banyak..dan alhamdulillah, pengalaman itulah yang mematangkan aku sebagai seorang insan..perjalanan dua tahun setengah yang kutempuhi di sini membawa terlalu banyak memori untuk dikenang (sungguh, aku terlalu sedih kala ini, untuk meninggalkan tempat aku menadah ilmu ni.. =(


Syukur, selama aku berada di sini, aku ditemani teman2 dan sahabat2 yang sangat bernilai bagiku..merekalah penawar dukaku, penghibur laraku, penunjuk arah ketika aku keliru..mengingati mereka bisa buat aku menangis sendiri..kenangan bersama kalian tak mungkin dilupakan..buat Khairul Nurain Binti Abdul Aziz, Siti Aisyah Madehah Binti Che Mohd Nasir, Zulaikha Farhana Binti Zainal Abidin dan Wan Nurul Fatima Binti Wan Rosli..terima kasih kerana sudi berkongsi ikatan ukhwah ini, ianya terlalu indah, terima kasih kalian..moga hubungan ini kekal hingga ke akhirnya..aku tentu akan merindui kalian..ukhwah fillah abadan abada..insyaAllah..



Friendship isn't how you forget, but how you forgive,
Not how you listen, but how you understand,
Not how you see, but how you feel,
Not how you let go, but how you hold on..




Tidak lupa juga kepada semua pensyarah yang tidak pernah putus2 mencurah ilmu kepada kami..kalian bagaikan ibu bapa ku di sini, sahabat karib, juga pembimbing ..sungguh, aku terlalu sayangkan kalian, terima kasih atas segala yang pernah kalian berikan..ampunkan anak didikmu ini atas segala kesilapan.. =(


Monday, March 29, 2010

Tuan Rumah Berehat Seketika, Final Exam Bakal Tiba..

3 people smiling (:
Assalamualaikum semua..


Dah lame ye aku tak menge'post' entri baru..dek kerana kesibukan yang melampau sejak kebelakangan ni..siapkan tesis, persediaan untuk final lagi..huhu..oh ya, untuk pengetahuan semua, aku mula exam final hari jumaat ni sampaila hari jumaat depan..doakan aku berjaya dengan cemerlang ye..bittaufiq wan najah..ameen.. =)



Wednesday, March 17, 2010

Bak kata pepatah, “ditelan mati emak, diluah mati bapak”

0 people smiling (:

Assalamualaikum...

Dua hari kebelakangan ini, aku tersedar ada masalah besar antara kami. Biarpun luarannya kami tampak selalu bersama, namun ada sesuatu yg terasa tidak kena..mengapa? dan kenapa? Aku jua tidak mengerti..


Bilangan kami lima orang. Sahabat rapat sehidup semati. Sudah seperti satu family. Andai ada yg tidak kena, mudah aje ternampak pada wajah si pemilik diri. Lantas kami memperbaiki dan mengerti. Ringkasnya, kami saling memahami. Namun, kebelakangan ini, aku sedikit buntu. Apakah yang melandaku?


Antara kami berlima, aku paling rapat dengan A dan B. Dengan C dan D rapat juga, bukan tidak rapat, tapi biasalah, antara yang rapat, mesti ada yang paling rapat. “hati ke hati” gitu. Dulu, aku seringkali ke mana-mana dengan A. Namun, kebelakangan ini, banyak yang menuntutku untuk selalu bersama B. Sehinggakan kadang-kadang si A berkecil hati. Aku sedar perubahan mimik mukanya serta perubahan moodnya bila aku dan B selalu bersama. Si B juga menyedari hakikat itu.


Sungguh, aku tidak pernah membezakan kalian berdua. Kalian berdua memang yang terbaik bagiku. Aku tidak pernah  berniat membuat salah seorang daripada kalian cemburu. Kita sama-sama kawan baik, sahabat, makan sama-sama, tidur sama-sama, ketawa sama-sama, menangis juga sama-sama. Aku tidak sampai hati melihat salah seorang daripada kalian berkecil hati.


Semalam, di dewan kuliah, kami ada test. Aku sampai lambat sedikit ke ruang tempat duduk kami kerana memberi pinjam buku pada seorang kawan yang masih tak study lagi kat belakang. Keempat-empat sahabatku itu telah duduk. Kerana sedikit terlewat, aku duduk teragak jauh sedikit dari A. Tetapi di sebelahku ialah B. Test masih belum bermula, lecturer masih belum tiba. Kami pun mengambil mase yg ade, bukak nota dan study ape2 je. Baru dua saat buku dibuka...


Tiba2, A bangun dan duduk di ruangan lain, dengan mimik yang tidak kuduga. Tanpa senyum. Tanpa kata. Kami berempat terkedu. Masing2 hilang bicara. Hai, apalah yang tak kena. Aku dan B berpandangan. Mengerti.


SMS diterima. Lecturer kami tidak dapat hadir. Kelas dibatalkan. Maka test juga begitu, maksud aku, ditangguhkan. Kelibat A langsung hilang ke hadapan, meninggalkan kami. Kami biarkan. Biar lah A sejuk dahulu. Mungkin ada yg mengganggu hatinya. Aku dan B ke cafe kerana masih belum menjamah apa2 dari pagi.


Setelah mengambil order, aku resah, memikirkan B. Aku harus lakukan sesuatu. Lalu aku ambil handphone K610i ku, lalu menghantar SMS ke A. “A ok ke? Lain je harini..huhu..”. Dua minit kemudian, SMS berbalas. “A ok je..tengah lompat2 ni..”. Lega hatiku. Mood A nampaknya dah ok.hehe..


Itu semalam. Kini yang hari ni pula. Usai test BI, kami berlima pulang ke bilik. Kami berlima tidak sebilik, tapi blok yang sama, manakala seorang lagi tinggal di luar, sudah berumahtangga katakan..(huhu..aku bila pulak??) eh, menyimpang cerita lain pulak ya. Hehe. Kat mana kita tadi? Ha, baru abis test, on the way ke bilik. Biasa la, kami suka berguraw, so macam biasa, acara usik-mengusik bermula. Petang tadi B mengacah si A, secara tak sengaja aku termasuk campur termengusik sama si A ni. Bukan maksud aku untuk memihak kpd B, saja mahu berguraw sama, menambah tawa. Tapi, lain pula jadinya. Aku pulak yang kena. Padan muka. Huhu. Akibatnya, aku dimarahi A sebab aku ni selalu aje memihak pada B. Astaghfirullah. Aku beristighfar dalam hati. Sampai begini sekali konflik kami.


Selesai meletak segala buku di bilik, kami berlima menuju ke cafe. Dua berjalan di hadapan. Lima kaki ke belakang, barulah kami bertiga, aku, B dan C. Hati aku bertambah walang. Akukah yg salah? Sape salah, bagi aku tak penting. Yang penting, hatiku sedih melihat ada yang murung antara kami. Tidak ceria. Tiada aura bahagia. Tegang.


Sampai cafe. Aku cuba men’cool’kan diri. Cuba merapatkan kembali diri, bawa berbual sesame kami. Alhamdulillah, ketegangan kami tidak lama. Keceriaan kembali lagi. Aku bersyukur. Kami menanti makanan bersama. Berbual dan berkongsi. Ya Tuhan, ini terlalu indah sekali.


Mungkinkah esok perkara yang sama berulang kembali? Aku cuba perbaiki. Ya Allah, dengarlah luahan hati ini, bantulah kami, satukanlah hati2 kami. Buangkanlah segala iri hati dan ego diri ini. Aku terlalu menyayangi mereka.


p/s: teman2, andai kalian ada cadangan dan buah fikiran, jangan lupa tinggalkan pesanan. Aku amat2 menghargainya.

(mengenal diri menulis lagi)


Sunday, February 28, 2010

Hari Untuk Berbelanja.. =)

0 people smiling (:
Assalamualaikum semua..Ape khabar hari ini..how's your "iman"?? .(tiru trademark  abg faci kat ACSW ritu..) 
 
Pukul 11 pg tadi, aisyah, ain, zura dan ana (roommate ain) dan aku, keluar pegi Kuantan Prade..tujuan asal kami ialah..

1) Pergi jumpe mak aisyah utk amik barang2 HPA
2) Makan KFC


Berikutlah al-kisahnye..hanye satu tujuan yg terlangsai dan lain2 berlaku penambahan yg ketara..huhu..biasela perempuan, kalo dah namenye pergi shopping, tak satu, mesti dua terlari dari sasaran..huhu..

Sesampainye kitowg sampai di Kuantan Prade, kami ke Pizza Hut..mule2 nak pergi KFC, tapi kami menghormati pendirian sahabat kami yg tak makan KFC, jadi makan pizza pun best!! hehe..bismillah, kami pun makan dan makan..kemudian, ada yg tak abis, tapaw la, ape lagi..hehe..


 

(aku pun tak taw nape dowg tak letak dalam pan..haiz..n aku pun tak taw nape gambaq ni berbalam-balam..huhu)



Sementara tunggu mak Aisyah sampai (yg mane akan sampai pada pukul 3.15 ptg), kami pun jalan2 ke segenap KP..dan inilah hasilnye..barang2 yg aku sempat borong..hehe


 

(ni baju n jeans untuk adik aku~asiffah madiehaa..hope she'll like it =))


 

(baju ni theme bunga2..ala2 british gitu..hehe)





(ni jeans cute marie..utk adik.. =))


 


(ni baju utk ayah tersayang..ibu jgn jeles ye..bulan lepas dah giliran hadiah utk ibu..ni utk ayah pulak ye.. =))




(ni barang2 keperluan aku yg harus dibeli..cuz dah habis dalam simpanan..)


  

Ni azam baru aku..menghimpun buku2 ilmiah..kadang2, aku rase kerdil sgt..sebabnye, aku terfikir, baju, tudung, kasut, kita boleh je beli..tapi knape tak buku?? insaf aku dibuatnye..kate ustaz aku dulu, "kita tak boleh kedekut dengan ilmu, sebab nanti ilmu tak nak datang pada kita..ilmu pun akan jadi kedekut dengan kita.." iye tak ye jugak kan..huhu..insaflah wahai hati.. 





Nak pinjam?? boleh, tapi kene tunggu aku abis bace dulu ek..hehe..ok lah, i have to go now..tabik Tuanku belum lagi (ha?? ape die tabik Tuanku? = solatla...)..malam ni kene uruskan registration untuk budak2 yg nak masuk spelling bee competition..doakan program ni berjaye ek..ameenn..ok, chow dulu..

Assalamualaikum.. 

Friday, January 22, 2010

gambar2 kami..

3 people smiling (:
Assalamualaikum..maafla, ana memang xsempat nak menulis pape entri..
jadi, ni je la yg tersempat..
ltak gambar kwn2..
utk ain, ecah, ika n ema..
i love u all.. =)

(cantik je ikut susunan kan..ngee~ p/s: dkt BK masjid)


(cantiknye.....persekitaran KIPSAS ni..hehehe..jgn mara r, korang pun cantik gak.. =p)

(nampaknya ada penambahan manusia ya di sini..man hiya?? dlm tutor ni)

 

 

 (inilah situasi apabila belajar dalam BK masjid..ika2..)


(dan ini juga ya.. p/s: dari kanan- kak nadia dan aida)

 

(contoh wajah yg sgt memahami topik yg dipelajari..p/s: saudara syahrir, ketua kelas kami yg sgt berkaliber..)

 

(ustaz Nazri dah nak keluar tu..hehe)

 

(ini lah KIPSAS..Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah)

 

(Laluan ke porch Dato' dari library..)

 

(Library KIPSAS)

 

(sekitar dalam Dewan Kuliah..gambar ni diambil mase slot program Lambaian Palestin)



(ni mase kuliah ustaz Sapawi..)

 

(ni masjid KIPSAS..)

 
(Subhanallah..cantiknye awan..diambil mase bersiar2 sekitar KIPSAS..)


 
  (gambar kat belakang blok D..)



(Pemandangan luar bilik..)


(amboi..bz nyer...anak sape la ni..)


(gambar rak buku pun ade?? ish3..)

 

(ni lah logo kolej kami..moga2 kami semua keluar sebagai produk yg berkualiti, sentiasa berilmu dan bertakwa..ameeen)




Tuesday, January 19, 2010

Behenti seketika..

0 people smiling (:
Assalamualaikum..

asif, InsyaAllah ana akan behenti seketika daripada penulisan blog ini..
ada tesis yang perlu diselesaikan..




 

____________________________________________________ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal